JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 24 April 2012

Jom .. Memancing ^__^

Gambar ni dah lama amik, tapi asyik tangguh jer nak buat entri.. so kita tengok gambar ye... sambil kita bercerita hehehe ^__^


Di Taman tasik Shah Alam ada jualan bunga dan pokok buahan
serta sayuran .. yang itu mat bunga :)

Kakak dua orang ni jumpa pula congkak.. masa tu ada
offer RM10 so kena beli

Masuk dalam lagi ada pulak untuk memancig, RM1 jer untuk
memancing ni. Kak Jeeha dan abah pilih memancing

Nabil dengan Kak Nabilah pilih untuk mewarna

Kemudian Nabil datang nak joint sama sebab dah
boring mewarna. Pegang macam ni dan diam, nanti ikan
tak makan umpan kata abah


Ber iya Nabil memancing, boring katanya, ikan tak makan pun..

Kak Nabilah pula nak joint mancing sebab dah habis
mewarna..

Tiba-tiba pancing abah mengena, umpan telah dimakan ikan,
abah dapat dua ekor ikan...

Tak lama tu kak Nabilah pula menjerit
umpan dia dah mengena, ikan dah makan,
gembira sungguh dia :-))
Selepas Kak Nabilah dapat ikan tu, kami beli seekor ikan jer walaupun kami dapat pancing 3 ekor ikan, kami beli ikan puyu, seekor ikan tu RM1. Selepas tu kami pun balik, kak jeeha yang beriya nak memancing tapi tak mengena.. lama juga kami di situ, lebih kurang 2.30 jam. Nabil kata "Nanti kita pergi lagi ye abah, best memancing ni".. walaupun dia punya pancing tak mengena. Macam mana nak kena, asyik bergerak sana sini, pastu bising membebel :))


2 ulasan:

  1. wah ikan sekor buat apa tu Nabilah? hihi.. menarik jugak kan kak byk aktiviti kat sini. ;D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikan yang Nabilah dapat tu ikan puyu, tu yang beli buat kawan ikan puyu yang ada seekor kat rumah tu... Setiap minggu ada program kat situ... cuma rajin dengan tidak jer nak berjalan As.. :)

      Padam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)