Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 3 April 2014

NASI GORENG CENDAWAN BEBOLA IKAN... eemmmmm dapnyaaa ^___^

Assalamualaikum kekawan.. Moga ceria dan sihat selalu :)

Sarapan apa pagi ni kekawan.. pagi ni kami sarapan Nasi goreng cendawan bebola ikan.. ini permintaan Nabil.. siap request suruh bubuh cendawan dengan bebola ikan tu bebanyak ye...

Kakak dua orang tu pun suka juga.. bertambah makan mereka bertiga..  Masa ambil gambar ni Nabil tanya "cendawan ni boleh makan ke?.." hehehe "ini hiasan jer lah Nabil .. lepas ni mama simpan balik dalan freeze :)" Bila en suami tak de boleh lah buat mcm ni.. kalau tidak mesti dia tanya... "Apa kerje lah mama korang ni?" en suami tak tahu saya ada blog kihkihkih..
Tak tahu isterinya ini dah jadi panglipur lara menulis di blog kecil suka suki ni...eh eh dah melalut ni..
Jom intai resepi yg simpel dimple ini aha :)

RESEPI NASI GORENG CENDAWAN BEBOLA IKAN

Bahannya :-
  • 1 Mangkuk Nasi putih
  • 1 peket bebola ikan dibelah dua
  • 1 peket cendawan dicarik-carik
  • sedikit sayur kobis dihiris
  • 1 gengam ikan bilis ditumbuk kasar
  • 4 sudu besar cili merah yg telah dikisar bersama bawang merah dan putih (kalau kekawan nak pedas boleh letak cili api ye.. biar berapi sikit bila makan kihkihkih :)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • garam secukup rasa
Caranya :-
  1. Panaskan sedikit minyak didalam kuali, goreng sebentar bebola ikan, angkat ketepikan.
  2. Kemudian goreng ikan bilis sebentar, angkat ketepikan.
  3. Lepas tu tambah sedikit minyak untuk menggoreng cili kisar, goreng sehingga wangi, kemudian masukan bebola ikan dan ikan bilis yg digoreng tadi, lepas tu masukan pula cendawan dan sayur kobis. 
  4. Kemudian masukan sos tiram dan garam secukup rasa, akhir sekali baru masukan nasi, kacau sehingga mesra.
  5. Siap untuk dihidang.


22 ulasan:

  1. wah menariknya sarapan dia love love heeee

    BalasPadam
  2. eeemmmmm...sedapnya....lapar nie. tunggu masa nk rehat.

    BalasPadam
  3. nasi goreng penuh kasih sayang...

    BalasPadam
  4. nasii gorengg..menyelerakan nih..

    BalasPadam
  5. cantiknya hiasan nasi goreng,..nasi goreng cendawan memang sedap..
    sama je macam suami saya, "apa keje lah amik2 gambo.."

    BalasPadam
  6. memang febret budak2 nasi goreng camni,tapi kalau Iman anak akak tak boleh nk bubuh cili ....sampai besar ni tak tahan pedas.

    BalasPadam
  7. cantik banget bentuk nasik nya tu..sama jugak cam hubby SB..'tgk tu tgk tu, amik gambar ni mesti nak letak lam blog"..hihihiii...

    BalasPadam
  8. sedap tu..lagi pedas lagi umph...

    BalasPadam
  9. Sempat ko T buat sarapan pagi2..aku anak beranak mkn roti dgn nuttela jer..alasan kannnn...Dulu masa baru2 berbloq pun en suami aku cukup2 menyampah..asal gi mana2 ambik gambar..cam tu jugaklah ckp dia..Mak korang ni apa jer lah keje dia ni...la ni bloq pun dah suam2 kuku...haihhhhh....

    BalasPadam
  10. dedulu husband saya pun dok kata gak sbb suka ambik gambar nak masuk blog.. tapi sekarang dia sapot je..hehehe

    BalasPadam
  11. cantiknya pangkal batang sawi tu...mcm bunga mawar bentuknya

    BalasPadam
  12. chef wan kata jangan letak benda tak boleh makan kat dalam pinggan..hehehhe...hiasan gini kat hotel pun tak dapat anak oi..untung la kome..ekekekek

    BalasPadam
  13. Wah...nasi goreng love gittew. Thanks for the resipi kak. Tak pernah lagi buat nasi goreng letak cendawan. Nampak sedap tu.

    BalasPadam
  14. Sedapnya nasi goreng ada chicken ball n cendawan tiram lagi la sedap..

    Ari ni dah berjaya follow balik...

    BalasPadam
  15. kalau buat hiasan cendawan goreng pun ok.. ;)
    semua part dalam pinggan tu boleh dimakan, tak payah dah simpan dalam peti sejuk balik.. hehehe..

    BalasPadam
  16. Memang suka la dapat nasi goreng macam tu.. Che Mid asal buat nasi goreng..nasi goreng belacan je...

    p/s : sebenar puasa ni, tapi lampu merah sudah mariii masuk waktu asar tadi..ni tgh berbuka dengan teh o panas..

    BalasPadam
  17. kalo berapi tu yg best tu...malatoppp!! huhu

    BalasPadam
  18. Pergh..siap ada cendawan dlm pinggan lagi..sedap tu

    BalasPadam
  19. semua nasi goreng pun sedapp hihihihihi ....

    BalasPadam
  20. amboi kak yatie...presentation hebat... :)

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)