Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah dan kita semua dikurniakan kesihatan yg baik.
Telah banyak kali saya masak nasi goreng kerabu ni.. barulah kali ini berkesempatan nak update kat blog π
Siapa yg suka sayur-sayuran boleh lah mencuba resipi ni.. saya sekeluarga mmg suka dgn nasi kerabu yg biasa beli tu.. jadi bila buat nasi goreng kerabu ni anak2 pun suka..
Didalam gambar ni bahan2nya sikit saja sebab saya buat utk 2 org makan. Saya dan en suamiπ
Kebetulan hari itu saya ada follow up doktor. Balik rumah nak masak berlauk bagai tiada lah berkesempatan π jadi saya masak yg segera je lah.. kat sini saya bagi resepi yg utk 2 org mkn ye.. kalau kawan nak masak lebih.. ganda ajer bahannya yeπ
RESIPI NASI GORENG KERABU
Bahannya :-
πΏ2 mangkuk nasi putih
πΏ4 sudu besar cili kisar
πΏ1/2mangkuk ikan bilis - ditumbuk kasar
πΏ1/2 ikat daun ceylom dihiris kasar
πΏ 3 tangkai daun keseum dihiris halus
πΏ1/2 bunga kantan dihiris halus
πΏ1 btg serai dihiris halus.
Caranya :-
1. Goreng ikan bilis yg ditumbuk sehingga garing. Setelah masak angkat, ketepikan.
2. Kemudian masukkan cili besar kisar (kalau nak pedas boleh hiris cili api dan goreng sekali). Tumis cili sehingga masak.. masuk kan juga serai dan juga garam. Masak sehingga cili naik bau wangi.
3. Selepas tu masukkan hirisan daun keseum, kantan dan ceylom serta nasi putih.
4. Akhir sekali ikan bilis yg digoreng tadi. Gaul sehingga sebati dan mesra.
5. Siap utk dihidang.. saya regukan dengan keropok. Krup kruk makan.. sedapnyaaaπ
πSELAMAT MENCUBAπ
suka juga nasi goreng kerabu
BalasPadamMemang sedap ni kak...lagi banyak ulamanny lagi sedap...
BalasPadamHa a den pun suka gak Nasi Kerabu Ti tapi Nasi Goreng Kerabu lum pernah makan pulak . Sedap ek?
BalasPadamDen kalau jadi hang tu mmg tak kuasa nak masak dah, terus makan kat luo Ti hihi.... balik terus terbongkang
En suami den ni bukan suka mkn luo nom..
PadamGoreng telur pun jadi π
Ikut den mmg nak terbongkang je..
Lopeh tu den terbongkang tido ππ
W. Salam..
BalasPadamWahhh sedapnya CH..
Dapnya CH.... PH sekarang tengah berdiet, tak leh makan nasi hu..hu..
BalasPadampernah makan kat kedai nasi goreng kerabu.tapi lebih suka nasi kerabu.
BalasPadamJanji Kita