Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 26 Mei 2015

RESEPI MANGGA HARUMANIS PULUT SANTAN ALA THAI @ KHAO NEOW MA-MUANG

Assalamualaikum kekawan ..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya :)



Sebenarnya dah lama saya nak mencuba Mangga Pulut Santan Ala Thai ni kekawan.. nak cuba buat guna mangga harumanis ni pulak.. aduhai selera tak mengalah tu.. tambahan ada pulak blogger yg tunjuk dapat harumanis ni.. lagi lah teruja saya untuk mencubanya..

Ada kawan sekolah kata nak pergi Perlis1 Mei tempohari masa hari cuti pekerja.. beriye saya kirim 2 kilo.. sedih pulak dia kata tak jadi pergi sana .. :(
Mungkin belum rezeki saya nak merasa lagi mangga harumanis yg diperkatakan tu..

Entah macam mana saya teringat adik satu tempat kerja ni selalu pergi ke Perlis utk pantau projek disana, saya pun wasap adik ni pada 14 Mei, lepas tu dia reply, dia kata esok dia pergi Perlis, macam orang mengantuk disorong bantal.. apa lagi saya pun mengirim lah 2 kilo.. Pastu dia reply lah kata tak boleh banyak tu sebab ramai yg kirim lepas tu dia naik kapalterbang.. oklah balas saya.. yg penting saya nak sangat merasa harumanis ni..


Hari isnin 18 Mei tu, dengan senyum lebar nya saya menerima mangga harumanis ni... aduh aroma wangi harumanis ni menusuk ke dalam hidung saya.. Adik tu kata maaf ye kak, boleh dapat 2 biji seorang jer ye.. tak pa lah dik.. sekurang-kurang akak dapat juga rasa harumanis ni.. Mengalahkan orang mengidamkan saya ni kekawan.. adik tu kata buah ni sampai bulan Mei ni jer kak.. lepas tu habis musim.. dia mula bulan Mac tempohari.. dan mangga ni hanya sesuai ditanam di Perlis sahaja.. Ni akak dah boleh makan sebab saya dah minta mereka peram dulu.. Alahai terima kasih banyaklah menunaikan impian akak ko ni dik oiii :)


Apalagi buka puasa saya pada hari itu Mangga Pulut Santan ni lah... saya ni biasalah kan kekawan mesti cari resepi yg mudah dan cepat dimakan.. selongkar resepi di google .. jumpalah resepi Blogger MamaDarwish.. Kebetulan pula mamadarwish ni pun guna mangga harumanis ni.. Saya buat separuh jer dari resepi mamadarwish ni.. takut saya jer makan seorang.. tapi rupanya Najeeha dan Nabil suka juga.. cuma en suami jer kurang suka sikit dengan pulut ni.. dia makan macam tu jer mangga harumanis yg sangat sedap ni :)
Jom intai resepi kekawan.. boleh saja kekawan nak cuba dengan mangga lain-lain yg manis tu :)

RESEPI MANGGA HARUMANIS PULUT SANTAN
Hidangan 4-6 orang makan

Bahan yg diperlukan :

Bahan A
  • 2 cwn beras pulut
  • 2 cwn air
Bahan B
  • 1 kotak kecik santan segera
  • 2 cawan air
  • 1 s/b tepung jagung
  • 1 s/k garam
  • 4 s/b gula
  • 1 helai daun pandan
Bahan C
4 biji Mangga yg ranum

Cara Penyediaanya :-
  1. Cucu beras pulut seperti kita cuci beras nasi, masukkan air dan kukus dalam loyang sehingga masak.
  2. Dalam periuk berasingan, masak santan dengan api perlahan selama 2 minit, kemudian masukan tepung jagung, garam, gula, air serta daun pandan dan kacau hingga semuanya larut. Padamkan api.
  3. Setelah masak bancuhan santan, sudukan 3 sudu besar kedalam loyang pulut yang sudah masak, gaul sebati dan ketepikan. Biar sejuk.
  4. Kupas mangga, dan potong kiub atau bentuk kesukaan anda. Hidangkan dengan pulut dan santan. Enak dimakan sejuk.. emm dapyaaa :)



21 ulasan:

  1. hehe..mesti sedap tapi saya jarang sangat makan manisan camni so tak la teringin sangat hehehe

    BalasPadam
  2. Nampak sedap..
    nasib baiklah nieyl nie x boleh makan pulut...
    klu x...hmm...dah buat dah nie...

