Ku syukuri nikmat Mu Ya Allah
Keberkatan yang ku pinta
Dari rezeki yang diberi oleh Mu
Oleh itu Kau kurniakan rezeki
Yang berpanjangan untuk ku
Agar dapat ku teruskan kehidupan ini
....Dibawah rahmat Mu Ya Alah
....Amin ya Rabbal alamin
Bila membaca artikel ini membuat saya muhasabah diri, buat renungan saya dalam mencari keredhaan Mu Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Ya Razaq
“Hatim Al-Asham adalah salah seorang sahabat dan anak murid
kepada seorang ahli sufi, Syeikh Syaqiq
al-Balaghi. Beliau berkata “ Aku lihat setiap orang bekerja
keras dan memeras tenaga untuk mencari makan dan keperluan hidup hingga ada
yang terjatuh ke dalam kesyubahatan, terjerumus kepada yang haram dan
mencemarkan nama baik diri dan martabatnya… Maka ku renungkan kembali firman Allah
SWT
۞ وَمَا مِن دَآبَّةٍ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ إِلَّا عَلَى ٱللَّهِ رِزۡقُهَا
وَيَعۡلَمُ مُسۡتَقَرَّهَا وَمُسۡتَوۡدَعَهَاۚ كُلٌّ۬ فِى ڪِتَـٰبٍ۬ مُّبِينٍ۬
(٦)
Dan
tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah
jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat
dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata
(kepada malaikat-malaikat yang berkenaan). (6) Surah Hud
Maka aku mengerti bahawa rezeki itu berada pada kekuasaan
Allah semata. Masalah rezeki, Dialah yang menanggungnya. Kerana itu, aku
bangkit memelihara ibadah kepadaNya dan kubuang jauh-jauh rasa tamak
".dan
haloba. Hanya kepada-Nya aku menyerahkan sepenuhnya masalah rezeki
Bila membaca artikel ini, teringat saya pesan emak, jangan melihat orang yang berada diatas sebaliknya lihat orang yang berada dibawah kita, bahawa mereka lagi susah daripada kita, oleh itu selalulah bersyukur dengan rezeki yang diberi.
nanti follow blog saya pulak kay
BalasPadamhttp://www.kembara-alam-aadk.blogspot.com