JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 31 Mac 2015

AYAM TOMATO

Assalamualaikum kekawan..

Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik hendaknya.. 

Sejujur-jujurnya saya tak pernah masak sendiri ayam tomato ni.. Nabil punya suka makan 

kalau pergi rumah kenduri kahwin.. Jadi sewaktu sekodeng FB ada pulak resepi Ayam 

Tomato yg mudah ni.. teruja juga nak mencubanya.. Kita save dulu disini lepas tu baru 

cuba ye :)



Ayam Tomato - by Kembar Siam
Bahan2nya
10 keping kepak ayam di belah dua, rempahkan dengan kunyit serbuk, cili kisar dan garam - di perap sebentar
3 ulas bwang putih di tumbuk halus
1/2 inch halia di tumbuk halus
4 biji buah keras ditumbuk halus
2 potong akar ketumbar di tumbuk halus
Daun ketumbar di potong kasar2
1 batang serai dititik
1/2 mangkuk bawang kisar
1 sudu teh kunyit serbuk
1 sudu teh serbuk jintan halus
1 sudu teh serbuk ketumbar
3 sudu besar cili kisar
1 tangkai daun kari
3 biji buah tomato dipotong dadu2 kecil
2 sudu besar bawang merah goreng
2 biji ubi kentang di potong wedges (digoreng dulu)
1 lobak merah dipotong dadu
5 sudu besar tomato sos
Minyak untuk mengoreng ayam dan menumis
Cara2nya
Panaskan minyak di kuali, goreng ayam nya 3/4 suku masak, kemudian di tepikan. Panas minyak di periok, letakan sebatang serai yang di titik, goreng ia sebentar kemudian masukkan bawang kisar, bahan yang ditumbuk halus. Goreng rencahnya hingga ia bangkit aroma nya, letakan cili kisar, serbuk rempah2 nya, buah tomato, goreng nya hingga tomato nya lembut dan sebati, masukkan lobak merah, bawang merah, daun kari dan daun ketumbar dan sos tomato. Letakan garam dan gula secukup rasa, kalau ia pekat, letakan air secawan, masukkan ayam yang sudah di goreng. Gaulkan supaya sebati. Biarkan kuah nya pekat semula sebelum tutup api nya. Sajikan dengan nasi putih. Taburkan bawang merah goreng dan daun ketumbar sedikit.
Suka · 

12 ulasan:

  1. adohai kakak, menyelerakan lah saya tgk ayam tomato ni...

    BalasPadam
  2. anak2 kakak semua suka ayam tomato ni,kalau diorg ada selalu kakak kena buatkan ...bertambah2 mereka mkn.

    BalasPadam
  3. Yess... sedap ni Yati. Kakak selalu juga buat tapi kakak biasa tak letak ketumbar, jintan dan daun kari. Lain kali kakak nak ikut cara Yati ni.

    BalasPadam
  4. Makan dengan nasi putih pun sedap.

    BalasPadam
  5. banyak jugak bahan2 yang kena guna ya...patut la sedap hehehe

    BalasPadam
  6. saya biasa jugak masak ni kak...tapi sama mcm kakzakie tu, saya tak pernah letak ketumbar, jintan dan daun kari...

    lepas ni boleh la try resepi ni...

    BalasPadam
  7. Salam CH,

    Eh, Eh, dah berubah header *_* Inilah baru blog mak-mak ~_^

    Ayam tomato ni saya pun suka. Adalah juga buat sekali-sekala. Kena ikut mood anak-anak. Kalau mereka suka makan, kita buat banyak kali. Bila dah jemu memang kena simpan ajelah resepi tu.

    BalasPadam
  8. Ye suka sgt klu mkn ayam gini..berbudaklh..maknya rajin mskn jer..udh tk lalu demo lalu benor...

    BalasPadam
  9. hehehe....salah satu menu kegemaran nie

    BalasPadam
  10. Masak merah kalau buh ketumbar jintan mmg sedap CH .....tak payah nak berdebat lagi

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)