    BalasPadam
  3. Glupppp! Telan air liur je la....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kesian kakrose telan air liur jer.. maaf ye.. kalau di Shah Alam lagi boleh hantar kat rumah kakrose sikit ehe :)

      Padam
  4. Saya pernah kerja kat Perlis. Memang harumanis sangat sedap rasanya. Tapi nak beli harumanis di Perlis pun kena berhati-hati, sebab ada mangga sala yang dijual sebagai harumanis. Kalau nak harumanis asli pergi pergi beli di Jabatan Pertanian, harga RM20+++ ke atas mengikut gred. Minggu lepas saya tengok "harumanis" di jual di Alor Setar dengan harga 7 sekilo. Ramai yang beli. Saya cuma ketawa dalam hati sebab saya tau itu bukan harumanis asli...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang kena hati-hati nak membeli ni.. saya beli ni pun RM25 dua biji tu.. Adik tu pun tengah pantau projek tanaman harumanis ni lah di Perlis tu.. InshaAllah dia kata 2 tahun lagi berbuah lah.. nanti kita boleh makan buah harumanis ni dari projek kita sendiri..

      Padam
  5. sedapnya....baru 2 hari lepas kakak tengok pasal harummanis kat tv dan berbual2 dgn suami .
    agak2 mangga biasa sedap tak buat pulut santan ya yatie?

    BalasPadam
  6. Sana-sini mangga harumanis sekarang ni Yati. Tapi kakak tak pernah buat lagi tau mangga santan ni. Kalau org bagi dan beli adalah. Kena harumanis memang sedap sebab aroma dan manis dia tak sama dgn mangga biasa..

    BalasPadam
  7. aduhaii... menelan airliur berkali kali saya.. sedap agaknya mangga harumanis ni.. saya selalu jumpa cik adik manis je.. belum merasa mangga harumanis..

    BalasPadam
  8. sedapnya pulut mangga yatie tu.baru 2 ke 3 tahun kot meriah nya harumanis ni kan yatie..dulu zaman belum di xport..harumanis ni kan murah je..memang dari tahun 80 an lagi acik dah mula makan harumanis..bila buah banyak..lori dari perlis akan bawak buah harumanis ke pertanian selangor ke n9 ke..memang boleh beli banayk la..rasanya mula tahun lepas yang harga dah mahal sangat acik berhenti beli harumanis..dah puas pun makan dulu..kan yatie.

    BalasPadam
  9. Kak zai suka makan ni apalagi cuaca panas sedapnya. Kak zai panggil serawa mangga.

    BalasPadam
  10. Masya'Allah.. mcm tu jer.. selama ni ingat punyalah complicated.
    Jazakillah khairan kasiroo.. insya'Allah.. akan diusahakan a.s.a.p.

    BalasPadam
  11. tgk post akak ni....rasa nak mkn lagi nih...oder buah..tetiba x dak stok frustttt...

    BalasPadam
  12. sedap tau mangga mkn dgn pulut santan.dl klau arwah ayah ada slalu masak pulut santan mkn dgn mangga/durian.mabeles...

    amboi kak...deco mcm hotel aih...hihihihi

    BalasPadam
  13. sedapnya yatie, lama dah makan mcm ni
    mesti nk kena cari mangga nak buat mcm ni gak ni

    BalasPadam
  14. nampak sedap sangat..
    saya masih takde rezeki nak rasai kesedapan harummanis tu..hihihi

    BalasPadam
  15. Kotnya mengidam .....mana tau! Baik gi check.....
    Hihi....
    Okje pun tak pernah try Pulut Mangga gini CH.....
    Sedap ke? Nak buat pun senang jer tu nampaknya

    BalasPadam
  16. Tengok mangga pun dah terliur. Tengok pulut santan dengan magga lagilah double terliur! Laa... dah habis musim ke? Kena terus-terusan mengidamlah macam ni kalau teringin nak makan mangga harumanis nih....

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)