Hari sabtu balik kampung en suami di Felda Bukit Jalor Gamenceh selama tiga hari sempena cuti Nuzul Quran Isnin tu. En suami telefon adiknya yang berada di kampung, adik ipar saya kata terus pergi rumah mak andak sebab semua orang berbuka di sana, kami sampai sana lebih kurang pukul 6.30 petang sebab bergerak dari rumah lepas solat zohor. Sebelum tu sempat juga singgah Mydin Air Keroh Melaka. Rumah mak andak di Kg Chohong Jasin Melaka.
Banyak betul lauk pauk, kuih muih yang disediakan dan ada juga yang bawa dari rumah masing-masing, saya cuma bawa air cincau ajer... itu pun beli di Mydin :))
Gambar ini pun diambil oleh kak Nabilah, kredit kak Nabilah....
|
Sebahagian dari lauk pauk, pecal, ayam masak kicap,
gulai siput sedut, sup tulang ... fuhh penuh perut :)) |
|
Adik ipar saya |
|
Mak Teh dan Pak Teh |
|
Kaki ayam yang sedap ... yahoo |
|
Tekun betul en suami saya makan... |
Saya tiada didalam gambar kerana sibuk melayan Nabil yang nak main bunga api jer... Mama nak makan pun tak senang..
Seronokkan, buka puasa ramai2 :-)
BalasPadamMemang seronok zefa bila buka ramai2 ni... macam pra hari raya, jumpa saudara mara :)
Padam