Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 9 Mei 2015

AYAM PANGGANG LEMAK MANIS

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi..
Hujung minggu ni nak masak apa ye.. anak2 balik ke..
Boleh lah cuma ayam panggang lemak manis ni..
Saya dah tergoda tengok di FB .. puas lah mengelap air liur ni ehe :P




AYAM PANGGANG LEMAK MANIS

Bahan-bahan:

1 ekor Ayam di belah dua
20 biji bawang merah dikisar
4 batang cili dikisar
4 helai daun limau perut
4 biji buah keras
1 paket kecil santan
1/2 inch lengkuas (dikisar)
1/4 sudu teh serbuk kunyit / kunyit segar (kikisar)
3 batang serai (dititik)
3 helai daun pandan
Garam & gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis

Cara:

Panaskan minyak di kuali, letakan daun pandan & serai. Kemudian masukan bahan yang dikisar. Bila rempah mula aroma masukan keping ayam. Biarkan ia masak selama 15/20 mins. Gaulkan kuah pada ayam, di api yang sederhana masukan santan biarkan selama 10mins. Angkat kepingan ayam letakan di dulang pembakar.Panaskan oven,pada suhu @180C. Masukan ayam dan biar di bakar selama 20/25 mins. Ayam pun boleh di panggang di atas bara arang. Sajikan bersama nasi putih dan salad ikut citarasa.


7 ulasan:

  1. ada guna santan yer...ni mesti sedap rasa..bagus kasi idea ni...

    BalasPadam
  2. fuyoo mesti Sedap ni,,lebih kurang macam ayam percik je

    BalasPadam
  3. Ayam panggang versi bersantan mesti rasa dia lemak kan.

    BalasPadam
  4. memang sedap Yati...kalau makan mcm tu ja lagi sedap hehe

    BalasPadam
  5. saya nie yang suka makan memang seronok la baca2 entri nie. hihihi

    BalasPadam
  6. Saya pun terliur sama ni, CH. Macamana nak buat ni. Asal masuk sini jerk save resepi. Hari ni jerk tak tahu berapa dah simpan resepi. Mana satu nak buat dulu sementara tengah rajin nih!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)