Rindu.. ye rindu yang amat sangat untuk menjadi tetamu Nya.. sudah 5 tahun berlalu.. namun apabila ia datang lagi.. rindu terus mengusik jiwa saya.. hati melonjak-lonjak untuk kesana lagi..
Kata ustaz siapa yang mendengar talbiah hendaklah dia menyahut talbiah itu, Insyallah kita akan menjadi tetamuNya.. Itulah yang saya lakukan.. apabila terdengar di TV, saya pun ikut sama, dengar di radio, saya pun ikut sama.. maka pada tahun 2007 saya telah diberi kesempatan oleh Allah SWT menjadi tetamu Nya.. Syukur Alhamdulillah saya kehadrat Ilahi yang tak terhingga pada ketika itu... Saya pergi bersama en suami dan emak saya.
Alhamdulillah kami mendapat penerbangan awal pada waktu itu dan turun di Madinah, pada masa itu cuaca sangat sejuk.. angin hingga sejuk menggigil dibuat, dari flight dah pakai sweater dengan mak, ketua pramugara tu dah umum cuaca pada waktu 18c rasanya.. tak ingat dah
Alhamdulillah kami mendapat penerbangan awal pada waktu itu dan turun di Madinah, pada masa itu cuaca sangat sejuk.. angin hingga sejuk menggigil dibuat, dari flight dah pakai sweater dengan mak, ketua pramugara tu dah umum cuaca pada waktu 18c rasanya.. tak ingat dah
Mendarat dari kapal terbang coaster ni dah tunggu di tangga kapal terbang untuk dibawa ke tempat bas pula . |
Selepas lapan hari di Madinah, kami pun berangkat pergi ke Mekkah pula.. sayu rasa hati meninggalkan Madinah yang disitu adanya makam Nabi Muhammad s.a.w yang amat dicintai dan disayangi.. :(
Di Mekah banyak tempat juga yang di ziarahi seperti Hudaibiyah, Ladang Unta, Jabal Nur dan pelbagai tempat lagi..
Aktiviti utama saya dan en suami semasa menunggu waktu wukuf adalah membuat umrah semampu yang boleh sebab ustaz pun dah pesan suruh berehat sikit untuk menghadapi waktu punca melaksanakan ibadah haji, kesihatan kena jaga sepenuhnya. Sejujurnya saya kata, memang perlu kita mempunyai kekuatan mental dan fizikal, kasihan juga saya melihat jemaah yang berumur, saya membantu mereka semampunya, tolong sidaikan kain baju mereka yang mana datang seorang diri, ambilkan makan minum... saya pergi pakej ni pun sebab membawa emak saya bersama, pada waktu itu harganya RM14,500.00 seorang dan alhamdulillah hotel tempat saya menginap hanya 30 meter di pintu masjid. Pada masa awal-awal tu.. nak dekat azan baru kami pergi tapi bila jemaah semakin ramai 1 jam sebelum azan dah berada didalam Masjidil Haram..
Pada hari khamis kami telah bertolak ke Arafah untuk wukuf yang mana 10 zulhijjah jatuh pada hari sabtu ketika saya mengerjakan haji. Apabila telah tiba wukuf maka bermula ibadah haji dilaksanakan sepenuhnya. Memang memerlukan kesabaran yang kuat, saya sendiri diduga terpisah dengan suami sewaktu bertolak ke Muzalifah.. (saya rasa nak buat satu paparan halaman untuk Kembara Haji saya ni untuk tatapan anak saya kelak, Insyallah)
Wukuf di Arafah |
Selepas waktu maghrib, kami bertolak ke Muazalifah (diwaktu ini saya terpisah dengan en suami akibat salah komunikasi dan tempat menunggu, tunggu paparan halaman Kembara Haji Saya)Namun begitu, alhamdulillah doa saya di makbulkan Allah SWT untuk dapat berjumpa semula dengan suami saya di Muzalifah.
