v APA ITU SOLAT TAHAJJUD DAN DALIL
YANG MENSYARI’ATKANNYA
Amalan solat sunat yang paling utama di sisi Islam
adalah solat Tahajjud. Ini sebagaimana sabda Nabi shallallahu
‘alaihi wasallam:
أَفْضَلُ الصِّيَامِ بَعْدَ
رَمَضَانَ شَهْرُ اللَّهِ الْمُحَرَّمُ. وَأَفْضَلُ الصَّلاَةِ بَعْدَ
الْفَرِيضَةِ صَلاَةُ اللَّيْلِ.
Maksudnya:
Puasa yang paling utama setelah puasa Ramadan
adalah puasa (sunat) pada bulan Allah iaitu bulan Muharram. Sedangkan solat
yang paling utama setelah solat wajib adalah solat malam (Tahajjud). - Hadis
riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab al-Shiyam, no:
1163.
Tahajjud terbentuk
dari kata dasar hajjada yang bererti tidur dan tahajjada bererti
berjaga. Maka kata tahajjadtubermaksud saya telah membuang jauh
perasaan ingin tidur dari diri saya.
Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar al-’Asqalani rahimahullah:
Imam al-Thabari berkata: “Tahajjud adalah berjaga setelah
tidur terlebih dahulu.”… Ibnu Faris berkata: “Al-Mutahajjid bermaksud
orang yang solat di malam hari.” Sedangkan al-Kurra’ menyatakan: “Tahajjudadalah
solat malam secara khusus.” – Rujuk kitab al-Hafidz Ibnu Hajar al-’Asqalani, Fathul
Baari, jilid 6, ms. 203.
Oleh itu solat Tahajjud adalah
solat sunat yang dikerjakan pada waktu malam iaitu setelah mengerjakan solat
Isyak dan sebelum masuk waktu solat Subuh. Namun begitu waktu yang paling utama
untuk dilaksanakan solat Tahajjud itu adalah sepertiga malam
yang terakhir (iaitu dari pukul 3.00 pagi sehingga masuk waktu subuh). Solat
sunat Tahajjud ini kebiasaannya digandingkan dengan solat
sunat Witir sebagai penutupnya.
Dalil disyariatkan solat Tahajjud ini
adalah sebagaimana Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ
نَافِلَةً لَكَ عَسَىٰ أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا
Maksudnya:
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam
serta kerjakanlah "solat Tahajjud" padanya, sebagai solat tambahan
bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat
yang terpuji. - al-Israa’ (17) : 79
Di dalam kitab al-Majaz oleh Abu
Ubaidah disebutkan: “Firman-Nya “kerjakanlah solat Tahajjud padanya” bermaksud
berjagalah pada malam hari untuk melakukan solat.” – Rujuk kitab al-Hafidz Ibnu Hajar al-’Asqalani, Fathul
Baari, jilid 6, ms. 202.
Dalil solat Tahajjud lebih utama
dilakukan pada sepertiga malam terakhir disandarkan kepada sabda Rasulullahshallallahu
‘alaihi wasallam:
يَنْزِلُ رَبُّنَا تَبَارَكَ
وَتَعَالَى كُلَّ لَيْلَةٍ إِلَى السَّمَاءِ الدُّنْيَا حِينَ يَبْقَى ثُلُثُ
اللَّيْلِ الآخِرُ.
يَقُولُ: مَنْ يَدْعُونِي
فَأَسْتَجِيبَ لَهُ مَنْ يَسْأَلُنِي فَأُعْطِيَهُ مَنْ يَسْتَغْفِرُنِي
فَأَغْفِرَ لَهُ.
Maksudnya:
Rabb kita Tabaraka wa Ta’ala turun pada setiap
malam ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam yang akhir. Allah
berfirman: Siapa yang berdoa kepada-Ku, nescaya Aku akan mengabulkannya; siapa
yang meminta kepada-Ku, nescaya Aku akan memberinya; siapa yang memohon ampun
kepada-Ku, nescaya Aku akan mengampunnya. - Hadis
riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud,
no: 1145.
Selanjutnya Nabi shallallahu ‘alaihi
wasallam juga bersabda:
أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الرَّبُّ
مِنْ الْعَبْدِ فِي جَوْفِ اللَّيْلِ الآخِرِ فَإِنْ اسْتَطَعْتَ
أَنْ تَكُونَ مِمَّنْ يَذْكُرُ
اللَّهَ فِي تِلْكَ السَّاعَةِ فَكُنْ.
Maksudnya:
Saat yang paling dekat di antara Allah dan
hamba-Nya adalah pada tengah malam terakhir, apabila kamu boleh menjadi
sebahagian daripada mereka yang mengingati Allah pada saat itu maka lakukanlah. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya,
Kitab al-Da’waat, no: 3503.
Ternyata ibadah yang di dalamnya terdapat doa-doa,
zikir-zikir, permintaan-permintaan dan permohonan ampun adalah solat. Maka
selayaknya solat yang paling utama setelah solat fardu ini dilaksanakan pada
sepertiga malam yang akhir.
v JUMLAH RAKAAT SOLAT TAHAJJUD
Secara umumnya solat Tahajjud ini boleh dilakukan dengan dua
rakaat-dua rakaat dan ianya tidak mempunyai batasan jumlah rakaat yang
maksimum. Malah ianya juga boleh dilaksanakan dengan hanya satu rakaat solat
sunat witir.
Daripada ‘Abdullah bin ‘Umar radhiallahu’
anhuma, dia berkata:
إِنَّ رَجُلاً قَالَ: يَا رَسُولَ
اللَّهِ كَيْفَ صَلاَةُ اللَّيْلِ.
قَالَ: مَثْنَى مَثْنَى فَإِذَا
خِفْتَ الصُّبْحَ فَأَوْتِرْ بِوَاحِدَةٍ.
Maksudnya:
Sesungguhnya seorang lelaki berkata: Wahai
Rasulullah, bagaimanakah solat malam? Baginda bersabda: Dua-dua (rakaat),
apabila engkau khuatir (masuk waktu subuh), maka laksanakan solat witir satu
rakaat. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab
at-Tahajjud, no: 1137.
Namun begitu jumlah rakaat yang paling utama adalah dengan tidak melebihkannya
dari sebelas atau tiga belas rakaat kerana jumlah ini adalah sebagaimana yang
kebiasaannya dikerjakan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam.
Daripada ‘Aishah radhiallahu’ anha, dia berkata:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُصَلِّي بِاللَّيْلِ إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً
يُوتِرُ مِنْهَا بِوَاحِدَةٍ.
