Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Ahad, 17 Mei 2015

RESEPI AYAM PERCIK KELANTAN



Assalamualaikum kekawan..
Selamat beristirehat dihujung minggu bersama keluarga..
Ayam percik pun amat sinonim di Bazar Ramadan kan kekawan.. penuh orang berdiri menunggu turn nak dapat ayam percik ni.. Ni versi kelantan, apa lagi dapat dari FB lah kekawan.. Kalau rajin boleh lah mencuba.. bakar ajer didalam pemanggang ajaib tu kekawan..

RESEPI AYAM PERCIK KELANTAN
BAHAN-BAHANNYA
3 keping bahagian dada ayam
4 cawan santan pekat
1 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah (tapi lagi sedap kuah pekat sendiri tanpa tepung jagung)
2 inci halia*
4 batang serai, hiris halus*
5 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*(*dikisar halus)
BAHAN UNTUK MEREBUS AYAM
3 ulas bawang putih, dititik
1 inci halia, hiris
1 keping asam gelugor
Sedikit garam
Air untuk merebus
CARA MEMBUATNYA
UNTUK KUAH :- Satukan santan dengan bahan kisar halus, kacau rata. Masak dengan api sederhana sambik dikacau selalu hingga kuah pekat dan kelihatan berkilat. Tambah garam dan gula secukup rasa. Masak sekejap dan matikan api. Ketepikan.
UNTUK AYAM :- Ayam dibersihkan, cuci dan tos. Didihkan air bersama bahan2 untuk merebus ayam. Masukkan ayam tadi dan rebus setengah empuk. Angkat dan toskan.
UNTUK AYAM PERCIK KELANTAN :- Ayam tadi dibakar dengan api sederhana, sambil dibalik2kan. Sapu kuah pada keseluruh ayam tadi sambil terus dibakar hingga ayam masak. Angkat dan tuang baki kuah atasnya sebelum dihidangkan....
LIKE & SHARE

12 ulasan:

  1. mmg menu wajib kalo bln ramadhan..mmg mudah guna pemanggang ajaib

    BalasPadam
  2. wajib beli klu jmpa kt bazar Ramadhan ni kak.. sedapnya lah ayam percik... kena bljr jg masak sendiri ni..hehe

    BalasPadam
  3. nampak mudah ni yatie ,kakak nk buatlah bila2 nanti...sebab ayam percik pasar malam lain rasanya.

    BalasPadam
  4. sedapnyee ayam percikkk..yummy...lapar dahhh ni..

    BalasPadam
  5. Bukan posa paling best ni ayam percik

    BalasPadam
  6. perghhh....ayam percik. dah nak masuk bulan puasa nie lagi la laku ayam percik

    BalasPadam
  7. rajin kak yati buat... kalu nak makan ramai2 mmg semangat... kat umah eija 3 ketui org ja ada malas nak masak yang rumit2... masak yang simple2 jer :) lapar rasa bila singgah blog akak nie... terliur tgk menu :D

    BalasPadam
  8. mudah - mudahan saya ingat nak membuatnya ramadhan nanti ...

    BalasPadam
  9. kegemaran anak ni...terima kasih atas resepi ... nanti leh cuba

    BalasPadam
  10. Wah, sedapnya CH! Kalau kat gerai saya selalu tapau nasi campur ni, satu bahagian tu dijual RM4. Selalu jugalah saya beli lepas tu ratah. Nikmatnya... Ni pun kita nak cuba buat jugalah!

    BalasPadam
  11. kalau ada pemanggang ajaib ni semuanya mudah

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)