JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Memaparkan catatan dengan label Latihan memanah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Latihan memanah. Papar semua catatan

Rabu, 4 Februari 2015

BAKAL TENTERA IMAM MAHDI ^___^

Hari Sabtu itu hari Nabil mula masuk Kelab Memanah, kesukaan yg meletoplah Nabil bila dapat masuk memanah ni.. :)

Bila saya pos gambar2 Nabil sedang memanah di wasap group keluarga saya.. Pak itam dia komen "Bakal tentera imam mahdi" maka jadilah idea tajuk entri saya pulak ehe :)


Sebelum latihan memanah dimulakan, mereka semua kena lari 3 pusingan, pastu warm-up dengan pumping dan bermacam lagi yg mereka buat ni..

Tekun mendengar coach memberi taklimat cara-cara nak memasang bow ni dan kelengkapan yg perlu ada semasa hendak memanah, serta apa fungsi setiap satu alatan tu, yg bagus nya, coach tu siap cuba satu persatu pada anak murid nya..

Selepas tu mereka dibawa ke padang sasar untuk memulakan latihan.. bab ni lah yg ditunggu-tunggu oleh semua anak murid ni.. teruja mereka mengambil sorang satu alat pemanah tu.. tengok nabil tu.. bow pun dah sama tinggi dengan Nabil ehe :)

Okey ... bersedia dengan bow yg diletakan diatas kasut dulu..

Bersedia mengangkat bow sambil menunggu coach meniup wisel.

Ok bersedia...Target point busur kepapan panah tu.. tarik.. go..

Kali pertama, Nabil melepaskan busur tu kena pada warna putih  yg mewakili 1 mata aje, kali kedua kena pulak pada warna biru mewakili 4 mata , suka juga hatinya.. walaupun target pointnya adalah warna kuning tu 10 mata.. ehe :)

Jadi bila balik rumah kakak2 dan abah kena dengar cerita dia memanah jer .. senyum sampai ke telinga punya puas hati dapat memanah... 
"Mama, Nabil rasa tak sabar nak tunggu sabtu depan, nak memanah lagi" katanya..
Pastu abahnya menjadikan memanah sebagai bahan kepada Nabil, "Nabil dah buat kerja sekolah, kalau tak buat lagi, sabtu depan tak payah lagi pergi memanah" ehe:)
Sekarang ni apa saja yg disuruh cepat sahaja dia membuatnya :D