JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 22 Ogos 2017

Hari Ini LAST POTONG KUKU dan RERAMBUT..



*HARI SELASA ADALAH HARI AKHIR POTONG KUKU!*

 22 Ogos 2017
29 Zulkaedah 1438
๐Ÿ—ฃ๐Ÿ—ฃ๐Ÿ—ฃ
 Adalah HARI TERAKHIR POTONG RAMBUT DAN KUKU BAGI MEREKA YANG NIAT UNTUK BERQURBAN.

Hadis riwayat Imam Muslim disunatkan bagi yg buat Qurban bila masuk  bulan Zulhijjah tidak lagi potong kuku dan rambut sehingga binatangnya di sembelih

Sekadar sebagai Peringatan..
๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ“ข๐Ÿ—ฃ๐Ÿ—ฃ
Mula1-9 Zulhijah Rabu 23 OGOS ๐ŸŒน๐ŸŒน mari kita puasa bagi yg mampu berpuasa

Jawapan:

Assalamualaikum.

Hadis yang disebutkan adalah hadis Sahih.

ุนَู†ْ ุฃُู…ِّ ุณَู„َู…َุฉَ، ุฃَู†َّ ุงู„ู†َّุจِูŠَّ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ู‚َุงู„َ ‏ "‏ ุฅِุฐَุง ุฏَุฎَู„َุชِ ุงู„ْุนَุดْุฑُ ูˆَุฃَุฑَุงุฏَ ุฃَุญَุฏُูƒُู…ْ ุฃَู†ْ ูŠُุถَุญِّูŠَ ูَู„ุงَ ูŠَู…َุณَّ ู…ِู†ْ ุดَุนَุฑِู‡ِ ูˆَุจَุดَุฑِู‡ِ ุดَูŠْุฆًุง ‏"‏
Daripada Ummu Salamah radiallahu ‘anha, Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: Apabila masuknya sepuluh hari (awal Zulhijjah), dan salah seorang daripada kalian mahu melakukan korban, janganlah dia mencabut bulu atau kukunya. [Sahih Muslim, Kitab Al-Adhohiy, Bab Nahy Man Dakhala ‘Alaihi ‘Asyr Dzulhijjah…, hadis no: 1977].

Menurut mazhab Syafie, dimakruh sesiapa yang ingin melakukan korban untuk memotong kuku dan sebarang bulu yang ada di tubuh badan bermula pada awal Zulhijjah sehinggalah dia melakukan korban.

Menurut Imam Malik dan Abu Hanifah: Tidak makruh.

Sa’id bin al-Musayyib, Rabi’ah, Ahmad, Ishaq dan Daud pula berpendapat ia haram.

Mazhab Syafie berhujahkan dalil di bawah untuk menunjukkan bahawa larangan dalam hadis di atas adalah makruh dan bukan haram.

ุนَู†ْ ุนَุงุฆِุดَุฉَ ู€ ุฑุถู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ุง ู€ ู‚َุงู„َุชْ ูƒُู†ْุชُ ุฃَูْุชِู„ُ ู‚َู„ุงَุฆِุฏَ ุงู„ْุบَู†َู…ِ ู„ِู„ู†َّุจِูŠِّ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ูَูŠَุจْุนَุซُ ุจِู‡َุง، ุซُู…َّ ูŠَู…ْูƒُุซُ ุญَู„ุงَู„ุงً‏.‏
Daripada ‘Aisyah radiallahu ‘anha, beliau berkata: Aku membuatkan kalung untuk kambing (yang akan dikorbankan) milik Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam. Baginda mengirimkan kambing itu, kemudian baginda tinggal dalam keadaan tidak berihram. [Sahih al-Bukhari, Kitab al-Hajj, Bab Taqlid al-Ghanam, hadis no: 1703].

Seperti diketahui antara perkara yang dilarang dalam ihram ialah memotong kuku dan membuang bulu daripada badan.

Kesimpulan: Bermula 1 Zulhijjah yang dijangka pada Rabu ini janganlah kita memotong kuku dan membuang sebarang bulu di tubuh. Lakukan semua itu sebelum datangnya 1 Zulhijjah.

Wallahua'lam.

*-PPMM & IMIM-*

Sumber : whatApss

8 ulasan:

  1. MOGA DIJADIKAN PERINGATAN TIKA MENUNAIKAN HAJI

    BalasPadam
  2. ye insyallah, tq utk ingatan kak

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah,terima kasih ya kak perkongsian ini...

    BalasPadam
  4. Siapa yang ada hajat nak menunaikan korban memang hari ni terakhir untuk ketip kuku dan gunting rambut. CUkur misai pun sama

    BalasPadam
  5. Walaupun makruh, kalau tak buat lagi bagus, dapat pahala. Kurang lebih 10 hari je pun kalau nak pantang pun....
    Sabar ....

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)