JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 10 April 2012

Lunch Kami Bertiga ^___^

Hari Sabtu baru ni, Nabil beriya sangat nak makan di McD... sebolehnya saya tak ajar mereka makan fastfood... tambah-tambah lagi di McD... subahat kata en suami. Jadi saya usahakan masak ayam goreng seperti di McD dan KFC.

Kakak Nabilah ke sekolah ada Kem Ibadah dari pukul 7.30am hingga 6.00pm. En suami pula outsation ke Thaiping. Jadi tinggal kami bertiga lah, oleh kerana tak ramai boleh saya layan selera Nabil.

Ayam Goreng, Potato Wedges dan Coleslaw
minuman Grape Juice ^__^

Apa kata Nabil dan Kakak Najeeha


Terbaeekkk.... nanti mama buat lagi ye... kata Nabil

Plate mama ^___^

Plate Kak Jeeha ;))

Resipi asalnya saya ambil disini potato wedges tapi saya olah ikut selera saya hehehe ...nak derhaka lah tu bak kata Irma



POTATO WEDGES

Bahan-bahan :-

3 biji kentang russet US atau kentang yang empok
Sedikit garam

1/2 cawan Perencah tepung ayam goreng 
Sedikit  mayonaise
1 Cawan cheese

1 Cawan air panas


CARA:

1. Kentang dibersihkan, dicuci dan dilap.  

2. Kemudian dipotong menjadi 6 keping wedges. 
3. Lepas itu digolekkan dalam tepung perencah 
4. Kemudian goreng dengan api yang perlahan
5. Selepas itu dikeluarkan, disusun dalam pinggan.
6. Bancuh cheese dengan air panas, kacau sehingga mesra (sebati)
7. Simpan sebentar di dalam peti ais sebelum di tuang kedalam kentang goreng




COLESLAW


Bahan-bahan


1/2 batang lobak merah
1/4 kubis
4 sb mayonies
3 sb susu segar
sedikit garam
(saya buat dalam kuantiti yang sikit, utk tiga beranak makan ^___^)


Cara-cara :-


1. Buang kulit karot dan cuci bersih lepas tu sagat kecil-kecil memanjang (saya guna peyagat)
2. Cuci daun kubis dan potong kecil-kecil memanjang
3. Masukkan mayonis, susu segar dan sedikit garam kedalam mangkuk, gaulkan dahulu.
4. Masukan karot dan kubis yang telah dipotong tadi, gaul sehingga sekata. Simpan sebentar dipeti ais.
Bila nak makan baru keluarkan.




AYAM GORENG


Bahan-bahan :-


4 potong ayam (saya pilih peha dan dada ayam)
5 sb perencah tepung ayam goreng
1 biji putih telur


Cara-cara


1. Bersihkan ayam dan toskan.
2. Masukan perencah tepung kedalam mangkuk.
3. Kemudian masukan putih telur kedalam mangkuk perencah dan gaul sehingga sekata.
4. Masukan ayam, gaul rata dan perap ayam selama 15 minit
5. Semasa hendak menggoreng golek ayam tersebut dengan perencah tepung ayam goreng yang serbuk tu.
6. Goreng dengan api yang sederhana.




Saya guna perencah tepung ayam goreng ini, sangat rangup jenama Aween... Saya beli di kedai Halal Mart seksyen 3. Senang saya sejak ada Halal Mart ni semua bahan kuih saya beli disini geletin pun ada...


Perencah Tepung Ayam Goreng

Cheese serbuk
Bahan-bahan tu masih ada lagi, esok cuti pertabalan agong, kakak Nabilah dah request suruh buat sebab hari tu dia tak dapat makan. Lepas saya ambil Nabilah di sekolah pukul 5.30 pm tu dia sibuk ajak balik kampung, tu yang tak merasa ayam goreng cuma rasa wedges tu jer...



2 ulasan:

  1. bagus betul idea akak. mmg lebih terjamin masak sendiri dan lebih menjimatkan. saya kat sini mmg hari2 masak huhu.. tp mmg bagus bila tak beli mknn luar selalu. :D

    BalasPadam
  2. Memang jimat As... tapi kadang2 kami makan juga kat luar.. tapi pilihan en suami :D

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)