Maksudnya:
Bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
solat malam pada waktu setelah selesai Isyak sampai terbit fajar sebanyak
sebelas rakaat dengan salam setiap selesai dua rakaat, lalu berwitir dengan
satu rakaat. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab
Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 736.
Daripada ‘Aishah radhiallahu’ anha, dia berkata:
كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ
عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي مِنْ اللَّيْلِ ثَلاَثَ عَشْرَةَ رَكْعَةً مِنْهَا
الْوِتْرُ وَرَكْعَتَا الْفَجْرِ.
Maksudnya:
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam biasa solat pada
malam hari tiga belas rakaat termasuk witir, dan dua rakaat solat fajar (sunat
Qabliyah Subuh). - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab
at-Tahajjud, no: 1140.
Abu Salamah radhiallahu’ anh pernah bertanya kepada ‘Aishah radhiallahu’
anha tentang solat malam Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam pada
bulan Ramadan. Maka ‘Aishah menjawab:
مَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَزِيدُ فِي رَمَضَانَ وَلاَ فِي غَيْرِهِ عَلَى
إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً
يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلاَ تَسَلْ
عَنْ حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ. ثُمَّ يُصَلِّي أَرْبَعًا فَلاَ تَسَلْ عَنْ
حُسْنِهِنَّ وَطُولِهِنَّ.
ثُمَّ يُصَلِّي ثَلاَثًا.
Maksudnya:
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam tidak
menambah pada bulan Ramadan dan tidak pula pada bulan-bulan lainnya, melebihi
sebelas rakaat; baginda solat empat rakaat, jangan kamu persoalkan akan
kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat empat rakaat lagi, jangan kamu
persoalkan akan kebagusan dan panjangnya. Kemudian baginda solat tiga rakaat
(witir). - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud,
no: 1147.
Hadis di atas ini menunjukkan bahawa solat Tahajjud ini juga
boleh dikerjakan secara empat rakaat-empat rakaat. Ianya boleh dikerjakan
sebagaimana tatacara solat fardu yang empat rakaat iaitu dengan dua tahiyyat serta
satu salam
Sekiranya Nabi s.a.w mengerjakan solat Tahajjud dengan
tidak melebihkannya dari sebelas atau tiga belas rakaat, adakah diperbolehkan
bagi kita semua mengerjakannya dengan jumlah rakaat yang mengatasi jumlah
rakaat yang dilakukan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam?
Menurut Syaikh Kamal bin al-Sayyid Salim:
Majoriti ulamak –baik daripada kalangan salaf mahupun khalaf- justeru
berpendapat diperbolehkan untuk menambah bilangan rakaat Qiyam al-Lail melebihi
sebelas rakaat walaupun mereka tetap menyatakan bilangan sebelas rakaat adalah
bilangan yang disunnahkan. Al-Qadhi Iyadh berkata:
Tidak ada perbezaan di kalangan para ulamak bahawa tidak ada batasan
yang dilarang, baik untuk menambah atau mengurangkan dalam masalah ini (jumlah
bilangan rakaat Qiyam al-lail). Solat adalah satu bentuk ketaatan
yang setiap kali bertambah jumlah bilangannya, maka pahalanya pun bertambah.
Isu yang menjadi perselisihan adalah hal yang berkenaan dengan perbuatan Nabi shallallahu
‘alaihi wasallam dan apa yang telah baginda pilih untuk dirinya. Wallahu
a’lam.
Ibnu ‘Abdul Barr dalam kitab al-Tamhid berkata:
Tidak ada perbezaan pendapat di kalangan umat Islam bahawa tidak ada
batasan tertentu untuk solat malam. Solat ini adalah salah satu perbuatan
sunnah dan kebajikan, sesiapapun boleh melakukannya sedikit dan boleh
memperbanyakannya.
Aku (iaitu Syaikh Kamal) katakan: Hal ini menunjukkan bahawa pendapat
inilah yang kuat. - Abu Malik Kamal bin
As-Sayyid Salim bertajuk Shahih Fiqh as-Sunnah wa Adillatuhu wa Taudhih
Madzahib al-A’immah, jilid 1, ms. 653.
v TATACARA RINGKAS MENGERJAKAN SOLAT
TAHAJJUD
A) Tatacara Solat Tahajjud Dua Rakaat
Rakaat Pertama
1) Berniat di
dalam hati untuk mengerjakan solat Tahajjud
2) Takbiratul
Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah
al-Fatihah
5) Membaca Surah
al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara
dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat
kedua
Rakaat Kedua
1) Ulang seperti
rakaat pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk
tahiyyat akhir
3) Memberi salam
ke kanan dan ke kiri
Ulangilah solat dua rakaat ini sebanyak mana yang
disukai dan diakhirkan dengan solat Witir. Hanya sahaja yang afdal
adalah mencontohi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang
mengerjakan solat Qiyam al-Lail ini (yakni solat Tahajjuddan Witir)
tidak melebihi sebelas atau tiga belas rakaat.
B) Tatacara Solat Tahajjud Empat Rakaat
Rakaat Pertama
1) Berniat di
dalam hati untuk mengerjakan solat Tahajjud
2) Takbiratul
Ihram
3) Doa Iftitah
4) Membaca surah
al-Fatihah
5) Membaca Surah
al-Qur’an
6) Rukuk
7) Iktidal
8) Sujud
9) Duduk antara
dua sujud
10) Sujud kali kedua
11) Bangun untuk rakaat
kedua
Rakaat Kedua
1) Ulang seperti
rakaat pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat awal
3) Bangun untuk
rakaat ketiga
Rakaat
Ketiga
1) Ulang seperti
rakaat pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Bangun untuk
rakaat keempat
Rakaat
Keempat
1) Ulang seperti
rakaat pertama dari nombor (4) hingga (10)
2) Duduk untuk tahiyyat akhir
3) Memberi salam
ke kanan dan ke kiri
Ulangilah solat empat rakaat ini sebanyak mana yang
disukai dan diakhirkan dengan solat Witir. Hanya sahaja yang afdal
adalah mencontohi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam yang
mengerjakan solat Qiyam al-Lail ini (yakni solat Tahajjuddan Witir)
tidak melebihi sebelas atau tiga belas rakaat.
v BEBERAPA SUNNAH DALAM MELAKSANAKAN
SOLAT TAHAJJUD
q Niat Untuk Mengerjakan Solat Tahajjud Sebelum
Tidur
Adalah disunatkan untuk tidur terlebih dahulu
sebelum mengerjakan solat Tahajjud. Oleh itu bagi mereka yang
hendak melaksanakan solat Tahajjud, hendaklah dia berniat sebelum
tidur bahawa dia akan melaksanakan solat tersebut. Sekiranya seseorang itu
telah berniat namun dia gagal untuk terjaga dari tidurnya bagi mengerjakan
solat Tahajjud, maka Allah Subhanahu wa Ta’ala tetap
akan mengurniakan pahala solat Tahajjud tersebut. Sabda
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam:
مَا مِنْ امْرِئٍ تَكُونُ لَهُ
صَلاَةٌ بِلَيْلٍ فَغَلَبَهُ عَلَيْهَا نَوْمٌ إِلاَّ كَتَبَ اللَّهُ لَهُ أَجْرَ
صَلاَتِهِ
وَكَانَ نَوْمُهُ صَدَقَةً
عَلَيْهِ.
