Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 18 Januari 2013

Renungan : Open your book to Chapter 29, page 57


Semasa saya membaca artikel yang menarik ini... membuat saya berfikir kebenarannya... dan bertanya semula kepada diri sendiri... saya kongsikan bersama untuk renungan kita bersama... semoga bermanfaat ....



Semasa cuti musim panas, Ahmad mengisi masa cutinya dengan mengambil posisi guru sementara di sekolah rendah lamanya. Satu hari, Ahmad memasuki kelasnya. Pada hari itu, dia ingin mengajar anak-anak muridnya satu pengajaran penting.

Ketua Kelas: Bangun semua!

Ahmad: Assalamualaikum.

Semua: Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh, cikgu!

Ahmad: Terima kasih. Semua boleh duduk.

Semua murid duduk. Bunyi hentakan dan tarikan kerusi memenuhi ruang bilik darjah 6 Gemilang.

Ahmad: Okeh. So, ingat lagi apa yang kita belajar sebelum ni? Sape ingat?

Radzi mengangkat tangannya.

Radzi: Kita belajar cara nak guna sempoa.

Ahmad: Yes! Good! Cikgu just nak make sure yang semua masih fresh lagi. Masih awal pagi. Harap-harap takda yang mengantuk ek. Solat Subuh tak tadi?

Semua: Sooolat!

Ahmad: Cikgu tabik korang. Okeh, cikgu baru nak warm up. Cikgu ada surprise hari ni.

Ahmad senyap. Kelas menjadi sunyi. Semua murid memandang satu sama lain, tertanya-tanya apa yang dimaksudkan oleh Ahmad. 

Ahmad: Tak lama lagi...Korang. Ada. EXAM!

Dengan sekelip mata sahaja, suasana sunyi menjadi riuh dengan keluhan murid-murid.

Maria: Ha?!!

Azlan: Cikgu gurau kan?

Hadi: TIIIDAAK!!

Anwar: Bukan minggu lepas kita dah buat test ka? Takkan ada exam pulak kot.

Luthfi: Kita baru belajar sempoa cikgu. Takkan exam sempoa kot?

Elena: Exam?!

Mat: Bapak hang, biaq betoi!

Aiman: Dalam jadual mana ada exam cikgu. Exam pertama kami lambat lagi.

Ahmad hanya memerhati gelagat mereka, sambil tersenyum. Lama-kelamaan keadaan menjadi tenang. 

Aman: Cikgu, bila exam tu?

Ahmad: Cikgu tak nak bagitau.

Kelas kembali riuh.

Ketua Kelas: Jap...jap...jap. Shhhh!

Kelas senyap.

Ketua Kelas: Cikgu, susah la macam ni. Kalau kami tak tau exam tu bila, macam mana kami nak tau bila nak start study?

Ahmad: Bagus soalan tu. Kalau cikgu tak bagitau bila exam, agak-agak macam mana korang kena study?

Elena: Kitorang kena study all the time la cikgu, sebab anytime je boleh exam kan?

Ahmad: Ha, pandai. Sebenarnya cikgu gurau je. Takda exam pun.

Semua: Yahoo!

Ahmad: Tapi, korang sebenarnya memang ada pun exam yang tiada siapa tahu tarikhnya.

Mat: Oik, pulak dah?

Ahmad: Yes. Exam itu ialah...kematian.

Kelas tiba-tiba senyap.

Ahmad: Kita tak tahu bila kita nak mati. Korang bernasib baik sebab exam kat sekolah ni cikgu-cikgu akan bagitau bila tarikhnya, supaya korang tahu bila nak start preparation. Tapi, untuk kematian, maaflah. Tiada cikgu yang tahu tarikhnya.

Anwar: So...kita kena always prepare la ye?

Ahmad: Exactly.

Kelas sunyi sepi. Semua sedang berfikir sendirian. 
Ahmad: Okay, lets start the class! Open your book to Chapter 29, page 57.

Kemudian saya membuka Al Quran Surah 29 ayat 57... ini lah ayatnya..

سُوۡرَةُ العَنکبوت
كُلُّ نَفۡسٍ۬ ذَآٮِٕقَةُ ٱلۡمَوۡتِ‌ۖ ثُمَّ إِلَيۡنَا تُرۡجَعُونَ (٥٧)
 Surah Al-Ankaboot

Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan). (57) 

Bertanya lagi didalam diri... sudahkah saya bersedia ?????

p/s saya copy paste  disini - cikgu-bila-exam , saya amat kagum dengan penulisan beliau....

16 ulasan:

  1. Erm betul tu kak..
    tiada siapa yg tahu bila kita akan mati..tapi kita kena sentiasa bersedia..
    Mengingati mati itu amat di tuntut kan? :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye Atie... mengingati mati itu sunat... dapat pahala :)

      Padam
  2. Slm folow balik..slmt pg yg dh nk tghri...

    BalasPadam
  3. Yalah kita d galakkan mengingati mati..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye RH... kata-kata Imam Syafie... "perkara yg paling dekat dengan kita adalah kematian".. sama ada kita bersedia tau tidak jer kan RH...

      Padam
  4. Salam ukhwah..

    Sangat tersentuh dengan N3 ini, sebagai muhasabah diri ummi juga, ingat mati sentiasa agar tidak lalai dan alpa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Muhasabah untuk akak yg lebihnya ummiross... supaya sentiasa tidak alpa kan :)

      Padam
  5. ajal maut semua urusan tuhan...
    apapun kita mesti bersedia...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Nur... Allah telah menentukan untuk kita semua :)

      Padam
  6. kembali kepada perjanjian yang satu...
    Ajal maut nie susah nak ckp...
    sebab itu la kite harus sentiasa bersedia menghadapi ari tersebut...:)

    nieyl dah follow blog akak...rajin2 la singgah bloh nieyl nanti yea...:)

    BalasPadam
  7. kena sentiasa bersedia kan...semoga amalan kita semua diterima Allah SWT...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye PM... bersama-sama lah kita bersedia kan :)

      Padam
  8. salam kenal..
    singgah sini & follow.

    betul kak,kita selalu kena mengingati mati..

    sudi2lah singgah sy kembali yer..
    tq

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)