Balik dari menjemput mereka bertiga dari sekolah kakak nabilah bertanya "mama petang ni buka apa?"
"tak tahu lah nak buka apa ye, pegi bazaar ramadan lauk sama jer" jawab saya
"mama dah tak masak benda bulat-bulat tu dengan sayur pakchoy tu" ujar kak nabilah
"Benda bulat-bulat tu apa?" tanya saya
"Alah susah nak explain, jom singgah speedmart 99, nanti kakak tunjukan" balasnya
Sampai di sana dia pun ambilah, rupanya taufa telur.. so saya penuhi lah keinginannya itu, tapi sayur pakchoy lak tak ada kat situ kena cari kedai lain.
Inilah hasil sayur pakchoy dengan taufa telur.. bukan main berselera dia makan masa berbuka puasa, siap request suruh kuah banyak, sebab kakak suka katanya... tengok gambar tu kuah telah tenggelamkan sayur pakchoy tu...
Letak resepi kat sini, nanti besar boleh kak nabilah rujuk untuk masak hehehe
RESEPI GORENG SAYUR PAKCHOY TAUFA TELUR
Bahannya :-
- 1 bungkus taufa telur
- 300 grm sayur pakchoy
- 3 ulas bawang putih (diketuk)
- 10 ekor udang sederhana
- 3 sudu besar sos tiram
- air secukupnya
- garam
Caranya :-
- Bersihkan sayur pakchoy toskan. Letak tepi
- Goreng taufa telur yg telah di potong bulat sehingga kekuningan, angkat ketepikan.
- Tumis bawang putih kekuningan kemudian goreng udang bersama.
- Kemudian masukan air dan sos tiram, masukan sayur pakchoy dan garam.
- Selepas itu masukan taufa yg digoreng tadi serta rasakan garamnya
- Siap utk dihidang.
yg simple tu yg sedap
BalasPadamwahhh tentu sedap... dat y Nabilah siap request...
BalasPadamAssalam yatie..acik nak cuba la..tima kasih yatie
BalasPadamSaya pun suka 'benda bulat2' yg kakak nabilah suka tu :D
BalasPadamSayangnya benda bulat2 tu takde jumpa kat sini...
sedapnya....pndai nabilah request nk makan makanan kegemaran.
BalasPadamSaya pun suka benda bulat tu..hehe
BalasPadamBiasa buat masak dgn sos tiram gitu je. Pasni ada la idea nak campur dgn sayur..udang.
Tq!