Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 13 April 2012

TOMYAM KETAM

Bila buka peti ais nampak ketam... nak masak apa ye.. tak kan masak sup ajer.. jadi cuba lah masak tomyam ketam. Kakak Nabilah pun sibuk nak makan tomyam, maka dinner kita orang malam tomyam ketam.

Tomyam Ketam ^__^

Mari jemput makan

Kak Jeeha kata "Sayang nak makan karot.. canteek ^__^

 TOMYAM KETAM










Bahan-bahan ( 1 family )
  • 1labu bawang besar
  • 5ekor ketam
  • 1biji lobak merah
  • 1/2biji bunga kobis
  • 1 peket pes tomyam (saya guna adabi)
  • 3 batang serai (di ketuk)
  • 4 helai daun limau purut
  • 1 biji limau nipis
  • 3biji cili padi
Cara-cara
  1. Bersihkan ketam dan potong supaya mudah nak makan.
  2. Tumiskan bawang besar, masak sederhana
  3. Masukkan serai , pes tomyam, ketam dan kacau, kemudian masukkan1 jug air ke dalam periukbersama 
  4. Reneh hingga ketam dan lobak empuk . Kemudian masukan daun limau purut. Sebelum tutup api masukkan perah limau nipis, cili api dan kacau sekata.
  5. Sedia untuk dimakan panas-panas.

Resipi asalnya disini Tomyam Ketam My resipi, tapi saya olah mengikut cita rasa saya :)

2 ulasan:

  1. Assalaualaikum Dik Yati...TQ jenguk dapur Akak...dan Akak dah follow ni....Akak busy sikit hari ni...nak siapkan juadah untuk kenduri dikampung pagi esok....Salam Ukhwah dari Kak Watie d Penang...surelah Akak lebih tua...dah dekat 50 dah...! Tengok anak2 Yati pun kecik2 lagi....anak2 Akak yg sulong pun dah nak kerja...Okaylah...comel anak2 Yatie...ooo tentang ketam tu sedap...mestinya..tapi Akak tak pandai MAKAN ketam...so tengok ajelah!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Kak Watie,

      Salam ukhuwah disambut, terima kasih follow saya.. nak kenduri ye.. mesti banyak juadah nak dimasak... suka jenguk dapur akak.. masakan semua best2.. nanti nak cuba resipi masakan akak..

      Padam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)