JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 27 April 2016

SAMBAL GORENG PETAI IKAN BILIS

Salam petang yg ceria kekawan :)


Bak kata blogger Kak Noor... yg busuk-busuk macam ni .. orang tua jer yg suka hahaha.. Ye lah kak noor saya ni pun dah kilauan emas juga .. jadi lauk-lauk macam ni lah pembuka selera.. teringat kata arwah mak.. bila kita dah berusia ni selera makan ni tak di tanya lagi.. nanti korang tahu lah.. ini adalah salah satu lauk kegemaran arwah mak.. dapat lauk ni satu pun cukup.. berselera dia makan.. sekarang menjangkit kat saya , suka makan yg macam ni.. lauk ayam dan ikan makin kurang.. sebenarnya ada hikmahnya.. supaya kita lebih banyak berpuasa kan.. insha Allah nak cuba istiqomah berpuasa isnin khamis tu.. selalu culas jer saya ni..


Saya buat tak banyak pun cuma sepapan petai jer.. makan berdua dengan en suami.. dalam pada sikit-sikit tu bertambah juga nasi dua laki bini kih kih kih..
Cara ikut cara mak saya masak, rangup petai tu bila digoreng krup kruk bila dikunyah bersama ikan bilis rangup tu.. 

Meh lah tengok resepi mudah saya ni, warisan turun omak den :D

RESEPI SAMBAL GORENG PETAI IKAN BILIS

Bahan:-
- 1 papan petai
- 1 mangkuk ikan bilis
- 4 sudu besar cili merah kisar (saya ni siap2 kisar senang)
- minyak utk menggoreng.

Caranya :-

1. Kikis kulit hijau petai dan potong nipis (lihat gambar). Kemudian goreng sehingga kekuningan. Angkat. Toskan.
2. Lepas tu goreng ikan bilis sehingga rangup, jangan hangus sudahlah ye kekawan :). Angkat dan toskan.
3. Kemudian tumis pula cili kisar tadi sehingga naik bau wangi dan letak sikit garam.
4. Bila dah elok masak cili kisar tu , tutup api, baru masukan ikan bilis dan petai goreng, gaulkan mesra cili dan bahan goreng tu.
5. Siap untuk di hidang.

Tak sangka kak Nabilah pun suka goreng sambal petai ikan bilis ni.. sedap katanya.. saya kata makan sikit jer.. nanti satu madrasah bau.. dia kata tak apa.. kan mama kata nak hilang baunya minum kopi .. hehehe pandai pulak dia tu.. Ini lah lauk kampung saya dulu-dulu.. mahal juga petai sekarang .. 3 papan dah RM6.00.. ada lagi sepapan.. nanti buat sambal tempoyak pulak ... hihi :D

20 ulasan:

  1. perghh..sambal tumis & sambal tempoyak petai..makan nasi bertambah-tambah..

    saya pun suka sambal tumis petai kulit kikis mcm ni..rasa kelat2 sikit..tak pernah goreng petai mcm ni, selalu masuk terus, rebus sekali dgn kuah sambal..

    BalasPadam
  2. wahhh sedap ni..nanti nak try masak la..mak sy suka makan petai :)

    BalasPadam
  3. Sedap yatie sambal goreng petai ni kan.Anak2 akak yang perempuan kalau mak nya suka mereka pun suka tapi yang lelaki kat rumah ni memang tak sentuh lah ,termasuklah abang petai pun tak makan bukan sebab bau tapi takut angin satu badan ...
    Akak pun skg merajin kan diri puasa senin khamis,selain nak kan pahala ,nak juga jaga kesihatan ...maklum lah dah berusia ni bukan boleh makan ikut suka je...macam2 penyakit hinggap.

    BalasPadam
  4. sedap sangat ni kak...kalau dapat kat saya, mmg 3x tambah ni, serius!

    BalasPadam
  5. Sambal yang macam ni yang boleh merembat selera tekak SB. Ntah lah mungkin betul 100% cakap Kak Noor tu..hihii.. Lauk ayam atau berat2 dah rasa mcm tak ngam pulak bila umor bertambah ni

    BalasPadam
  6. Kite x makan petai.. Tp kadang tu kene paksa makan jugaq dgn suami, ubat katanya :P

    BalasPadam
  7. Yang petai tak buang kulit ni acik tak pernah buat goreng..biasa buat masak.lemak cili api.kalau buat sambal.masih lagi acik buang kulit..guna isi petai je

    BalasPadam
  8. Yang petai tak buang kulit ni acik tak pernah buat goreng..biasa buat masak.lemak cili api.kalau buat sambal.masih lagi acik buang kulit..guna isi petai je

    BalasPadam
  9. sambal bilis petai penambah selera mkn nasi ni.

    BalasPadam
  10. aduhai..sedap tu kak..buat plak telur dadar kan...memang sedap la tu

    BalasPadam
  11. Kak Zai tak guna kulit kalau buat sambal takut rasa pahit tapi memang boleh tambah nasi dapat mkn sambal petai.

    BalasPadam
  12. Assalam.. mg sedap sgt ni. feveret dak Adik ni !

    BalasPadam
  13. Wow sambal ikan bilis petai mmg pembuka selera..nasi pun akan bertambah..sedapnyaa nengok.. hehehe

    BalasPadam
  14. Betullah CH, sama jer kita ni.....selera kilauan katanya hihi.... Tapi mak bedal jugaklah kalau ada ayam atau ikan depan mata, rugi tak merasa! Tulah mmg mahal petai ni. Kelakar jugak mengenangkan, sebab kekadang fikir 3-4 kali jugak nak beli petai ni padahal benda lain lebih harga petai pun main kejam mata jer. Kedekut tak kena tempat kan....

    Ohh.... nak hilang bau petai minum kopi ke? Serious weyh mak baru tahu.

    BalasPadam
  15. Waduh mantap nih mbak apalagi sambelnya tuh mbak, soalnya saya sukan sekali mbak sama sambel itu :D

    BalasPadam
  16. Saya pun sekarang dah kuranglah nak makanan yang gempak-gempak. Apa yang kita suka dulu-dulu sekarang dah tak rasa kesedapannya. Makanya, itu menunjukkan saya pun dah tualah, CH kan!

    Resepi yang ini saya tak save lah,CH. CH pun sedia maklum saya memang tak makan petai. Tapi kalau ikan bilis goreng sambal aje cam tu, memanglah sedap!

    BalasPadam
  17. cili kisar tu skali ngan bwg merah bwg putih ke atau cili kisar shj ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cili kisar tu dah kisar dgn bawang merah dan putih faryna..
      Selamat mencuba..

      Padam
  18. simple tp nampak sedap.. sy mmg hantuu petaiii.. tak boleh tahannn.. rase bile dpt gigit petai tu mcm nak nangis je . sedaaaapppp..��

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)