Assalamualaikum kekawan..
Jejalan tengok FB.. ada jugak kekawan yg post kek tiramisu yg
cantik ni.. save dulu kat sini... nanti kita cuba ye ^__^
KEK TIRAMISU KUKUS
4 biji telur - Gred A
150gm Gula halus
1/2 sudu teh ovelette
150gm tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
100ml minyak masak
200ml santan kotak - KARA (Jangan campur air)
Bahan untuk lapisan :
Kopi cappuchino (3 in one) 1 sachet larutkan dengan 2 sudu besar air panas
2 sudu besar serbuk coklat
Cara membuatnya:
1. Pukul telur, ovellette dan gula sehingga kembang.
2. Masukkan pula tepung gandum yang di ayak terlebih dahulu dengan baking powder sedikit demi sedikit di dalam adunan sambil di pukul lagi.
3. Masukkan minyak dan santan berselang seli sambil di pukul lagi.
4. Bahagikan kepada tiga mangkuk. Adunan 1 di biarkan kosong, atau jika suka boleh juga di campurkan sedikit keju cheddar yang di parut. Adunan 2 di campurkan dengan serbuk kopi cappucino dan Adunan 3 di campurkan dengan serbuk coklat.
5. Kukus lapisan 1 dan 2 masing-masing selama 10minit, seterusnya untuk lapisan ke 3 hendaklah dikukus selama 20minit.
6. Bila kek telah sejuk, bolehlah di hias dengan 'butter cream' dan boleh juga di tabur dengan keju parut mengikut citarasa masing-masing.
# Saya guna loyang bersaiz 6inci x 6inci. Pastikan loyang tersebut sudah di sapu mentega dan tabur dengan tepung terlebih dahulu untuk mengelak daripada kek melekat.
Wow..menggoda sungguh!
BalasPadamCantiknya kek ini Yati. Boleh buat hantaran.
BalasPadamKakak tak pernah buat versi macam ini..
sedap..cantik memikat rupanya
BalasPadamcantiknya rupa kek tu kak..
BalasPadamCantiknya kek, tak gamak nak makan...mungkin boleh keraskan dan simpan sebagai cenderahati dalam almari...hehehehe..
BalasPadamassalam yatie....warna2 yg cantek....tentu rasanya sedap
BalasPadamTerima kasih kongsi resipe. Minta izin saya C/P ya.
BalasPadambila dah cuba, share kat sini tau kak :)
BalasPadamwah cam sedappp je ni boleh try nanti yatie
BalasPadamaduzzz akak cantiknya..nak makan pon sayang
BalasPadamCantik ...berlapis2 tiga tingkat..
BalasPadamKY pun nak save resepi ye Yati. kek tiamisu memang feveret KY..tapi main beli aje ler...
BalasPadamwahh... cantik la berlapis2... tapi tak pernah makan tiramisu... ermmm sedap ke ek... :D
BalasPadamNampak ayu jer kek ni CH.... macam senang jer nak buat tu...
BalasPadamKat rumah ni banyak milo 3 in 1 tak laku kalau buat ni ok jugak yek
salam kenal..mohon ambil resepi..
BalasPadamiryantyahamad.blogspot.com
cantik sangat kek tu kak yatie..meh hantar kat saya sikit
BalasPadamAduhai, cantik dan kemas buatannya. Tengok pun dah boleh tahu mesti sedap. Tetiba nak kek tiramisu juga. Okey, jomlah pergi kedai beli. Hehehe.
BalasPadam