Assalamualaikum kekawan.
Semoga Kita semua berada Dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya.
Pada 31 Oktober 2018 pada hari rabu saya telah bersara di Lembaga Zakat Selangor . Genap saya bertugas sebagai amilat selama 23 Tahun 5 Bulan ❤️.. Rasa sedih jua utk meninggalkan sahabat yg sangat baik2. Pada ptg tu pihak HR telah maklumkan di emel tentang persaraan saya.
Touch kad terakhir π
Adik2 yg shift mlm pun tidak ketinggalan bersama untuk lambaian terakhir utk saya.
Di bahagian proses kumpulan .. hari tu round je bergambar dan bersalaman..
Adakala tidak dpt menahan πͺπ
Di bahagian proses kutipan.. Nazlia team miss uols π
Naqibah Siti Khadijah circle.. Wan Ritini.. rindulah saya dgn usrah bersama mereka..
Di bahagian korporat.. korang mmg the best..
Ini adalah sebahagian staff saya di Bahagian Pengurusan Perekodan Dan Persuratan.. tugas saya terakhir..ππ
Di Bahagian Kewangan.. saya disini selama 13 Tahun.. mahu tak adik2 dan kawan menangis bila memeluk saya.. saya pun samalah π tapi bila bergambar boleh pula tersenyum riang π .. sebelum tu boleh pulak dorang suruh bagi ucapan.. lama sungguh saya disini π
Kalian memang best dan sporting.. missed uols π
Rindu dgn keletah korang nanti..π€©
Ini pd hari jumaat sebelumnya.. bergambar dengan Divisyen HUB.. tmpt terakhir saya bertugas..
Hadiah sbgi kenangan Dari team saya.. bhgn Perekodan dan Persuratan.. terima kasih Hawa, Nora, zawin, asma, fatiha, umairah, maizatul Dan mazlan..
Bacaan doa dan kesyukuran pd jumaat tu..
Hadiah dari Divisyen HUB.. TQ uolsπ€©π
Kenangan dari Intan Dan Kamilah.. TQ ππ€©
Ada juga yg nak join bergambar lagiπ
Ini dibahagian Call Centre dan CMU. Saya disini selama 2 Tahun.. terharu dgn sambutan yg diberikan.. siap ada kek lagi πππ€©
Semasa saya masuk.. terus marzatul peluk sambil menangis.. saya pun tak boleh tahan juga ππ ye lah marzatul ni dah lama dgn saya hampir 15 Tahun.. mula bekerja dgn saya.
Ini dibahagian HR.. terima kasih atas urusan persaraan saya..
Ini dibahagian Setiausaha syarikat.. uols mmg the best ππ
Semoga diterima Allah segala manfaat yg saya curahkan sewaktu bekerja disini serta diberikan keampunan atas kekurangan.
Ukhuwah yg terjalin akan berkekalan.
selamat bersara kak..sure merindui teman2 sekerja kn..23 thn 5bln..lama tu...saya company skarang br 16thn
BalasPadamselamat bersara kak..lamanya akak kerja..sy 7thn kerja rasa macam dah lama sgt dah ni..hihi
BalasPadamselamat bersara kak... lepas ni dah blh rehat puas2 sambil cuti or menambah ibadah dengan lebih tenang... thn 1995 tu saya baru form3..baru nak PMR..hihihi
BalasPadamSelamat bersara, kak. Sy plak yg sebak
BalasPadamSelamat bersara kak, boleh tumpukan sepenuh masa utk anak2 ye kak.... takde lah rushing2 lg...
BalasPadamapa plan akak lps bersara ni kak? sapa lah tak sedih bila tinggalkan kwn2 selama kerja sama2 kan...
Selamat bersara k.yati...
BalasPadamMoga segala titik peluh penat lelah bekerja selama lebih 20 tahun diterima sbg amalan yg soleh, sbg ibadah aamiin.
Teringat pula last day sy kat tempat kerja 5 tahun lepas huhu...
SELAMAT BERSARA YATI N GMBIRA DGN RUTIN BARU
BalasPadamSelamat menjadi YB baru yatie... hihi. memula memang rasa janggal bila pepagi tak bersiap nak g keja kan..
BalasPadamsalam puan. maaf bertanya. saya baru membaca blog puan dan terbaca berkenaan tiroid. untuk pengetahuan puan, ayah saya juga ada tiroid dan baru ini beliau sesak nafas sebab kelenjar tiroid sudah semakin besar. puan masih ada lagi ka penyakit tiroid dan bolehkah puan share dengan saya ubat-ubat yang boleh diamalkan.
BalasPadamterima kasih.
*maaf kira komen saya tidak sesuai dengan tajuk puan terbitkan ni ya.
nama saya izwan (019-4101087)
Maaf izwan.. boleh join group Tiroid Dan anda Di FB. Byk info disitu.
Padam