JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 16 Mei 2013

Apam Strawberry 3D

 Ingat tak itu hari saya ada cerita tentang apam yang saya buat versi 3D yang saya bawa kekampung en suami , jadi disini saya nak kongsi bersama macam mana nak buat apam versi 3D.... ianya dipanggil 3D sebab dot dot dia tu timbul. Memang mengambil masa sikit nak buat versi 3D, lenguh jugalah kaki berdiri hehehe.

Nampak tak dot dot dia yg timbul tu...
Okey jom kita tengok macam mana nak buat ye... resepi saya masih guna Hana Memories punya resepi cuma saya ada tambah sikit  bahan susu nya sebab nak bagi lembut sikit apam tu.


RESEPI APAM STRAWBERRY 3D
















Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus 
  • 150gm susu segar ( saya tambah jadi 200gm)
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)
  • Pewarna
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang.
  5. Picitkan blueberry filling secukupnya.(saya guna strawberry)
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
  8. Setelah dikukus itu keluarkan dari kukus picitkan bentuk dot dot yang disukai (saya suka bentuk strawberry tu:)
  9. Kemudian kukus semula selama 10 minit, maka terbentuk dot dot yg timbul itu.
NOTE dr Hana:
  • Jangan buka api besar semasa mengukus. Guna api sederhana je yer! Kalau tak nanti pecah aka kembang mekar setaman! jadik ler kang apam mekar! hihi.. (berdasarkan pengalaman..:D).
  • Buh esen vanila utk mengurangkan bau telur.
p/s Ada sesiapa nak oder... :D

7 ulasan:

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)