Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 5 Mei 2015

GUGUR AIR MATA ANAK KECIL INI.. Gugur jua air mata saya..



Assalamualaikum kekawan..

Bila melihat video tangisan airmata anak kecil ini.. Airmata saya juga jatuh berguguran.. masih lagi ada ceritanya di Facebook .. Aduh sungguh menyayat hati..
Marilah kita menghulur bantuan semampu kita.. Nombor akaun bapa saudaranya ada dibawah..



Klik disini lihat video ini..


Bagi keluarga mangsa, tidak mudah untuk menerima berita tiga insan tersayang hilang sekelip mata lebih-lebih lagi salah seorang mangsa adalah tunggak harapan keluarga.
Bagi Normah Toso, biar hukuman setimpal dikenakan terhadap pihak yang bertanggungjawab terhadap kejadian yang menimpa anak, menantu dan cucunya.
Tangisan, Nur Firuza Amira berusia 7 tahun, yang kehilangan bapanya - menyambut kedatangan krew kami yang tiba di kediaman keluarga ini di Batu Caves, Selangor siang tadi.
Namun, adiknya, Nur Firuza Aqila, empat tahun kelihatan hanya berdiam diri, mungkin kerana masih belum mengerti nasib yang menimpa ibu bapa serta adik perempuannya.
Orang ramai boleh menyalurkan Bantuan untuk dua anak mangsa menerusi akaun bank tertera.
MUHAMMAD FAIZZNUR HUSAIN
AKAUN MAYBANK : 1647-9919-0478

21 ulasan:

  1. sedihkan kakak...saya asik tgk perkembangan berita ni kat TV...sebak je rasa dada ni

    BalasPadam
  2. sedih sgt kak..falsya start dari hari accident tuh, smp skang nie mmg emosi terganggu betul...;(

    BalasPadam
  3. Sedih sangat². Sekelip mata jadi yatim piatu.

    BalasPadam
  4. Tak tahu nak kata apa memang sedih tiba2 aje hilang tempat bergantung.

    BalasPadam
  5. acik pun sama yatie..sedih tengok video budah yang kehilangan ibubapa ni

    BalasPadam
  6. Lencun dah bucu baju..
    Semoga dapat kita ambik iktibar dari kejadian ini..
    Innalillahi wa'innalillahi rajiun..

    BalasPadam
  7. aruwah jiran kawan saya..memang sedih bila tgk video nie..

    BalasPadam
  8. tak sanggup rasanya nak menatap wajah anak kecil tersebut

    BalasPadam
  9. memang sedih dengan kejadian tersebut. moga menjadi iktibar kpd anak muda di luar sana..memandulah dgn mengikut peraturan.kesannya menghantui sepanjang hidup pelakunya..

    BalasPadam
  10. sy tengok berita yg ditayang sedikit saja tangisan anak kecil ni, berderai juga air mata..

    BalasPadam
  11. memang tak dapat nak menahan2 airmata apatah lagi bila melihat si kecil itu menangis.

    BalasPadam
  12. Kakak rasalah Yati ramai yg mengalirkan airmata dgn insiden ini. Anak kakak tak sudah asyik cerita hal ini. Memang sedih sebab kematiannya sgt tragis. Siapa tak sedih dan marah pada mereka yg katanya tak sengaja tapi kenapa nak buat kerja gila racing on the road gitu kan.. geram!

    BalasPadam
  13. sedihnya...terimalah hakikat kehidupan asam garam.
    ada manis ada pahit semua tu berhikmah

    BalasPadam
  14. Kita tak tau apa yang akan jadi esok. Hari ini kita baca berita orang, mungkin esok lusa orang pula baca berita tentang kita. Semoga kita sentiasa dilindungiNya, imsyallah...

    BalasPadam
  15. Syukur masih lagi ada tempat bergantung.... Apa pun manalah sama dgn emak ayah sendiri huhu....
    Sedihkan CH...

    BalasPadam
  16. memang menyedihkan kak kes ni..sekelip mata anak2 ni jadi yatim piatu...tak dpt bayangkan mereka membesar tanpa kasig syg ibu & bapa...:(:(

    BalasPadam
  17. sepuluh kali tgk gambar2 mereka, sepuluh kali lah air mata ni tumpah...
    Al fatihah utk arwah ibu bapa dan baby mereka...

    BalasPadam
  18. tak sampai hati nak tengok video diaorg ni...sedih..

    BalasPadam
  19. Tak sanggup saya nak tengok banyak kali. Sekali itu cukuplah. Tak tahan sebak di hati apatah lagi bila si anak asyik merengek panggil ayahnya. Oh, tak sanggup saya!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)