JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 21 Mei 2013

Apa nak cerita ye ^___^

Assalamualaikum sahabat blog semua... apa khabar? dah 2 hari saya tidak bersiaran... kepenatan dan kesibukan tugasan yg ditinggalkan di tempat kerja, membuat saya terpanggil untuk mendahulukan itu semua sebelum membersihkan sesawang yg ada didalam blog saya ni :D

Sebenarnya banyak yg hendak saya kongsikan pengalaman saya berkursus ESQ ni... penuh keinsafan, terasa kerdilnya saya dihadapan Allah s.w.t  yg menciptakan saya... Ya Allah ampuni saya yg selama ini leka dan lalai dalam menjalankan tanggungjawab yg telah Engkau perintahkan kepada hamba Mu ini .... Ya Allah ku bermohon kepada Mu supaya terus memberi petunjuk dan hidayah Mu kedalam hati ku ini ya Allah...


سُوۡرَةُ الاٴعرَاف

وَإِذۡ أَخَذَ رَبُّكَ مِنۢ بَنِىٓ ءَادَمَ مِن ظُهُورِهِمۡ ذُرِّيَّتَہُمۡ وَأَشۡہَدَهُمۡ عَلَىٰٓ أَنفُسِہِمۡ أَلَسۡتُ بِرَبِّكُمۡ‌ۖ قَالُواْ بَلَىٰ‌ۛ شَهِدۡنَآ‌ۛ أَن تَقُولُواْ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ إِنَّا ڪُنَّا عَنۡ هَـٰذَا غَـٰفِلِينَ (١٧٢)

 Surah Al-Araf

Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka dan Dia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Dia bertanya dengan firmanNya): Bukankah Aku Tuhan kamu? Mereka semua menjawab: Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini. (172) 

Ya Allah teruskan di dalam hati kami dengan saksi ini terus tertanam didalam jiwa " Benar (Engkaulah Tuhan kami), 



p/s Saya telah mula membaca Tunjang Suksess seperti yg sarankan oleh kekawan di blog, insha Allah akan saya kongsikan ilmiah yg saya baca. 

Wassalam

11 ulasan:

  1. Modul kursus ESQ memang bagus cuma kekadang kita manusia yg selalu lalai...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benar Gee... nafsu manusia selalu mengajak kepada kelalaian...
      Semoga kita semua terus bersaksi atas nama Allah Tuhan ku :)

      Padam
  2. mesti ada kekuatan hati agar apa yg di perolehi tidak sia2.....moga berjaya kak Yati....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu Yan ... semoga Allah terus memberi kekuatan hati pada diri akak ini...

      Padam
  3. buku La Tahzan tu akak dh beberapa kali khatam hehe...tiap kali baca,bagaikan mendapat semangat baru bila diri terasa down..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bersemangat saya nak membacanya kak kamsiah, bila baca akak dah banyak khatan membaca, semoga La Tahzan ini membuat saya terus kuat melawan nafsu dunia ini :)

      Padam
  4. assalam yati..acik menunggu..terima kasih sudi kongsikan disini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Insha Allah acik erna, akan saya usahakan utk dikongsi bersama-sama sebagai muhasabah pada diri saya sendiri juga :)

      Padam
  5. Okje pun pernah gi ESQ CH.....mmg sangat insaf.....lepas sebulan dah lupa sikit demi sedikit! Terukkan!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh di recharge semula Okje, apabila kita dah jadi alumni ESQ kita boleh joint bila-bila masa dan dimana jua di dunia ini dengan menunjukan kad alumni tu... Insha Allah pada 7 - 9hb Jun 2013 ada programnya di SACC, jemputlah hadir, insha Allah saya juga ingin recharge juga masa tu..

      Padam
  6. Bagus la kalau kursus ni memberi kesedaran dan keinsafan pada yati...pasti kursus ni amat bagus..

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)