Maksudnya:
Sesiapa yang (berniat) akan mengerjakan solat
malam, lalu tertidur, Allah pasti menulis untuknya pahala solat malam dan
tidurnya merupakan sedekah untuknya. - Hadis
riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab Qiyam
al-Lail, no: 1763.
q Cara Untuk Menghilangkan Mengantuk
Apabila terjaga dari tidur untuk melaksanakan solat Tahajjud hendaklah
berusaha untuk menghilangkan perasaan mengantuk dari wajah dengan bersugi atau
menggosok gigi dan setelah itu mengucapkan zikir La ilaha illallahu
wahdahu la syarikalahu lahul mulku walahul hamdu wahuwa ‘ala kulli shayin qadir
alhamdulillah wa subhanallah wa la ilaha illallah wallahu akbar wa la haulawala
quwwata illa billahi. Allahummaghfirli. Nabi shallallahu
‘alaihi wasallambersabda:
مَنْ تَعَارَّ مِنْ اللَّيْلِ
فَقَالَ: لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيكَ لَهُ.
لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ
وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ.
الْحَمْدُ لِلَّهِ وَسُبْحَانَ
اللَّهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ
إِلاَّ بِاللَّهِ.
ثُمَّ قَالَ: "اللَّهُمَّ
اغْفِرْ لِي" أَوْ دَعَا اسْتُجِيبَ لَهُ فَإِنْ تَوَضَّأَ وَصَلَّى قُبِلَتْ
صَلاَتُهُ.
Maksudnya:
Barangsiapa terbangun pada malam hari lalu
mengucapkan: Tidak ada Tuhan yang disembah kecuali Allah semata, tiada sekutu
bagi-Nya. Bagi-Nya kerajaan dan untuk-Nya segala pujian, dan Dia berkuasa atas
segala sesuatu. Segala puji bagi Allah, Maha Suci Allah, Tiada Tuhan yang
berhak disembah selain Allah, Allah Maha Besar. Dan tidak ada daya serta
kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah. Kemudian diucapkan: “Ya Allah
ampunilah aku” atau dia berdoa nescaya
akan dimakbulkan untuknya. Apabila dia berwuduk nescaya diterima solatnya. - Hadis
riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud,
no: 1154.
Satu cara lagi untuk menghilangkan perasaan
mengantuk adalah sebaik sahaja bangun dari tidur hendaklah kita mengusap wajah
kita lalu membaca sepuluh ayat terakhir dari surah ‘Ali Imran.
Dari Ibnu ‘Abbas radhiallahu’ anh, dia
berkata:
اسْتَيْقَظَ رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَعَلَ يَمْسَحُ النَّوْمَ عَنْ وَجْهِهِ
بِيَدِهِ
ثُمَّ قَرَأَ الْعَشْرَ الآيَاتِ
الْخَوَاتِمَ مِنْ سُورَةِ آلِ عِمْرَانَ.
Maksudnya:
Pernah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
bangun tidur, lalu menghilangkan rasa mengantuk dengan cara mengusapkan tapak
tangannya pada wajahnya. Baginda kemudiannya membaca sepuluh ayat terakhir
surah ‘Ali Imran. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab
Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 763.
q Solat Sunat Dua Rakaat Sebelum
Megerjakan Solat Tahajjud
Hendaklah dikerjakan solat dua rakaat yang ringan
sebelum memulakan solat Tahajjud. Nabi shallallahu ‘alaihi
wasallambersabda:
إِذَا قَامَ أَحَدُكُمْ مِنْ
اللَّيْلِ فَلْيَفْتَتِحْ صَلاَتَهُ بِرَكْعَتَيْنِ خَفِيفَتَيْنِ.
Maksudnya:
Jika salah seorang dari kalian ingin melaksanakan
solat malam, maka hendaklah dia memulai solat malamnya dengan mengerjakan
(solat) dua rakaat dengan agak cepat. - Hadis
riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil
Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 768.
Al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah berkata:
Al-Hafidz Abu al-Fadhl bin al-Husain menyebutkan dalam kitab Syarah
al-Tirmidzi bahawa rahsia solat malam dimulai dengan dua rakaat yang
ringan adalah untuk segera melepaskan ikatan syaitan. – Rujuk kitab al-Hafidz Ibnu Hajar al-’Asqalani, Fathul
Baari jilid 6, ms. 273.
Pendapat di atas ini ada hubung-kaitnya dengan
sabda Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam:
يَعْقِدُ الشَّيْطَانُ عَلَى
قَافِيَةِ رَأْسِ أَحَدِكُمْ إِذَا هُوَ نَامَ ثَلاَثَ عُقَدٍ.
يَضْرِبُ كُلَّ عُقْدَةٍ عَلَيْكَ
لَيْلٌ طَوِيلٌ فَارْقُدْ. فَإِنْ اسْتَيْقَظَ فَذَكَرَ اللَّهَ انْحَلَّتْ
عُقْدَةٌ.
فَإِنْ تَوَضَّأَ انْحَلَّتْ
عُقْدَةٌ. فَإِنْ صَلَّى انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ.
فَأَصْبَحَ نَشِيطًا طَيِّبَ
النَّفْسِ وَإِلاَّ أَصْبَحَ خَبِيثَ النَّفْسِ كَسْلاَنَ.
Maksudnya:
Syaitan akan mengikat tengkuk salah seorang di
antara kamu apabila kamu tidur dengan tiga ikatan. Ia menepukkan pada setiap
ikatan; bagimu malam yang panjang maka tidurlah. Apabila kamu bangun dan
berzikir kepada Allah maka terbukalah satu ikatan. Apabila kamu berwuduk maka
terbuka pula satu ikatan. Apabila kamu bersolat terbukalah satu ikatan. Maka di
pagi hari kamu akan bersemangat dan merasa segar. Jika tidak nescaya di pagi
hari perasaannya buruk dan malas. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud,
no: 1142.