Berehat sebentar sebelum mencari batu kecil didalam kegelapan malam saya sampai di Muzalifah pukul 12.30 malam |
Selepas mencari batu di Muzalifah, jemaah mula bergerak untuk ke Mina (gambar di Mina tiada lupa nak ambil dan kepadat waktu kerana saya ambil nafal awal). Kami mula berbaris untuk menaiki bas pada pukul 2 pagi dan dapat menaiki bas pada pukul 4 pagi dan sampai di Mina, azan subuh sedang berkumandang.. bas tidak dapat masuk di Mina sepenuhnya terpaksalah kami berjalan kaki hampir 15 minit utk ke khemah.. selepas itu bergegas pula untuk solat subuh pula. Selepas solat , saya dan emak terus tertidur kerana kepenatan dan perlu berehat untuk melontar Jamrah Kubra ,Kami melontar awal pada pukul 10 malam dan selesai melontar pukul 12 malam.. dan keesokan harinya untuk melontar ketiga-tiga
jamrah iaitu Jamrah Al-Ula, Jamrah Al-Wusta dan Jamrah
Al-Aqabah.
Oleh kerana saya ambil nafal awal pagi esoknya selepas melontar ketiga-tiga jamrah kami pulang ke Mekah dan saya perlu cepat untuk mengejar waktu "uzur" saya semoga dapat melakukan dengan segera kesemua rukun haji itu.
Alhamdulillah, selama 46 hari saya disana sungguh meninggalkan momentum yang teramat indah yang tidak dapat saya lupakan. Oleh kerana pergi awal balik pun awal lah :D
Balik semua muka berseri-seri dan bersyukur kerana telah dapat menunaikan rukun Islam yang ke lima itu |
Bila mak bapak Mekah anak-anak dirumah pun dah jadi anak Arab...
Sewaktu saya menunaikan haji ini Nabilah baru berumur 5 tahun, Najeeha 3 tahun dan Nabil 6 bulan, saya tawakal kepada Allah SWT meninggalkan anak-anak saya dibawah jagaan kakak saya dan arwah mak mertua saya. Terima kasih yang tak terhingga kepada mereka. Saya berdoa agar dapat menunaikan haji semula sekeluarga. Doa saya telah dimakbulkan Allah untuk pergi menunaikan haji sebelum umur 40 tahun telah tercapai . Syukran ya Allah. Ameen..
Setelah selesai pembinaan Baitullah oleh Nabi Ibrahim a.s, maka Allah SWT memerintahkan Nabi Ibrahim memberi kebenaran kepada umat manusia menunaikan haji di Baitullah. Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan serulah umat manusia untuk datang mengerjakan haji, nescaya mereka akan datang ke (Rumah Allah)mu dengan berjalan kaki, dengan berkenderaan berjenis-jenis unta yang kurus, yang datangnya dari berbagai jalan (ceruk rantau) yang jauh.” (surah al-Haj ayat 27).
Setelah itu Nabi Ibrahim naik ke gunung (Jabal) Abi Qubais satu gunung yang paling dekat dengan baitullah dan di sana beliau memanggil dengan nama Allah,
“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Tuhan kamu telah membina satu rumahNya bagi kamu, oleh itu hendaklah kamu semua tunaikan haji di sana.”
Nabi Ibrahim menyeru ke kanan dan ke kiri seolah-olah orang melaungkan azan. Allah SWT menyampaikan seruan Nabi Ibrahim a.s pada setiap orang yang diciptakan dalam bacaan talbiah dan itulah pernyataan semua orang yang mengerjakan fardhu haji, kerana haji itu tidak akan sah tanpa talbiah. Bacaan talbiah antara lainnya, “Labbaikallahhummalabbaik” yang bermakna, aku datang untuk menunaikan panggilanMu ya Allah.
“Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Tuhan kamu telah membina satu rumahNya bagi kamu, oleh itu hendaklah kamu semua tunaikan haji di sana.”
Nabi Ibrahim menyeru ke kanan dan ke kiri seolah-olah orang melaungkan azan. Allah SWT menyampaikan seruan Nabi Ibrahim a.s pada setiap orang yang diciptakan dalam bacaan talbiah dan itulah pernyataan semua orang yang mengerjakan fardhu haji, kerana haji itu tidak akan sah tanpa talbiah. Bacaan talbiah antara lainnya, “Labbaikallahhummalabbaik” yang bermakna, aku datang untuk menunaikan panggilanMu ya Allah.
samalah kak..... yan pun teringin nak kesana lagi......
BalasPadamBila dah kesana, pasti kita rindu hendak pergi lagi kan Yan.... ;-))
PadamYan pergi tahun bila?
dah 7 tahun 2005 lama dah kan....?
Padambertuahnya akak dah berpeluang ke sana. doakan nadiah dapat ke sana suatu hari nanti ye kak..
BalasPadamInsyallah, satu hari nanti Nadiah Alan menjadi tetamu Allah. Ameen.
Padam