JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 26 Januari 2013

PUDING JAGUNG BERKUAH KASTAD MUDAH :)


Puding jagung ni pun saya buat pada hari sabtu lepas... nak habiskan baki jagung yang ada masa buat Nasi Jagung tu... dah lama saya tak buat puding jagung berkuah kastad ni... ini kerana anak2 saya suka sangat.. mama budak ni pun suka ehe..
Puding Jagung berkuah kastad
Berulang-ulang si hero dan 2 heroin saya makan puding jagung ni.. makan pulak masa dah sejuk keluar dari peti ais lagi lah laju jer mereka meyudu...


Clouseup sikit :D

Cepat mama makan pula akak ambil gambar kata nabilah...

Tengok seperiuk penuh saya masak ... boleh habis satu hari :D

Kuahnya pula.. saya kurangkan letak tepung kastad
tu nampak putih susu jer :D
Jom kita semak resepi yg mudah ni... senang ajer nak buat kawan-kawan... lagi satu saya nak habiskan tepung kastad saya ni... takut expire rugi pulak hehhehe :P

RESEPI PUDING JAGUNG BERKUAH KASTAD




Bahan utk puding


  • 1/2 tin jagung (diblend sedikit jer tau)
  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 cawan gula
  • 6 cawan air
Caranya
  1. Masukan kan bahan dalam bekas kacau tepung kastad, gula dan air sehingga sebati.
  2. Kemudian baru masakan diatas api.. tunggu sehingga masak melekat dan berkilat.
  3. Tuang kedalam mangkuk atau bekas yg sesuai .. atau ikut suka hati sendiri jer :D
  4. Masukan dalam peti ais..hingga puding keras
Bahan untuk Kuah
  • 1 tin susu cair
  • 2 cawan air
  • 2 sudu besar tepung kastad (rata)
  • 1 1/2 cawan gula (boleh kurangkan kalau tak nak manis ye )
Caranya
  1. Masukan bahan dalam bekas, susu, air, tepung kastad dan gula. kacau hingga sebati.
  2. Kemudian masakan diatas api hingga mendidih.. hendaklah sentiasa dikacau supaya tidak berketul.
  3. Tuangkan kedalam bekas (saya masukan dalam bekas tupperware yg selalu buat minum)
  4. Tunggu sejuk sedikit baru masukan dalam peti ais.
  5. Apabila sejuk dan rasa sedap jer masuk tekak.. bolehlah dihidangkan :D
SELAMAT MENCUBA KEKAWAN :))


18 ulasan:

  1. Cara dan bahannya ringkas je.. tapi hasilnya nampak sungguh memikat selera.. :-)

    BalasPadam
  2. salam Yati, akak ni blum terbuat lagi puding jagung nampak sedap sangat tu mesti nak kena cuba sbb ada kuah kastad mesti lebih hebat rasa nya kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye. lah kak noor sebab ada kuah tu budak2 laju jer menyudu... termasuk mama budak ni juga ehe ;-)

      Padam
  3. desert favorite saya ni... time summer selalu buat :)
    senang dan sedap nak buat :)

    BalasPadam
  4. desert -nya sungguh enak sekali...

    dah lama akak tk buat

    BalasPadam
  5. assalam yati...kegemaran acik seisi rumah jugak ni..puding jagung,

    BalasPadam
  6. waaa...... memang betul2 sedap tu........ seperiuk besar kejap je abis

    BalasPadam
  7. Sedap nampak Kak..
    insyaAllah boleh cuba nti..Pa'e pun suka puding2 ni...:)

    BalasPadam
  8. fuh nampak sedap la kak...

    ada resepi, nak suruh wife cubo buek lah...:)

    BalasPadam
  9. dah lama nak buat puding jagung nie. heheheh... ada gak resepi simple n mudah, Terima kasih kongsi resepi. (^_^)

    jemput ke blog saya juga

    http://mamaleensihat.blogspot.com/

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)