JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 21 Jun 2012

Resepi Puding Roti Marble Coklat

Tengok roti ada lagi, hari-hari sarapan roti muak juga budak 3 orang tu, sebelum expired baik di buat sesuatu yang boleh disimpan lama dalam peti ais. Hari tu Dapur Madiha ada tayang Puding Roti Marble Coklat. Boleh cuba ni, kata hati saya, tambahan ada coklat lagi budak 3 orang tu suka..

Semalam saya pun cubalah dan jadilah pulak puding tu dan sangat sedap.. lembut jer masuk kat tekak... nayaman sekali. Saya mohon share resipi ye Dapur Madiha. Sebelum tengok resipi kita tengok gambar dulu...
Bila di potong cam ni nabil cakap zebra hahaha
Bila potong macam ni kakak kata bentuk hati lah

Saya dapat 6 bekas ni utk resipi dibawah

PUDING ROTI MARBLE COKLAT

1st source : hanamemories
2nd source : Izahdaut
Bahan-bahan
4 keping roti
2 biji telur
1/2 cawan susu pekat
170ml susu cair
10gram serbuk agar2 @ sepeket
1/2 cawan gula - bleh kurangkan
2 sudu besar butter@marjerin (cairkan)
31/2 cawan air= hana gune cwn biasa 230ml
2 sudu besar serbuk koko @ coklat emulco- hana campur coklat Hersheys
Cara-cara
Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 dan gula ke dalam periuk.
Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih tadi.
Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih lagi. matikan api.
Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. (Jika menggunakan serbuk koko, bancuh dahulu dgn sesudu air panas jadikan pes agar tidak berbiji2@bergentel2 serbuk koko tersebut).
Ambil sesenduk warna putih@plain dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna coklat, tuang di atas warna putih@plain tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tak payah ratakan atau kacau. ulang smula kaler putih@plain dan buat hingga habis.. ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam.

Nota : Kemanisan puding sila ejas ikut selera masing2. dan bagi yang kurang gemar berlemak, kurangkan sukatan susu pekat.

12 ulasan:

  1. memang sedap puding roti ni...saya pun dah buat byk kali :-)

    BalasPadam
  2. betul memang sedap puding ni saya pun suka...sejuk jer tekak kalau makan dimusim panas gini kan:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sedapnya membuatkan kita berulangkali makan hahaha... berat badan saya pun dah naik ni.. :))

      Padam
  3. first tym buat. .mmg sedap. .hehe. .

    BalasPadam
  4. Tima ksh dpt kongsi resepi..mmg jd n sgt sdp. Dh acap kali buat..suami n ank2 mmg suka..tq

    BalasPadam
  5. salam..akak,puding bole simpan bape ari ye:)tq akak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika simpan dlm peti ais...... 4-5 hari boleh tahan dear... ;)

      Padam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)