Dari hadis ini dapat kita simpulkan bahawa ikatan
ketiga itu hanya dapat dilepaskan setelah kita melakukan solat yang sempurna.
Oleh itu solat dua rakaat sebelum solat Tahajjud memainkan
peranan tersebut. Setelah itu dapatlah kita mengerjakan solat Tahhajud dengan
penuh semangat dan kesegaran. Wallahu’alam.
q Mengerjakannya Di Rumah
Adalah lebih utama sekiranya solat Tahajjud tersebut
dilakukan di rumah sendiri dan bukan di masjid. Ini adalah kerana Nabi shallallahu
‘alaihi wasallam biasa melakukan solat Tahajjud di
rumahnya sendiri. Nabi shallallahu ‘alaihi wasallambersabda:
فَعَلَيْكُمْ بِالصَّلاَةِ فِي
بُيُوتِكُمْ! فَإِنَّ خَيْرَ صَلاَةِ الْمَرْءِ فِي بَيْتِهِ إِلاَّ الصَّلاَةَ
الْمَكْتُوبَةَ.
Maksudnya:
Hendaklah kalian solat di rumah kalian! Kerana
sebaik-baik solat seseorang itu adalah di rumahnya kecuali solat wajib. - Hadis
riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatil
Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 781.
q Doa Solat Tahajjud
Di dalam Shahih al-Bukhari terdapat
satu doa khusus untuk solat Tahajjud. Namun begitu terdapat
perbezaan pendapat tentang di mana hendak membaca doa tersebut. Ada yang
menyatakan ianya dibaca ketika berdiri hendak memulakan solat tahajjud dan
ada pula yang beranggapan ianya diucapkan setelah takbiratul ihram sebagai
doa iftitah. Doa tersebut adalah sebagaimana diriwayatkan daripada
Ibnu ‘Abbas radhiallahu’ anh, dia berkata: Biasanya Nabi shallallahu
‘alaihi wasallam apabila solat di malam hari untuk tahajjud maka
baginda mengucapkan:
اللَّهُمَّ لَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ
قَيِّمُ السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ
وَلَكَ الْحَمْدُ لَكَ مُلْكُ
السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ
وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ نُورُ
السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ وَمَنْ فِيهِنَّ
وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ مَلِكُ
السَّمَوَاتِ وَالأَرْضِ
وَلَكَ الْحَمْدُ أَنْتَ الْحَقُّ
وَوَعْدُكَ الْحَقُّ وَلِقَاؤُكَ حَقٌّ وَقَوْلُكَ حَقٌّ وَالْجَنَّةُ حَقٌّ
وَالنَّارُ حَقٌّ
وَالنَّبِيُّونَ حَقٌّ وَمُحَمَّدٌ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَقٌّ وَالسَّاعَةُ حَقٌّ
اللَّهُمَّ لَكَ أَسْلَمْتُ وَبِكَ
آمَنْتُ وَعَلَيْكَ تَوَكَّلْتُ وَإِلَيْكَ أَنَبْتُ وَبِكَ خَاصَمْتُ وَإِلَيْكَ
حَاكَمْتُ
فَاغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا
أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ
أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ
الْمُؤَخِّرُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ أَوْ لاَ إِلَهَ غَيْرُكَ.
Ya Allah, bagi Mu segala puji. Engkau pencipta dan
pemelihara (pengatur) langit dan bumi serta segala isinya. Bagi Mu segala puji,
kepunyaan Mu kerajaan langit dan bumi serta segala isinya. Bagi Mu segala puji,
Engkau adalah nur (cahaya) langit dan bumi. Bagi Mu segala puji, Engkau lah
penguasa langit dan bumi. Bagi Mu segala puji, Engkau adalah haq (Maha Benar),
janji Mu adalah benar, pertemuan dengan Mu adalah benar, firman Mu adalah
benar, syurga adalah benar, neraka adalah benar, para nabi adalah benar,
Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam adalah benar, dan hari kiamat adalah
benar. Ya Allah, hanya kepada Mu aku berserah diri, kepada Mu aku beriman,
kepada Mu aku bertawakal dan hanya kepada Mu aku kembali. Kerana Engkau aku
memusuhi dan hanya kepada Mu aku mengambil keputusan. Ampunilah aku atas segala
yang telah aku lakukan dan apa yang akan aku lakukan, apa yang aku rahsiakan
dan apa yang aku nyatakan. Engkau lah zat yang Maha Awal dan Maha Terakhir,
tidak ada sembahan kecuali Engkau.
Sufyan berkata: ‘Abdul Karim Abu Umayyah
menambahkan:
وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ
بِاللَّهِ.
Dan tidak ada daya serta kekuatan kecuali dari
Allah. –
Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab
al-Tahajjud, no: 1120.
q Membangunkan Ahli Keluarga Untuk
Mengerjakan Solat Tahajjud
Hendaklah membangunkan ahli keluarga untuk
mengerjakan solat Tahajjud. Rasulullah shallallahu ‘alaihi
wasallambersabda:
رَحِمَ اللَّهُ رَجُلاً قَامَ مِنْ
اللَّيْلِ فَصَلَّى ثُمَّ أَيْقَظَ امْرَأَتَهُ فَصَلَّتْ.
فَإِنْ أَبَتْ نَضَحَ فِي
وَجْهِهَا الْمَاءَ. وَرَحِمَ اللَّهُ امْرَأَةً قَامَتْ مِنْ اللَّيْلِ فَصَلَّتْ
ثُمَّ أَيْقَظَتْ زَوْجَهَا
فَصَلَّى. فَإِنْ أَبَى نَضَحَتْ فِي وَجْهِهِ الْمَاءَ.
Maksudnya:
Semoga Allah merahmati seorang suami yang bangun
pada waktu malam lalu solat; kemudian dia membangunkan isterinya lalu isterinya
juga solat. Jika isterinya enggan maka si suaminya memercik wajah isteri dengan
air. Semoga Allah merahmati seorang isteri yang bangun pada waktu malam lalu
solat; kemudian dia membangunkan suaminya. Jika suaminya enggan maka si
isterinya memercik wajah suami dengan air. - Hadis
riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab Qiyam al-Lail,
no: 1592.
q Boleh Mengeraskan atau Memperlahankan
Bacaan
Diperbolehkan untuk mengeraskan (jahr) dan
memperlahankan (sirr) bacaan ketika solat Tahajjud kerana
Rasulullahshallallahu ‘alaihi wasallam pernah membaca dengan
kedua-dua cara tersebut.
Daripada ‘Abdullah bin Abi Qais, dia berkata:
سَأَلْتُ عَائِشَةَ عَنْ وِتْرِ
رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ ...
