JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 6 November 2020

BATAL SOLAT KERANA MENGUAP, BATUK DAN BERSIN.

 πŸ”΄ assalamualaikum ustaz zol & sahabat sekalian.. ada kemusykilan tentang πŸ‘‡πŸ½πŸ‘‡πŸ½πŸ‘‡πŸ½  

*BATAL SOLAT KERANA MENGUAP, BATUK DAN BERSIN.*

...kita fahami sikit ilmu pagi ini, walaupun kita telah  belajar tapi ada juga yang terlupa...

- Solat boleh jadi *batal dan tidak sah* apabila menguap, batuk dan bersin ketika di-dalam keadaan rukun qauli.

- Sebagai ingatan, terdapat 5 rukun qauli dalam solat iaitu *takbiratul ihram, fatehah, tasyahud akhir, selawat ke atas Nabi dalam tasyahud akhir dan salam pertama*

- Keadaan ini hukumnya demikian sekiranya seseorang itu *TIDAK MENGULANG SEMULA* bacaan ayat ketika isnya menguap @ batuk @ bersin. 

- Ini adalah kerana ketika menguap, batuk @ bersin, bacaan kita terputus. Sesiapa yang terus menyambung bacaannya dalam keadaan terputus tadi maka bacaan rukun menjadi TIDAK SAH. Dengan itu *BATAL lah solatnya.*

- Justeru, pastikan kita, isteri dan anak-anak, saudara-mara, sahabat handai dan semua muslimin dan muslimat di-ingatkan tentang hal ini sebagai *kerja dakwah* kita. 

*- Pastikan kita semua mengulang semula bacaan pada ayat yang terputus ketika menguap, batuk dan bersin tadi.*

*Kita WAJIB ulang bacaan tersebut... dari permulaan ayat.*

- Ingat mengingat membawa ke Jannah....  

*Ψ§Ω…ΩŠΩ† Ψ§Ω…ΩŠΩ† Ψ§Ω…ΩŠΩ† Ψ§Ω„Ω„Ω‡Ω… Ψ§Ω…ΩŠΩ†*

Sumber:: WhatsApp's


Jazakallahu khyr.

7 ulasan:

  1. Kan, kena selalu ingat untuk baca dengan sempurna ��

    BalasPadam
  2. betul tu kak, pernah dengar ceramah pasal ini.. setiap kali termenguap atau bersin mesti dana akan baca semula bacaan, kalau masih awal kadang dana batalkan solat dan buat smula...

    BalasPadam
  3. dulu saya pun tatau.. main tibai ja..
    meningkat dewasa bila sedikit rajin dngr ceramah.. adoi baru tahu. benda diambil mudah padahal hukumnya dah batal.. =(

    BalasPadam
  4. Perkongsian ilmu yang sangat baik. Terima kasih.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)