JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 28 Julai 2018

UDANG MASAK DIRAJA🍀🍀

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik..
Macam biasa lah kita save dulu disini. Nanti ada masa kita buat.. asyik melintas aje kat wall FB ni.. udah terliur πŸ˜‰

UDANG MASAK DIRAJA 🍀🍀🍀

Bahan-bahan dikisar:-
10 ekor udang besar/udang galah.
4 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
4 tangkai cili kering
2 inci lengkuas
1 inci halia

2 batang serai diketuk
1kpg asam
1/2 sudu serbuk kunyit
1 sudu gula
1/2 sudu garam
1 cawan santan pekat

Cara-cara

1. Basuh udang bersih-bersih. Jangan lupa buang tahi udang
2. Tumiskan bahan-bahan kisar sampai naik bau
3. Masukkan serai ketuk
4. Masukkan udang. Kacau & sebatikan
5. Masukkan santan pekat + serbuk kunyit + asam keping +
6. Perasakan dengan garam + gula + pak aji kalau suka
7. Masak jangan lama sangat nanti hilang rasa fresh udang

Kredit : aryati sarah

8 ulasan:

  1. Betul kak...simpan siap2....ada bahan2...boleh masak...sedap ni..lagi kalau udang segar...fuhhh.

    BalasPadam
  2. wah nama menu mengujakan. boleh la cuba resepi baru ni.
    Janji Kita

    BalasPadam
  3. suka udang!
    tapi... tak boleh makan dah :(
    elergi da semakin kuat.
    boleh tercabut hidung kalau kena gatal nyer.

    BalasPadam
  4. Sedapnyaa nampak, udang pun besar besar lagi tu.

    BalasPadam
  5. Mcm masak rendang ek Ti lebih kurang... boleh try jugak nanti. Guna udang biasa pun sedap jugak ni rasanya.

    Hang mcm rajin berentri je nampak gayanya hihi

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)