JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 21 April 2014

KAMBING GOLEK ... Idaman Hati.. ^____^

Assalamualaikum kekawan.. Alhamdulillah semoga kita semua terus dirahmati Ilahi dan sihat serta ceria :)


Ini kisah hari sabtu dan ahad kami.. tiada kemana pun.. cuma memenuhi undangan jiran yg baru melahirkan cahaya mata yang ketiga.. lama juga dia menanti cahaya matanya yg ketiga ni hampir lapan tahun.. Si baby comey yg baru berumur 52 hari .. di beri nama Nur Hadaliea Huda .. tak silap saya lah kan.. ehe :) lupa pulak nama.. dah trend sekarang nama anak ada tiga patah perkataan..

Sebelum tu diadakan bacaan yasin .. kemudian baru selawat dan tahnik untuk baby.. dulu ifa ni jiran selorong rumah saya.. lepas tu suami dia beli rumah fasa ketiga tu.. memang besar dan luas lah rumah tu... ni kira sambil menyambut rumah baru juga untuk bacaan yasin tu...

Di akhirnya budak bertiga ni lah yg gembira kerana dapat makan kambing golek tu.. Nabil makan di meja sama abahnya.. pun makan kambing golek ni... langsung tak makan nasi.. itu sahaja yg nampak oleh budak bertiga tu selain dari goodies coklat dan gula2 yg di sediakan... sehabis dari kenduri ni kami semua terus pulang ke Kuang rumah mak.. rumah mak biasalah borak dengan mak.. kebetulan adik saya pun balik... lepas maghrib baru balik Shah Alam..
Kekawang hujung minggu ke mana tu?.... ^___^

24 ulasan:

  1. haha.
    harus 3 patah perkataan.

    fikir jugk..pasni nak letak nama apa plk..haa

    BalasPadam
  2. wah syiok nya kambing golek
    weekend saya dok rumah je tak ke mana sangat

    BalasPadam
  3. nasib anak noe 2 perkataan je...hehehe...meriah nampak kambing golek tu

    BalasPadam
  4. Syoknya kalau sapa yg makan kambingkan..sy x lalu

    BalasPadam
  5. saya balik kampung... jumpa mak jugak...
    sedapnya kambing golek tu kak aihhh
    kat sini jangan kata kambing golek, yang tak tergolek pun payah nak jumpa

    BalasPadam
  6. Anak2 aku masih 2 patah perkataan lagi T..hehehe...Sedapnya makan kambing golek T...hujung minggu aku bertemankan 2 bakul besar kain utk dicuci dan segunung intan payung yg hendak dilipat....

    BalasPadam
  7. wah...kambing golek..sedap tu...hujung minggu tak ke mana kak..huhu...eh..semalam je kua cuci mata hehehe...

    BalasPadam
  8. zaman sekarang nama anak panjang2 & susah nak sebut..huhu..
    sedap kambing golek tu..

    BalasPadam
  9. alamak bestnyer... majlis yang meriah dan agak besar jugakan...
    dapat kambing golek meman gtak pandang lainler...

    BalasPadam
  10. Janji makna dari nama baik tak kisahlah...
    Kambing golek memang sedap Yati. Jgn kata anak-anak yg tiga tu kalau kakak pun sama juga..

    BalasPadam
  11. suka diorg dengan kambing yer.. anak saya kalau tak sebut tak per.. so dia tau daging jer... lepas makan baru bgtau daging kambing hahahah

    BalasPadam
  12. wah seronok dorang kan dapat makan kambing golek..sy kalau golek belum pernah cuba lagi..

    BalasPadam
  13. alhamdulillah...
    minggu lps kat rumah mertua saya pun ada buat majlis akikah..6 org sekali..cucu dan cicit...seekor lembu tak mencukupi...

    BalasPadam
  14. he3 jenuh anak dara 2 nak menulis nama atas kertas xm nnt he3...

    BalasPadam
  15. uihs~ sedapnye kambing golekkkkk!
    lama dah x rasa kambing golek.
    last makan masa raya puasa tahun lepas.. lamanyeeee!

    BalasPadam
  16. wahhhhh sedapnya...feveret nza tu.....
    Comelnya baby Nur Hadaliea Huda..nama pn sedap disebut...

    BalasPadam
  17. huhu... nama skrg makin lama makin panjang.. kat kertas exam nnti dh x muat nk tulis nama saje..
    tun xleh makan kamben, kalau gi kenduri yg ada bakar kamben jd tukang tgk je la..

    BalasPadam
  18. kambing golek, mama tak pernah makan kambing kak, .. sedap ker?

    BalasPadam
  19. Sedapnya kambing golek...saya suka daging kambing.

    Wkend lalu saya dok rumah je, suami ada byk keja opis nak buat. Sabo je lah..

    BalasPadam
  20. Assalam Yati,
    wah baru ni kita nampak puan punya blog yang pakai baju biru tu kan..
    manis orangnya...kambing golek jarang dapat kat spore ni..kalau ada majlis..
    mungkin sebab ruang luar rumah yang sempit maklum ler rumah flat..
    kalau ada pun kat hotel2 kot..
    nama sekarang menag 2-3 patah perkataan..itulah ternd orang sekarang..hehe

    BalasPadam
  21. nama pun ada trend kan skang ni..semua yg glamour2 gitu..hehe..
    yumm..yumm..kambing golek..ingtkan apa td..hihi

    BalasPadam
  22. Sedapnya kak. DAh lama tak makan kambing ☺

    BalasPadam
  23. Yelah house warming sekalilah ni...bagus anak anak awak CH boleh makan kambing.

    BalasPadam
  24. Kalau ada kambing golek ni, bukan setakat budak-budak, orang dewasa pun teruja sama nak merasa :)

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)