JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 10 April 2014

CHAR KUEYTEOW MUDAH... emmm dapnyaaa :)

Assalamualaikum kekawan.. Moga ceria dan sihat hendaknya :)

Semalam saya singgah pasar Seksyen 6, anak2 suka sangat char kueyteow. Jadi  untuk berbuka puasa saya beli yg kuahnya asing, balik saya panas Kan balik untuk memasukan semula sayur dan kueyteow tu. Alhamdulillah hari ini saya dah raya ehe :) selesai hutang puasa ramadhan saya sebanyak 13 hari tu.. Ramadhan pun bakal menjelma 80 hari lagi kan.. semoga Allah memanjangkan usia saya untuk bertemu ramadhan yg akan datang ni kan..


RESEPI CHAR KUEYTEOW


Bahannya :-
  • 300gm Kueyteow
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 200 gm udang
  • 200 gm kerang siap kupas 
  • 4 ulas bawang putih diketuk*
  • 1 kiub perisa ayam
  • 6 sudu besar sos tiram*
  • 2 sudu besar kicap pekat*
  • 3 sudu besar kicap manis*
  • 250ml air rebusan udang (udang tadi rebus dulu)
  • sedikit kucai dan taugeh
  • 2 biji telur
  • garam secukup rasa
Caranya :-
  1. Rebus udang dengan air , rebus sampai udang separuh masak lepas tu tos air rebusan. ketepikan.
  2. Campurkan semua bahan bertanda* dengan air rebusan udang tadi, reneh sehingga paste menjadi pekat. Ketepikan
  3. Tumis cili kisar sehingga garing, kemudian masukan dalam satu cawan paste, lepas tu masukan kerang dan udang.Rasa garamnya. (kalau nak berkuah boleh tambah air)
  4. Apabila  telah mendidih, pecahkan telur, kacau pantas, gunakan api yg besar, lepas masukan taugeh dan kucai, akhir sekali baru dimasukan kueyteow, kacau dalam 2 - 3 minit, angkat.
  5. Siap dihidangkan, makan bersama cili hijau jeruk.

26 ulasan:

  1. niesa xpandai mkn char kueyteow..huhu..org sll kata sedap tp nk cuba tp xmasuk tekak lak.. :(

    click digi dan inti utk akak..

    BalasPadam
  2. Kakak suka kalau banyak taugeh dan kucai Yati.
    Memang akan bertambah-tambahlah macam Nabil juga:)

    BalasPadam
  3. wah sedapnya. lama tak pekena ckt kat pineng

    BalasPadam
  4. akak xberapa suka char kue teow ni yatie tapi anak2 akak yang besar2 semua peminat setia .....tapi ada yang tak makan kerang pulak.

    BalasPadam
  5. terbaik.. kalau basah² mcm ni ssh nak bawak bekal, kena makan terus lps masak..

    BalasPadam
  6. nampak menyelerakan kak... kat sini susah nak dapatkan kuey teaw..

    BalasPadam
  7. nampak sedap dan menyelerakan....
    Yer la... dah tak lama nak Ramadhan. saya dah habiskan ganti masa syawal arituh... gigih tak g jemputan open office sbb nak habiskan puasa hihi

    BalasPadam
  8. owhhhh mudah je rupanyer... sy selalu ingtkan char kuehteow ni susah he3

    BalasPadam
  9. Assalamualaikum kak, walaupun mudah selalu tak menjadi sangat masakan sheila. hehe nice sharing resepi. boleh cuba buat lagi sampai menjadi. hehe singgah menabung digi sini~~~

    BalasPadam
  10. Teringin pulak dah CH...hehe...Nak makan kuey Teaw ni.....nak masak baru cari Kuew Teaw nya kan CH kalau tak macam hancur jer....

    BalasPadam
  11. telan air liur sy tgk dan baca ..teringin nak makan jugaklah..heheh..
    sy pun hutang posa tuh masih dok ade lg tuh..biler lah nak mula nie..:)

    BalasPadam
  12. Penghuni rumah aku semua tak berapa mengermari ni T...kecuali en suami aku...jd masak cam bazir lah pulak..nak mkn kteow ni mkn kat kedai jer lah..tp ko punya ni nmpk menyelerakan T...

    BalasPadam
  13. wahhhh! sedappnya Kak... lama tak makan ni... ALhamdulillah dah settle puasa ganti ya kak... :)

    BalasPadam
  14. Sedapnyaa tgk charkueyteow tuh..

    BalasPadam
  15. sedappp...saya sukaa..senang je plak tu nak masaknya

    BalasPadam
  16. pebret sy & anak dara nie...abah dia x suka kuew teow...klu kami 2 branak, mau 2 bungkus kena goreng...hehehe..

    BalasPadam
  17. ehm sedapnyer.. nak jugak. nak jugak ala kena buat sendiriler ni..

    BalasPadam
  18. wah senang ja kan, tang sos tiram dan kiub atam tu tak ada, kalau tidak bole try ni, biasa stok kueyteow kering ada, tapi tak sure pulak :) sedap kan denga taugeh yang krup krup :)

    BalasPadam
  19. Sedapnyeeeee.., telan ailio lah baca resipi nih.
    Selalu zura oder kat kedai jer.. memang sedap.

    BalasPadam
  20. kue teow kat utara ni kecil sikit..

    BalasPadam
  21. Assalam,

    memang sedap nampaknya..bunda memang suka kuey teau ni..tapi jarang jugak buat sendiri...selalu beli jer...kalau buat sendiri puas kan..bolih berulang makan...

    Salam ziarah di pagi Jumaat..

    BalasPadam
  22. Salam perkenalan. Nampak sedap resipi2 kat sini. Jemput la lawat blog saya http://alamwellness.blogspot.com

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)