Assalamualaikum kekawan..
Selamat berehat di hari Sabtu..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah jua hendaknya..
Biasalah saya ni suka sekodeng FB ni cari resepi.. pastu dapat pulak kawan yg suka share resepi kat wall..
Suka sangat resepi ni dia sukat guna cawan.. tak payah nak timbang2 kan hehehe.. nampak sangat kerajinan disitu.. ok macam biasa kita save dulu..
RESEPI MUFFIN COKLAT
BAHAN2:
-1 3/4 cawan tepung gandum
-1/4 cawan serbuk koko
-1 cawan gula perang
-1 sk baking powder
-1 sk soda bikarbonat
-1/2 sk garam
-1 cawan fresh milk
-1 biji telor - pukul sikit
-1/3 cawan minyak@ butter yg dicairkan
-1 sk esen vanila -choc chips secukupnye
CARANYA:
1.Campurkan tepung, gula, serbuk koko, soda bikarbonat, baking powder dan garam. Ayakkan dan ketepikan.
2.Dalam bekas lain, campurkan susu, telor, esen vanila dan minyak. Kacau rata. Masukkan campuran tepung tadi. Kacau rata. Masukkan choc chips.
3.Sudukan ke dalam muffin cup dan tabur sedikit coklat cip diatasnye dan bakar selama 20 minit @ hingga masak.
tips- untuk memastikan kejadian muffin yg gebu & moist pastikan kacau campuran bhn kering & basah hanya sebentar sekadar rata jek menggunakan senduk kayu (kalau kacau lama ia akan manyebabkan hasil muffin yg kering & keras) isikan adunan 3/4 penuh ke dalam cup muffin semasa membakar utk menghasilkan muffin yg kembang montoks naiknya ok..
Sumber : Facebook
yati guna cawan biasa ke cawan yg dikhaskan utk menyukat bahan2..
BalasPadamassalam
BalasPadamsy fail buat muffin ni
suka tgk bila gebus camni,,,sedppp
Lama lah pulak tak membaking CH. Yelah...sejak letrik rumah naik mencanak ni. Seram pulak nengoknya hihi...
BalasPadamHari tu kan saya tengok promo power mixer, tetiba rasa semangat nak membaking (sebab nak beli mixer baru...hehehe!)
BalasPadamLa, senang ni nak buat! Kalau setakat tak tahu nak bekalkan anak apa untuk bekalan sekolah, harus-haruslah try ni juga!
tetiba lapo... try buat tuk anak2 pinjamkan resepi
BalasPadam