*HARI SELASA ADALAH HARI AKHIR POTONG KUKU!*
22 Ogos 2017
29 Zulkaedah 1438
๐ฃ๐ฃ๐ฃ
Adalah HARI TERAKHIR POTONG RAMBUT DAN KUKU BAGI MEREKA YANG NIAT UNTUK BERQURBAN.
Hadis riwayat Imam Muslim disunatkan bagi yg buat Qurban bila masuk bulan Zulhijjah tidak lagi potong kuku dan rambut sehingga binatangnya di sembelih
Sekadar sebagai Peringatan..
๐ข๐ข๐ข๐ฃ๐ฃ
Mula1-9 Zulhijah Rabu 23 OGOS ๐น๐น mari kita puasa bagi yg mampu berpuasa
Jawapan:
Assalamualaikum.
Hadis yang disebutkan adalah hadis Sahih.
ุนَْู ุฃُู ِّ ุณََูู َุฉَ، ุฃََّู ุงَّููุจَِّู ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู َูุงَู " ุฅِุฐَุง ุฏَุฎََูุชِ ุงْูุนَุดْุฑُ َูุฃَุฑَุงุฏَ ุฃَุญَุฏُُูู ْ ุฃَْู ُูุถَุญَِّู َููุงَ َูู َุณَّ ู ِْู ุดَุนَุฑِِู َูุจَุดَุฑِِู ุดَْูุฆًุง "
Daripada Ummu Salamah radiallahu ‘anha, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Apabila masuknya sepuluh hari (awal Zulhijjah), dan salah seorang daripada kalian mahu melakukan korban, janganlah dia mencabut bulu atau kukunya. [Sahih Muslim, Kitab Al-Adhohiy, Bab Nahy Man Dakhala ‘Alaihi ‘Asyr Dzulhijjah…, hadis no: 1977].
Menurut mazhab Syafie, dimakruh sesiapa yang ingin melakukan korban untuk memotong kuku dan sebarang bulu yang ada di tubuh badan bermula pada awal Zulhijjah sehinggalah dia melakukan korban.
Menurut Imam Malik dan Abu Hanifah: Tidak makruh.
Sa’id bin al-Musayyib, Rabi’ah, Ahmad, Ishaq dan Daud pula berpendapat ia haram.
Mazhab Syafie berhujahkan dalil di bawah untuk menunjukkan bahawa larangan dalam hadis di atas adalah makruh dan bukan haram.
ุนَْู ุนَุงุฆِุดَุฉَ ู ุฑุถู ุงููู ุนููุง ู َูุงَูุชْ ُْููุชُ ุฃَْูุชُِู َููุงَุฆِุฏَ ุงْูุบََูู ِ َِّูููุจِِّู ุตูู ุงููู ุนููู ูุณูู ََููุจْุนَุซُ ุจَِูุง، ุซُู َّ َูู ُْูุซُ ุญَูุงَูุงً.
Daripada ‘Aisyah radiallahu ‘anha, beliau berkata: Aku membuatkan kalung untuk kambing (yang akan dikorbankan) milik Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam. Baginda mengirimkan kambing itu, kemudian baginda tinggal dalam keadaan tidak berihram. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Hajj, Bab Taqlid al-Ghanam, hadis no: 1703].
Seperti diketahui antara perkara yang dilarang dalam ihram ialah memotong kuku dan membuang bulu daripada badan.
Kesimpulan: Bermula 1 Zulhijjah yang dijangka pada Rabu ini janganlah kita memotong kuku dan membuang sebarang bulu di tubuh. Lakukan semua itu sebelum datangnya 1 Zulhijjah.
Wallahua'lam.
*-PPMM & IMIM-*
Sumber : whatApss
MOGA DIJADIKAN PERINGATAN TIKA MENUNAIKAN HAJI
BalasPadamtq for sharing
BalasPadamye insyallah, tq utk ingatan kak
BalasPadamAlhamdulillah,terima kasih ya kak perkongsian ini...
BalasPadamTq atas ilmu ni
BalasPadamSiapa yang ada hajat nak menunaikan korban memang hari ni terakhir untuk ketip kuku dan gunting rambut. CUkur misai pun sama
BalasPadamWalaupun makruh, kalau tak buat lagi bagus, dapat pahala. Kurang lebih 10 hari je pun kalau nak pantang pun....
BalasPadamSabar ....