Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 9 April 2012

Zaman Jahiliah Moden



Bila membaca di FB kawan tadi.. membuatkan saya merasa terlalu rosaknya akhlak remaja sekarang. Undang-undang yang ada pun semacam tidak adilnya... Ramai remaja  Melayu sekarang yang merelakan mereka diperlakukan seperti itu...


Apakah maksud mereka apabila terang-terang menyatakan... tak mengapa berbogel kerana untuk simpanan peribadi dan akhirnya tersebarlah merata dunia menerusi internet... Semakin merunsingkan gejala ini dan kita sebagai ibubapa haruslah mendidik mereka dengan syariat yang telah ditentukan oleh Allah. Al quran sebagai panduan hidup pun kini dipandang sepi dan sanggup dilemparkan kedalam tong sampah.. seperti yang dinyatakan oleh Ustaz Amin didalam blognya...A-quran-ditongsampahkan.

374544_396193250408040_100000521060856_1463060_1042761519_n[1]

Lalu saya teringat artikel yang saya baca, ahli sufi Hatim Al Asham ;-

"Aku melihat kebanyakan manusia hanya mengikut hawa nafsunya untuk memenuhi segala keinginannya. Terhadap hal ini, aku amati firman Allah SWT 


وَأَمَّا مَنۡ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِۦ وَنَهَى ٱلنَّفۡسَ عَنِ ٱلۡهَوَىٰ (٤٠) فَإِنَّ ٱلۡجَنَّةَ هِىَ ٱلۡمَأۡوَىٰ (٤١) 

Adapun orang yang takutkan keadaan semasa dia berdiri di mahkamah Tuhannya, (untuk dihitung amalnya), serta dia menahan dirinya dari menurut hawa nafsu; (40) Maka sesungguhnya Syurgalah tempat kediamannya. (41) 



Aku yakin al-Quran pasti benar. Oleh kerana itu, aku bersegera melawan nafsuku. Aku berusaha berjihad menahan hawa nafsuku. Aku berusaha menolak segala keinginanku yang liar sampai tunduk menyerah dan berlutut taat kepada Allah SWT."

Justeru itu, kita perlulah menjaga ahli keluarga terjebak dalam gejala sosial yang semakin berleluasa...

Nota : Semoga saya dapat memelihara keluarga saya daripada perkara munkar... bagaimanakah nanti 20 tahun akan datang....?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)