JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 3 Oktober 2013

KARI KEPALA IKAN MERAH DAN TELUR IKAN

Assalamualaikum...

Rasa dah lama saya tidak masak kari kepala ikan merah, ini lauk kegemaran suami dan anak-anak. Kalau nak tengok suami dan anak-anak makan bertambah, masaklah lauk ni. Semalam saya pun masaklah lauk ni,
Kebetulan masa beli kepala ikan merah tu ada telur ikan, apalagi, suami pun suruh beli dengan telur ikan sekali. Memang telur ikan ni pun kegemaran suami, saya ambil 5 jer sebab besar-besar telur ikan ni. Jadi saya masukan sekali telur ikan itu dalam kari. Hahaha senang betul lah kerja saya, sekali masak jer... nampak sangatlah kerajinan saya ni kan ^__^



Tada .... kepala dia untuk suami la tu :)

Tu dia telur ikan... apa lagi suami gak booking... 
jadi untuk aku tinggal apa ? kata Upin 
Tulang ikan hahahha...

KARI KEPALA IKAN MERAH DENGAN TELUR IKAN

Bahan-bahan:

Kepala ikan Merah  500grm ( saya ambil sebelah sahaja)
5 telur ikan
3 ulas Bawang merah kecil
2 ulas Bawang putih
1 inci Halia
5 sudu besar serbuk kari
7 sayur bendi
2 buah tomato
Semangkuk air asam ( cukup rasa masam yang sesuai)
1 cawan santan
2 buah Pelaga
2 kuntum bunga lawang
1 cm kulit kayu manis
Sebatang serai (diketuk)
Setangkai daun kari
Minyak masak
Garam

Cara-cara :-

1. Basuh ikan dan telur ikan hingga bersih. (saya suka basuh dengan limau nipis supaya hilang hanyir ikan)
2. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia. (saya suka tumbuk dengan lesung batu)
3. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan yang telah dikisar dan rempah tiga sekawan sehingga wangi,
4. Masukan kari tumis hingga wangi juga.
5. Masukan bendi dan ikan , gaulkan rata, lepas itu masuk air asam.Tunggu mendidih
6. Selepas itu masukan telur ikan, tomato,santan, serai, daun kari dan sedikit garam secukp rasa.
7. Tunggu sehingga mendidih dan telur ikan masak.
8. Siap dimakan bersama nasi.

Nota : Saya dapat petua dari mak cik saya, jika tak hendak bendi tu tak layu, hendaklah ditumis bersama semasa kita menumis kari tu. Nanti bendi tak layu dan tetap nampak segar.







5 ulasan:

  1. Okje pun suka gak telur ikan ni CH.... tapi org kata tinggi kolestrolkan...
    Jarang beli kepala ikan....Somi tak pandai makan...Okje yelah semua makan hehe

    BalasPadam
  2. anak nur sekarang dah pandai makan telur ikan..baru tahu sedap... biasa goreng masak kicap saja...

    BalasPadam
  3. Jarang sy makan telur ikan ni kak..tapi hubby sy suka lah...kari kepala ikan ni mmg peberet.. oh petua tak nak bendi tu layu mcm tu ye kak:)

    BalasPadam
  4. Biasalah Yati... kita ni masak kan utamakan pada ahli dalam rumah. Kalau apa yg kita masak mereka suka kita pun rasa puas. Kita yg masak ikut aje selera meraka kan..

    Yati nak tahu, kakak suka mata ikan. Kalau kakak dapat mata ikan kari Yati tu kakak korek dulu mata dia sedapnya:)

    BalasPadam
  5. suka makan tekur ikan...sedapkan...
    selalu kakain goreng jer..nnt nak try masak kari la pulak..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)