كَيْفَ كَانَتْ قِرَاءَتُهُ
أَكَانَ يُسِرُّ بِالْقِرَاءَةِ أَمْ يَجْهَرُ.
قَالَتْ: كُلَّ ذَلِكَ كَانَ
يَفْعَلُ رُبَّمَا أَسَرَّ وَرُبَّمَا جَهَرَ...
Aku pernah bertanya kepada ‘Aisyah tentang solat
Witir Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam …: Bagaimanakah bacaan Baginda
ketika solat, adakah dengan suara keras atau suara yang perlahan?
Dia menjawab: Kesemua cara tersebut baginda
amalkan, kadang-kadang dengan suara perlahan dan kadang-kadang dengan suara
keras. –
Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab al-Sholaah, no:
1225.
Berkaitan dengan hal ini Imam al-Nawawi rahimahullah berkata:
Telah banyak dibawakan hadis-hadis yang menerangkan keutamaan
mengeraskan suara dan hadis-hadis yang menjelaskan keutamaan merendahkan suara.
Para ulamak berkata: Untuk menggabungkan antara keduanya boleh dikatakan bahawa
suara perlahan lebih jauh dari perasaan riyak dan ini lebih utama bagi orang
yang khuatir akan memiliki perasaan riyak, namun apabila dia tidak takut riyak
maka suara keras itu lebih utama baginya dengan syarat tidak mengganggu orang
lain yang sedang solat, tidur atau selainnya. – Dinukil
dariShahih Fiqh as-Sunnah wa Adillatuhu wa Taudhih Madzahib al-A’immah,
jilid 1, ms. 647.
q Memanjangkan Kadar Waktu Mengerjakan
Solat Tahajjud
Hendaklah memanjangkan berdiri ketika solat iaitu
dengan membaca surah yang panjang dan melamakan sujud tatkala solat Tahajjud.
Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
أَفْضَلُ الصَّلاَةِ طُولُ
الْقُنُوتِ.
Maksudnya:
Solat yang paling utama adalah solat yang paling
lama berdirinya. Hadis
riwayat Imam Muslim dalamShahihnya, Kitab Sholaatil
Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 756.
Daripada ‘Abdullah ibnu Mas’ud radhiallahu’
anh, dia berkata:
صَلَّيْتُ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلَةً فَلَمْ يَزَلْ قَائِمًا حَتَّى هَمَمْتُ
بِأَمْرِ سَوْءٍ.
قُلْنَا: وَمَا هَمَمْتَ. قَالَ:
هَمَمْتُ أَنْ أَقْعُدَ وَأَذَرَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.
Maksudnya:
Aku pernah solat bersama Nabi shallallahu ‘alaihi
wasallam pada suatu malam, baginda tetap sahaja berdiri hingga aku ingin
melakukan perbuatan yang buruk. Kami bertanya: Apakah yang ingin kamu lakukan?
Dia menjawab: Aku ingin duduk dan membiarkan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam
bersolat sendirian. -
Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalamSahihnya, Kitab at-Tahajjud,
no: 1135.
Menurut al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah:
Dalam hadis di atas terdapat keterangan bahawa Nabi shallallahu
‘alaihi wasallam memilih untuk memperpanjangkan solat malam. Ibnu
Mas’ud adalah seorang yang kuat dan senantiasa mengikuti Nabishallallahu
‘alaihi wasallam. Tidak terdetik di dalam dirinya keinginan untuk duduk,
melainkan kerana panjangnya solat tersebut melebihi kebiasaan yang beliau
lakukan. – Rujuk kitab karya
Al-Hafidz Ibnu Hajar al-’Asqalani, Fathul Baari, jilid
6, ms. 248.
Hendaklah juga membaca ayat-ayat al-Qur’an tersebut
secara tartil dan suara yang bagus. Ini sebagaimana firman AllahSubhanahu wa
Ta’ala:
وَرَتِّلِ الْقُرْآنَ تَرْتِيلًا
…dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil"
(secara perlahan-lahan). –
al-Muzammil (73) : 4
Daripada Hafshah radhiallahu’ anha, dia
berkata:
وَكَانَ يَقْرَأُ بِالسُّورَةِ
فَيُرَتِّلُهَا حَتَّى تَكُونَ أَطْوَلَ مِنْ أَطْوَلَ مِنْهَا.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika
membaca surah (al-Qur’an) baginda membacanya dengan tartil hingga seakan-akan
surah itu lebih panjang dari biasanya. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab
Sholaatil Musaafiriin wa Qashruhaa, no: 736.
Disunnahkan juga membacanya dengan suara yang baik
serta berlagu. Al-Bara’ bin
‘Azib radhiallahu’ anh berkata:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَيِّنُوا الْقُرْآنَ بِأَصْوَاتِكُمْ
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Hiasilah (bacaan) al-Qur’an dengan suaramu. - Hadis riwayat Imam al-Nasa’i dalam Sunannya, Kitab
al-Iftitah, no: 1005.
Menurut Abu Hurairah radhiallahu’ anh:
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَتَغَنَّ بِالْقُرْآنِ
وَزَادَ غَيْرُهُ يَجْهَرُ بِهِ
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Tidaklah termasuk golongan kami orang yang tidak melagukan (bacaan) al-Qur’an. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab
al-Tawhid, no. 7527.
Ingin penulis ingatkan bahawa mereka yang membaca
surah atau ayat dari al-Qur’an dengan laju dan tergesa-gesa adalah termasuk
dalam golongan yang mengambil sikap sambil lewa dalam beribadah. Menurut Syaikh
Sayyid Sabiqrahimahullah:
Bacaan Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam itu ialah
secara panjang (perlahan-lahan). Baginda berhenti pada setiap ayat dan
memanjangkan suaranya.” –
Syaikh Sayyid Sabiq, Fikih Sunnah, jilid 1, ms 338.
Namun demikian janganlah kita keterlaluan dalam
melagukan bacaan al-Qur’an sehingga bertentangan dengan peraturan-peratutan
(tajwid – pen) dalam membacanya. Syaikh Kamal al-Sayyid Salim berkata:
Maksud melagukan bacaan al-Qur’an adalah dengan membaguskan suaranya
secara keras dan melantunkannya dengan nada yang lembut sehingga mempengaruhi
jiwa dan dapat mengalirkan air mata dengan syarat tidak keluar dari aturan
membaca yang benar menurut ahli Qira’at. Adapun bacaan yang
meliuk-liuk dengan nyanyian yang di luar batasan sehingga menyebabkan keluar
dari semestinya, maka jumhur ulamak tidak menyukainya (makruh). Wallahu
a’lam. - rujuk Abu Malik Kamal bin As-Sayyid Salim,Shahih
Fiqh as-Sunnah wa Adillatuhu wa Taudhih Madzahib al-A’immah, jilid 1, ms.
645.
Hanya sahaja pendek atau panjangnya bacaan ketika
solat bergantung kepada kemampuan masing-masing kerana Nabishallallahu
‘alaihi wasallam tidak pernah menetapkan bacaan tertentu untuk solat Tahajjud ini.
Sekiranya tidak mampu menghafal surah yang panjang, memadailah dengan apa yang
termampu untuk dibacakan. Dari Abi Sa’id radhiallahu’ anh, dia
berkata:
أُمِرْنَا أَنْ نَقْرَأَ
بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ وَمَا تَيَسَّرَ.
Maksudnya:
Kami telah diperintah (oleh Nabi shallallahu
‘alaihi wasallam) supaya kami membaca al-Fatihah dan apa-apa (ayat/surah) yang
mudah (bagi kami). -
Hadis riwayat Imam Abu Dawud dalam Sunannya, Kitab
al-Sholaah, no: 695.
Dalil tentang memanjangkan sujud
pula adalah sebagaimana yang telah diperjelaskan oleh ‘Aishah radhiallahu’ anha:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُصَلِّي إِحْدَى عَشْرَةَ رَكْعَةً.
كَانَتْ تِلْكَ
صَلاَتَهُ يَسْجُدُ السَّجْدَةَ مِنْ ذَلِكَ قَدْرَ مَا يَقْرَأُ أَحَدُكُمْ
خَمْسِينَ آيَةً
قَبْلَ أَنْ يَرْفَعَ رَأْسَهُ.
Maksudnya:
Sesungguhnya
Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam biasa solat (malam) sebelas rakaat, demikianlah solat yang baginda
lakukan. Baginda melakukan satu kali sujud dari sebelas rakaat itu seperti
lamanya seperti salah seorang dari kalian membaca lima puluh ayat sebelum
baginda mengangkat kepalanya. - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalamShahihnya, Kitab at-Tahajjud,
no: 1123.
Sujud tersebut dipanjangkan
kerana baginda shallallahu
‘alaihi wasallam memperbanyakan doa ketika sujud. Ini sebagaimana sabda Nabi shallallahu
‘alaihi wasallam:
أَقْرَبُ
مَا يَكُونُ الْعَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ.
Maksudnya:
Saat yang paling dekat bagi seorang hamba untuk
berada di samping Tuhannya, ialah ketika dia sujud. Dari itu hendaklah kamu
memperbanyakan doa ketika sujud itu. - Hadis riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab
al-Sholaah, no: 482.
Demikianlah
beberapa amalan yang sabit datangnya daripada Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam yang sepatutnya kita berusaha untuk mencontohinya
demi untuk mencapai kesempurnaan ketika mendirikan solat Tahajjud.
v KESUNGGUHAN RASULULLAH DALAM MELAKSANAKAN SOLAT TAHAJJUD
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam adalah seorang insan yang
telah dijamin oleh Allah Subhanahu wa Ta’alaakan masuk ke syurga.
Baginda shallallahu ‘alaihi wasallam juga merupakan
sebaik-baik manusia malah digelar Sayyid al-Mursalin iaitu
penghulu segala Rasul. Baginda merupakan seorang insan yang maksum dan bebas
dari sebarang bentuk dosa. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala:
لِيَغْفِرَ لَكَ اللَّهُ مَا
تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ
وَيَهْدِيَكَ صِرَاطًا مُسْتَقِيمًا
Kemenangan yang dengan sebabnya Allah mengampunkan
salah dan silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian, dan menyempurnakan
nikmatNya kepadamu, serta menambahkanmu hidayah ke jalan yang lurus (dalam
mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hukumnya). – al-Fath (48) : 2
Walaupun dengan kedudukan baginda shallallahu
‘alaihi wasallam yang sebegini sempurna tetapi baginda tetap
bersungguh-sungguh dalam mengerjakan solat Tahajjud sehingga
bengkak-bengkak kakinya. Isterinya ‘Aishahradhiallahu’ anha melihat
sendiri kesungguhan luar biasa baginda ini dan beliau hairan kenapa Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam masih ingin bersusah payah melakukan ibadah tersebut
sedangkan dia adalah seorang yang maksum. Kisah ini telah disampaikan oleh
‘Aishah radhiallahu’ anha sendiri di dalam sebuah hadis:
أَنَّ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُومُ مِنْ اللَّيْلِ حَتَّى تَتَفَطَّرَ
قَدَمَاهُ.
فَقَالَتْ عَائِشَةُ: لِمَ
تَصْنَعُ هَذَا يَا رَسُولَ اللَّهِ وَقَدْ غَفَرَ اللَّهُ لَكَ مَا تَقَدَّمَ
مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ.
قَالَ: أَفَلاَ أُحِبُّ أَنْ
أَكُونَ عَبْدًا شَكُورًا.
Maksudnya:
Sungguh Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam solat
malam hingga kedua tapak kakinya merekah. ‘Aishah berkata kepada baginda:
Mengapa engkau melakukan hal ini wahai Rasulullah, padahal Allah telah
mengampuni dosa-dosamu yang telah lalu dan yang akan datang. Baginda bersabda:
Apakah aku tidak ingin menjadi hamba yang sangat bersyukur? - Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya,
Kitab Tafsir al-Qur’an, no: 4837.
Peristiwa
yang sama juga telah dikhabarkan dari al-Mughirah radhiallahu’ anh, dia
berkata:
إِنْ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيَقُومُ لِيُصَلِّيَ حَتَّى تَرِمُ قَدَمَاهُ أَوْ
سَاقَاهُ.
فَيُقَالُ لَهُ فَيَقُولُ: أَفَلاَ
أَكُونُ عَبْدًا شَكُورًا.
Maksudnya:
Sesungguhnya Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam
biasa berdiri (untuk solat malam) hingga kedua kakinya atau kedua betisnya
bengkak. Dikatakan kepadanya maka baginda bersabda: Apakah aku tidak ingin
menjadi hamba yang bersyukur? - Hadis
riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab at-Tahajjud, no: 1130.
Sekarang kita bandingkan amalan Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam ini dengan diri kita sendiri yang bergelumang dengan dosa
dan untung nasib kita di Hari Pengadilan juga belum dipastikan sama ada syurga
atau neraka. Kenapa kita tidak mahu bersungguh-sungguh dalam melaksanakan solat Tahajjud ini?
Adakah kita menganggap diri kita sebanding atau lebih baik daripada Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam? Renungilah akan hal ini dengan mendalam wahai pembaca yang
budiman.
v KEUTAMAAN SOLAT TAHAJJUD
Allah Subhanahu wa Ta’ala mengurniakan pelbagai keutamaan yang besar
bagi mereka yang melaksanakan solatTahajjud ini sebagaimana yang akan
penulis paparkan di sini.
q Dikurniakan Kedudukan Yang Terpuji.
Mereka yang mengerjakan ibadah pada malam hari akan
dikurniakan kedudukan yang terpuji lagi mulia di sisi AllahSubhanahu wa Ta’ala pada
hari akhirat kelak yakni dengan menjadi ahlul jannah (ahli syurga).
Ini sebagaimana Firman-Nya:
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ
نَافِلَةً لَكَ عَسَىٰ أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا
Maksudnya:
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam
serta kerjakanlah "solat Tahajjud" padanya, sebagai solat tambahan
bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat
yang terpuji. -
al-Israa’ (17) : 79
إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ
وَعُيُونٍ
آخِذِينَ مَا آتَاهُمْ رَبُّهُمْ
إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَٰلِكَ مُحْسِنِينَ
كَانُوا قَلِيلًا مِنَ اللَّيْلِ
مَا يَهْجَعُونَ
وَبِالْأَسْحَارِ هُمْ
يَسْتَغْفِرُونَ
Maksudnya:
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah
ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar
padanya. (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang
diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu
adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja
masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum
fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun). - al-Dzaariyaat (51) : 15-18
q Memudahkan Seseorang Untuk Menjadi
Ahli Syurga
Bagi mereka yang mendirikan solat Tahajjud akan
memudahkan baginya untuk menjadi ahli syurga.
Daripada ‘Abdullah Ibnu Salam bahawa Nabi shallallahu
‘alaihi wasallam pernah bersabda:
يَا أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشُوا
السَّلاَمَ وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ وَصَلُّوا بِاللَّيْلِ وَالنَّاسُ نِيَامٌ
تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ بِسَلاَمٍ.
Maksudnya:
Wahai manusia, tebarkan salam di antara kalian,
berilah makan (kepada mereka yang memerlukannya, sambunglah silaturrahin, dan
solatlah pada malam hari pada ketika manusia terlelap dalam tidur, maka kalian
akan masuk Syurga dengan damai. – Hadis riwayat Imam Ibnu Majah dalam Sunnannya, Kitab Iqaamah al-Sholaah,no. 1334.
q Dikurniakan Bilik Khas Di syurga
Nanti
Di dalam syurga juga terdapat bilik yang khusus
bagi mereka yang mengerjakan solat Tahajjud. Rasulullah shallallahu
‘alaihi wasallam bersabda:
إِنَّ فِي الْجَنَّةِ غُرَفًا
تُرَى ظُهُورُهَا مِنْ بُطُونِهَا وَبُطُونُهَا مِنْ ظُهُورِهَا فَقَامَ
أَعْرَابِيٌّ.
فَقَالَ: لِمَنْ هِيَ يَا رَسُولَ
اللَّهِ.
قَالَ: لِمَنْ أَطَابَ الْكَلاَمَ
وَأَطْعَمَ الطَّعَامَ وَأَدَامَ الصِّيَامَ وَصَلَّى لِلَّهِ بِاللَّيْلِ
وَالنَّاسُ نِيَامٌ.
Maksudnya:
Sesungguhnya di dalam syurga terdapat bilik-bilik
yang bahagian luarnya terlihat dari dalam dan bahagian dalamnya terlihat dari
luarnya. Kami bertanya: “Untuk siapakah (bilik-bilik itu) ya Rasulullah?” Sabda
baginda: “Kamar-kamar itu Allah sediakan untuk orang yang bercakap dengan lemah
lembut, memberikan makanan, senantiasa melakukan ibadah puasa dan mendirikan
solat semata-mata kerana Allah pada waktu malam di saat manusia lain sedang
tidur.” -
Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Bir wa al-Sholaah, no:
1907.
q Membentuk Keperibadian Yang Mulia
Mendirikan solat Tahajjud dapat membentuk
keperibadian mulia seperti tawadhu’ (merendah diri), bertakwa,
menghindari sikap sombong dan pemurah dengan sedekah jariah.
وَعِبَادُ الرَّحْمَٰنِ الَّذِينَ
يَمْشُونَ عَلَى الْأَرْضِ هَوْنًا وَإِذَا خَاطَبَهُمُ الْجَاهِلُونَ قَالُوا
سَلَامًا
وَالَّذِينَ يَبِيتُونَ
لِرَبِّهِمْ سُجَّدًا وَقِيَامًا
Maksudnya:
Dan hamba-hamba (Allah) al-Rahman (yang
diredhai-Nya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan
apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada
mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak
diingini; dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan
ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri.- al-Furqaan (25) : 63-64
إِنَّمَا يُؤْمِنُ بِآيَاتِنَا
الَّذِينَ إِذَا ذُكِّرُوا بِهَا خَرُّوا سُجَّدًا وَسَبَّحُوا بِحَمْدِ رَبِّهِمْ
وَهُمْ لَا يَسْتَكْبِرُونَ
تَتَجَافَىٰ جُنُوبُهُمْ عَنِ
الْمَضَاجِعِ يَدْعُونَ رَبَّهُمْ خَوْفًا وَطَمَعًا وَمِمَّا رَزَقْنَاهُمْ
يُنْفِقُونَ
فَلَا تَعْلَمُ نَفْسٌ مَا
أُخْفِيَ لَهُمْ مِنْ قُرَّةِ أَعْيُنٍ جَزَاءً بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ
Maksudnya:
Sesungguhnya yang sebenar-benar beriman kepada
ayat-ayat keterangan Kami hanyalah orang-orang yang apabila diberi peringatan
dan pengajaran dengan ayat-ayat itu, mereka segera merebahkan diri sambil sujud
(menandakan taat patuh), dan menggerakkan lidah dengan bertasbih serta memuji
Tuhan mereka, dan mereka pula tidak bersikap sombong takbur. Mereka
merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan
solat Tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka
dengan perasaan takut (akan kemurkaan-Nya) serta dengan perasaan ingin
memperolehi lagi (keredhaan-Nya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian
dari apa yang Kami beri kepada mereka. Maka tidak ada seseorang pun yang
mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka (dari
segala jenis nikmat) yang amat indah dipandang dan mengembirakan, sebagai
balasan bagi amal-amal soleh yang mereka telah kerjakan. - al-Sajda (32) : 15-17
q Ditinggikan Darjat Bagi Mereka Yang
Solat Tahajjud.
Darjat mereka yang mengerjakan solat Tahajjud ini
adalah lebih tinggi dari mereka yang tidak mengerjakannya di sisi Allah Subhanahu
wa Ta’ala.
أَمَّنْ هُوَ قَانِتٌ آنَاءَ
اللَّيْلِ سَاجِدًا وَقَائِمًا يَحْذَرُ الْآخِرَةَ وَيَرْجُو رَحْمَةَ رَبِّهِ
قُلْ هَلْ يَسْتَوِي الَّذِينَ
يَعْلَمُونَ وَالَّذِينَ لَا يَعْلَمُونَ
إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُولُو
الْأَلْبَابِ
Maksudnya:
Adakah orang yang berbakti kepada Allah pada waktu
malam, bersujud serta berdiri dan takut pada siksa hari akhirat dan mengharap
rahmat Tuhannya itu akan sama dengan orang yang tidak sedemikian. Katakanlah
lagi (kepadanya): Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang
yang tidak mengetahui? Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran
dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal sempurna. - al-Z’Umar (39) : 9
q Termasuk Dalam Golongan Yang
Dicintai Allah
Bagi mereka yang bangun pada malam hari untuk
mengerjakan solat Tahajjud, mereka termasuk dalam golongan yang dicintai
oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala
Daripada Abu Dzar, daripada Nabi shallallahu
‘alaihi wasallam, baginda bersabda: Ada tiga golongan orang yang dicintai
Allah… (yang di antaranya adalah)
رَجَلٌ سَافَرَ مَعَ قَوْمِ
فَارْتَحَلُوْا حَتَّى إِذَا كَانَ مِنْ آخِرِ اللَّيْلِ وَقَعَ عَلَيْهِمْ
الْكَرَى أَوِ النُّعَاسُ
فَنَزَلُوْا فَضَرَبُوْا
بِرُؤُوسِهِمْ ثُمَ قَامَ فَتَطَهَّرَ وَصَلَّى رَغْبَةً للهِ عَزَّ وَجَلَّ
وَرَغْبَةً فِيْمَا عِنْدَهُ.
Maksudnya:
Seorang yang bermusafir bersama sekelompok orang
lalu mereka berangkat hingga apabila tiba waktu akhir malam, mereka mengantuk
lalu mereka turun (dari kenderaan) dan tertidur, sementara lelaki itu bangkit
lalu berwuduk dan solat kerana cinta kepada Allah, dan cinta pada apa yang
berada di sisi-Nya. –
Hadis riwayat Imam al-Thabrani dalam al-Sunan al-Kubra
q Mudah Untuk Khusyuk.
Pada malam yang hening lagi damai menyebabkan minda
seseorang itu merasa tenang. Lantaran itu solat pada waktu malam sebegini
terutamanya ketika sepertiga malam yang akhir memudahkan kita untuk
mengerjakannya dengan penuh khusyuk dan bacaan yang lebih baik. Firman Allah Subhanahu
wa Ta'ala:
إِنَّ نَاشِئَةَ اللَّيْلِ هِيَ
أَشَدُّ وَطْئًا وَأَقْوَمُ قِيلًا
Maksudnya:
Sebenarnya solat dan ibadat malam lebih kuat
kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul bacaannya. – al-Muzzammil (73) : 6
q Mendekatkan Diri Kepada Allah Subhanahu
wa Ta’ala
Solat Tahajjud dapat mendekatkan diri
kita kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, menutup kesalahan kita yang lalu
serta menghapuskan dosa-dosa kita. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
عَلَيْكُمْ بِقِيَامِ اللَّيْلِ
فَإِنَّهُ دَأَبُ الصَّالِحِينَ قَبْلَكُمْ وَإِنَّ قِيَامَ اللَّيْلِ قُرْبَةٌ
إِلَى اللَّهِ
وَمَنْهَاةٌ عَنْ الْإِثْمِ
وَتَكْفِيرٌ لِلسَّيِّئَاتِ.
Maksudnya:
Hendaklah kalian melaksanakan solat malam kerana
solat malam itu merupakan kebiasaan orang-orang soleh sebelum kalian, ibadah
yang mendekatkan diri kepada Tuhan kalian, serta penutup kesalahan dan
penghapus dosa. -
Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Da’waat, no: 3472.
Demikianlah beberapa keutamaan yang dapat
diperolehi bagi mereka yang mengerjakan solat Tahajjud. Jelaslah
bagi kita bahawa untuk mereka yang mengerjakan solat Tahajjud, mereka
akan mendapat limpah kurnia daripada AllahSubhanahu wa Ta’ala yang
tidak ada tolok bandingnya sedangkan bagi mereka yang meninggalkan ibadah yang
mulia ini, mereka mengalami kerugian yang amat besar. Sekiranya seseorang itu
sedang menghadapi keadaan yang sukar ataupun ditimpa kesusahan maka pohonlah
pertolongan Allah Subhanahu wa Ta’ala melalui solat Tahajjud ini.
Sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam ketika
hendak menghadapi perang Badar dan Tabuk yang merupakan satu ujian yang besar
bagi umat Islam, baginda telah melakukan solat Tahajjud ini
untuk memohon pertolongan serta perlindungan daripada Allah Subhanahu
wa Ta’ala. Daripada ‘Abdullah bin ‘Amru bin al-‘As:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَامَ غَزْوَةِ تَبُوكَ قَامَ مِنْ اللَّيْلِ يُصَلِّي
فَاجْتَمَعَ وَرَاءَهُ رِجَالٌ
مِنْ أَصْحَابِهِ
Bahawasanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam
melakukan solat malam (Tahajjud) pada saat perang Tabuk, maka para sahabat
berkumpul di belakang baginda untuk menjaganya sampai baginda menyelesaikan
solatnya dan berpaling menghadapi mereka. – Hadis riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya, no: 6771.
Sumber :: http://www.hafizfirdaus.com/ebook/Solat%20sunat/4.htm
perkongsian menarik
BalasPadamgood info...
BalasPadamfollow blog saya ye... http://diarihatiwanieyahaya.blogspot.com..boleh tukar2 idea dan info..tq..
Terima kasih, CH sekali lagi. Walaupun panjang entrinya, banyak ilmu yang diperolehi hasil dari perkongsian CH kali ini.
BalasPadamOk... dpt masuk. Tak ada masalah.
BalasPadamApa pun bagus utk dijadikan panduan kepada yg masih mencari hala-tuju
Buat anak-anak yg baru nak mencuba pun boleh rujuk di sini.