Hari Sabtu itu hari Nabil mula masuk Kelab Memanah, kesukaan yg meletoplah Nabil bila dapat masuk memanah ni.. :)
Bila saya pos gambar2 Nabil sedang memanah di wasap group keluarga saya.. Pak itam dia komen "Bakal tentera imam mahdi" maka jadilah idea tajuk entri saya pulak ehe :)
Sebelum latihan memanah dimulakan, mereka semua kena lari 3 pusingan, pastu warm-up dengan pumping dan bermacam lagi yg mereka buat ni..
Tekun mendengar coach memberi taklimat cara-cara nak memasang bow ni dan kelengkapan yg perlu ada semasa hendak memanah, serta apa fungsi setiap satu alatan tu, yg bagus nya, coach tu siap cuba satu persatu pada anak murid nya..
Selepas tu mereka dibawa ke padang sasar untuk memulakan latihan.. bab ni lah yg ditunggu-tunggu oleh semua anak murid ni.. teruja mereka mengambil sorang satu alat pemanah tu.. tengok nabil tu.. bow pun dah sama tinggi dengan Nabil ehe :)
Okey ... bersedia dengan bow yg diletakan diatas kasut dulu..
Bersedia mengangkat bow sambil menunggu coach meniup wisel.
Ok bersedia...Target point busur kepapan panah tu.. tarik.. go..
Kali pertama, Nabil melepaskan busur tu kena pada warna putih yg mewakili 1 mata aje, kali kedua kena pulak pada warna biru mewakili 4 mata , suka juga hatinya.. walaupun target pointnya adalah warna kuning tu 10 mata.. ehe :)
Jadi bila balik rumah kakak2 dan abah kena dengar cerita dia memanah jer .. senyum sampai ke telinga punya puas hati dapat memanah...
"Mama, Nabil rasa tak sabar nak tunggu sabtu depan, nak memanah lagi" katanya..
Pastu abahnya menjadikan memanah sebagai bahan kepada Nabil, "Nabil dah buat kerja sekolah, kalau tak buat lagi, sabtu depan tak payah lagi pergi memanah" ehe:)
Sekarang ni apa saja yg disuruh cepat sahaja dia membuatnya :D
Boleh saya tau kat mana Nabil belajar memanah tu? Sekitar Shah Alam ke? Sebab saya nak hantar anak saya ke kelas memanah juga :)
BalasPadamDi Masjid Negeri Shah Alam DZ, boleh hubungi/Whatsapp Ustaz Adly ni kalau berminat.. 0176087217
PadamTQ..:)
Padamwahhh..menarik tu...
BalasPadamOhhh suka dia yer....sampai tak sabar nak pergi lagi Sabtu depan. Bagus jugak tu CH boleh jadi umpan hihi.....Tak mengadu lenguh tangkan ke dia CH?
BalasPadamsukan kesukaan Rasullah saw
BalasPadamWah bestnya...susah nk buat sukan ni di ch kak...semoga nabil boleh berjaya
BalasPadamTengah exited tu Yati.
BalasPadamBagus bagi Nabil aktif bidang yg kurang diceburi ramai
Budak bercerita kalau dah exited Yati seminggu pun tak habis akan diulang-ulang. Kena layanlah juga bagi semangat:)
Alhamdulillah.. moga terus minatnyerkan...
BalasPadammemang teringin gak nak masukkan dua orrang budaktu ke sana...
alhamdulillah
BalasPadambagus sgt...sunah Nabi
happynya Nabil dapat belajar memanah... bersemangat sungguh!
BalasPadamAnak Mia pun suka juga dgn sukan memanah ni .. :)
BalasPadamWah seronoknya nabil memanah..sunah nabi..dapat seronok, pahala pun dapat
BalasPadamBagus aktiviti begini. Baru-baru ni ada juga suruh Abang cuba aktiviti memanah ni. Mula-mula kurang minat tapi 'boleh'lah katanya... Anak saya tu komputer je yang jadi idola hatinya. Baguslah sekarang senang nak 'gertak' Nabil. Asal tak buat kerja je, tak dapat pergi memanah. Haruslah semua kerja cepat siapnya!
BalasPadamKalau la xtvt ni ada kat kawasan sy...mmg dah hantar dah anak2 join....bukan senang nak dpt blaja ni kan...
BalasPadamsuka sangat nabil masuk memanah yer....nanti leh jadi wakil memanah negara :)
BalasPadam