Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 5 April 2012

Ikan Pari Bakar Sambal



Bila pergi pasar bersama en suami, selalunya ikan-ikan yang dipilihnya tentulah kegemaran en suami. Bila terpandang ikan pari ni, terkeluarlah "Kalau bakar sambal, sedap ni".. Bagi memenuhi seleranya yang seakan-akan mengidam tu, saya pun masakanlah. Apa lagi punya berselera en suami makan... anak-anak juga suka ikan pari ni...




Resipi saya ambil dari Kongsi Resepi Ikan Pari Bakar Sambal. Memang sedap memenuhi cita rasa kami sekeluarga. Kakak Nabilah alergi sikit dengan pari ni, naik bintat merah2 dibadannya.jadi saya bakarkan ikan cencaru untuknya.

Ikan pari dalam proses dibakar ^__^
jap lagi habislah kamu dimakan hehe :-)


Bahan-bahan:

15 btg cili kering ( atau lebih ) potong & rendam
3 biji bawang besar
2 biji bawang putih
1/2 cm belacan
1 biji tomato
Kisar semua bahan hingga halus

1/2 kilo ikan pari cuci kemudian salut ngan asam jawa
( tanpa air )
Bila hendak guna ikan pari dicuci bersih
beberapa helai daun pisang
3 biji atau lebih limau kasturi
( utk perah atas ikan )
Daun ketumbar ( racik kasar )
Garam

Caran-caraya: 

Panaskan minyak tumis bahan kisar hingga naik minyak. gaul rata jgn sampai hangus. masukkan garam & perasa. bila dah garing , angkat & ketepikan.

Alas daun pisang diatas dulang pembakar . letak sedikit sambal kemudian letak ikan. tutup ikan dgn sambal skali lagi. bakar ikan hingga masak.

Perahkan limau & taburkan daun ketumbar bila hendak hidangkan.

Nota : saya perahkan limau tu masa ikan itu hampir 3/4 masak , lepas tu tutup baru terasa masam limau tu pada ikan. Daun ketumbar saya tak letak.

4 ulasan:

  1. Assalamualaikum yati

    Alahaiiii... sedapnya ikan bakar bersambal.. akak kalau lauk cam ni akak ratah aje.. sebab baru terasa manis ikan tu dan sambal yg mengancam..
    adoiii.. terliur pulak!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedap ratah kak... itulah yang dibuat oleh anak-anak.. Kalau akak buat power sebab akak pandai masak ^__^

      Padam
  2. Sedapnya! Guna ikan lain pun boleh kan kak. Pari kat sini pelik rasa dia, ke saya yg x pandai masak. Hehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh saja As kalau nak guna ikan lain... guna ikan bawal putih pun sedap.. akak ada jugak buat utk Nabilah sebab dia tak makan pari. Cubalah ;)

      Padam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)