Assalamualaikum kekawan.. semoga sihat dan ceria :)
Masuk ni dah dua kali saya masak nasi kismis ni kekawan, pertama masa kenduri turun mandi anak adik saya di Kuang pada tahun baru itu hari, mak saya dan adik saya kata sedap nasi ni, "boleh lah ko masak masa kenduri kahwin kak cik nanti " kata mak saya... aduh berat betul permintaan mak saya tu.. kata saya "mak acik masak untuk 50 orang punya makan boleh lah.. ni kalau dah 1000 orang mana mampu hehehe"... "boleh, ko masak sama dengan kak ateh nanti" tambah mak saya.. " haaa bagi resepi kat ateh suruh ateh masak ", jawapan penyelamat saya..
Memang sedap nasi mentega kismis ni kekawan.. semua dalam rumah makan bertambah.. hendaknya si Nabil yg penggemar nasi minyak ni.. "terima kasih mama, masak nasi kegemaran nabil" katanya, hero seorang ni memang pandai mengambil hati saya..
Nasi mentega kismis ni saya regu dengan Ketam Tiga Rasa yang saya buat pada hari sabtu tu...
Begitu juga dengan Kerutuk Chicken Boxing saya tu, diregukan dengan nasi mentega kismis ni.. en suami komen sedap.. En suami makan malam tu sebab dia balik kerja sampai rumah dah pukul 8.00malam.. dari tengahari sampai dinner itulah lauk kami hehehe.. tak jemu kami anak beranak memakannya...
Nasi mentega kismis ni amat mudah membuatnya kekawan.. saya ambil resepi ni dari blog Sinar Kehidupan... Yatie memories yg pro dalam bidang masakan ni.. Akak minta izin tempek resepi di blog kecil akak ye yatie...
Jom cuba kekawan.. sedap bangat gitew.. bahan pun mudah ajer :)
NASI MENTEGA KISMIS
BAHAN-BAHANNYA :-)
·
4 cawan beras basmathi, cuci dan rendam 25 minit, toskan.
·
5 cawan air
·
1 cawan susu cair
·
1 kiub ayam "Maggi"
·
2 camca besar mentega
·
Garam secukup rasa
·
1/3 cawan kismis
BAHAN TUMIS :-)
·
1 biji bawang besar, didadu
·
2 ulas bawang putih, hiris
·
1 batang serai, dititik
·
1 helai daun pandan, disimpul
·
1 inci halia, hiris nipis
·
1 kulit kayu manis
·
1 kuntum bunga lawang
·
2 kuntum bunga cengkih
·
2 biji buah pelaga
BAHAN HIASAN
·
Hirisan daun bawang
·
Hirisan daun sup
·
Bawang goreng
CARA MEMBUATNYA :-)
1.
Dalam kuali, cairkan mentega, masukkan bahan tumis dan tumis hingga
harum, masukkan beras dan kacau hingga mesra, masak 1-2 minit. Masukkan kiub
ayam (hancurkan) dan gaul rata.
2.
Alih beras ke dalam rice cooker, tuang air dan susu, kacau rata. Tambah
garam secukup rasa dan tanak nasi seperti biasa. Bila kering, taburkan kismis
dan biar nasi betul2 masak. Gaul nasi dengan chopstik. Biar sekejap.
3.
Tabur bahan2 hiasan sebelum dihidangkan bersama lauk2 kegemaran. Selamat
mencuba..
alahai sedapnye..
BalasPadamyumyum... dah lama tak masak nasi yg pelbagai camni, selalunya masak nasi putih jerr
BalasPadamaduhh...sedappnya nengok Nasi kismis pepagi ni Kak... boleh lah nak cuba masak juga nti... hubby sy mesti suka ni...:)
BalasPadamassalam yatie..minggu ni dah tentu acik cuba..terima kasih kongsi ye
BalasPadamSedap ni T...mcm2 ko masak yer T.....aku jer yg tak maju2 dlm bidang masak2 ni...
BalasPadammenariknyer... InsyaAllah saya cuba nnt sbb Mr Fallah suka makan nasi ada kaler ni ;)
BalasPadamnoe dah siap copy paste n simpan dalam folder...cadang nk buat la tu...terima kasih kongsi resepi yatie..
BalasPadamWah...saya mmg gemar nasi2 cam gini. Biasa buat briyani, n.ayam..yg ni blm lagi. Saya bookmark, esok2 sng nak buat. :)
BalasPadamni macam nasi minyak gak kan ...tapi yangni guna mentega... ehm menarikni... nak cuba mestini...
BalasPadamsedapnyeeee... mesti ade rasa manis sebab kismis tuh kan~
BalasPadamNabil anak cerdik sebenarnya sebab itu dia puji mama masak sedap. Apa lagi memang sah-sah sedap macam kata mak Yati...
BalasPadamLain kali kalau kakak nak buat kakak tengok sini Yati...
sedapnye kak yatie...terima kasih sudi share resepi nih..
BalasPadamsaya pun suka buat nasi mentega ni, belasah ngan ayam masak merah atau buat nasi ayam pun sodap jer...
BalasPadamboleh lah akak masak resepi nasi mentega yatie ni bila anak2 balik cuti nanti...
BalasPadamboleh try ni..makan dengan ayam masak merah ke?
BalasPadamhemmm......... orang berpantang terliur leeee
BalasPadamresepi harus cuba ni…
BalasPadamPandai Nabil ambil hati mama…. sweet jer rasa bila anak say thank you when we cooked his fav food :)
kira macam nasi minyaklah ni yer...
BalasPadamSebenarnya sebab resepi nasi mentega kismislah saya ke sini. Baca yang lain-lain dulu baru sampai ke sini :) Rasa nak mencubanya jugalah. Saya memang suka nasi kismis nih tapi tak pernah pula membuatnya.
BalasPadamsy buat ni xbuh susu cair ng kismis pon.tp mmg sedap ikot cara sy sndr
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadam