JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 16 April 2012

Hari Sukan Sekolah Kakak ^__^

Sekarang musim sekolah mengadakan Hari Sukan Sekolah sebelum peperiksaan pertengahan tahun bermula pada bulan Mei nanti. Sekolah kakak berdua tu telah berlangsung pada bulan Mac tempohari. Sekarang baru nak buat catatan... :D Untuk kenangan anak-anak dimasa depan...

Nabilah dan Najeeha masuk dua acara... Nabilah masuk cute teddy bear dan Bowling kampung... Najeeha pula Baling bola dalam bakul dan Hias Kawan.. Saya cuti pada hari itu kerana bagi tahun 2 dan 4 dibuat pada hari khamis dan murid tahun 5 dan 6 akan di buat pada hari ahad di stadium Kota Raja Klang.

Kak Jeeha tengah baling bola dalam bakul

Kak jeeha tengah hias kawan
Tempat kedua Acara Baling Bola

Tempat kedua juga utk acara hias kawan
Ini gambar Nabilah pula..
Acara Teddy Bear Cute @ Lari dalam guni...
Memang cute.. nampak kepala jer kakak Nabilah
Dua Acara dapat tempat kedua
Gambar acara kedua bowling kampung tak sempat ambil sebab kawan dia dah baling straight jadi dia tak perlu baling lagi...


Nabilah bersama kawan di hari sukan

Najeeha bersama kumpulan rumah Bilal..


Nabil yang pada mulanya teruja nak tengok kakak bersukan..
Lama-lama dah boring.. tu yang buat muka lawak :P

Acara sampai tengahari aje... Kakak Nabilah rumah Khalid (hijau) dan Kakak Najeeha rumah Bilal (merah). Masa ini masing-masing menyokong rumah sendiri... tu yang kadang2 bergaduh juga...

Bilal kuat ....

Khalid gagah.... kata si Kak Nabilah
Ini pula pada hari ahad yang diadakan di Stadium Kota Raja Klang.. Kak Nabilah masuk pembarisan ...






Ada juga anak-anak kawan di pejabat saya baru nak Hari Sukan... 




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)