Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 3 April 2012

Empat beranak jer .... ^__^

Ye, kami pergi ke kenduri kahwin tu hanya empat beranak jer.. sebab en suami bekerja pada hari sabtu tu.. Biasa lah bila tengok en suami tak ada, Busu Pah pun tanya "mana sham tak datang sama?"...
"Kerja, busu, jadi datang empat beranak sahaja", jawab saya.

Susah juga nak handle budak tiga orang tanpa abah dia orang, suruh duduk dulu masa mama nak pegi amik makanan, dah pergi berjalan-jalan, apa lagi tempat duduk diambil orang, susah juga kan meja bulat ni, kena tunggu orang bangun semua, baru boleh kita duduk, segan nak duduk bila orang masih lagi di meja.

Saya datang awal dalam pukul 12.45 tghr, itu pun orang dah ramai, mak angah yang datang pukul 2 pm kata tempat duduk payah nak dapat, kena menunggu juga.

Ini lah pengantinnya.. gambar blur sikit,
yang lelaki tu anak busu pah... 
Nabil ni bukan boleh duduk diam
pegi kenduri kahwin ni... berlari jer
sana sini :)

Kak Nabilah bergaya dengan baju dan tudung
palkadot nya ^__^

Kak Najeeha nak tudung palkadot yang ini
tudung ni saiz S orang dewasa tu yang
nampak besar

Bergaya balik kenduri... masa ni hujan
renyai-renyai.. sibuk nak berpayung ^__^

Inilah cenderaha hati yang kami dapat :)
Mama yang berkotak tu kuih kek
Kakak 2 orang tu dapat muffin
Nabil dapat gula-gula :)

Ini lah kuih kek pandan yang mama dapat..
Nabil kata sangat sedapppp

Saya tak lama di tempat kenduri ni... sukar nak handle nabil yang dok lari sana sini... tak tunggu pun mak andak, mak tam, pak uda, mak cik dan mak angah sampai...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)