JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 21 Julai 2015

KEMBALI kepada PENCIPTA di SYAWAL PERTAMA :(

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik...


Dalam perjalanan utk pergi beraya ke kampung FIL di Sg Mati Muar .. lebih kurang pukul 3pm saya menerima panggilan telefon dari abang sepupu, memaklum kan bahawa sepupu saya anak mak uda meninggal dunia.. Allahu Akhbar.. hebat sungguh dugaan mak uda di syawal pertama ini, Saya maklumkan pada abang satar, saya ni balik kampung suami, jadi dia minta saya sampaikan kepada yg lain kerana dia ada simpan nombor telefon saya sahaja.. sepupu saya yg dipanggil Ujang ni meninggal lebih kurang pukul 2.30pm kata abg satar tu lagi..

Dengan segera saya telefon adik saya untuk maklumkan.. adik saya pun kata patutlah tunggu mak uda tak datang raya lagi.. selalunya mak uda lah anak-beranak yg pertama dtg beraya mengunjungi mak sebagai kakak yg tua.. Lepas tu adik saya telefon Kak Long anak mak uda yg sulung utk mengesahkannya.. dan benar, sekarang jenazah ada dirumah mak uda.. mereka pun sekarang sibuk menghubungi saudara mara utk memaklumkan kematian ujang itu.. 

Menurut kak long memang mereka dah merancang utk kerumah kami selepas solat jumaat, termasuk aruah sekali nak pergi.. mengikut ceritanya aruah ni demam denggi dan telah masuk Hospital Kuala Lumpur pada hari Isnin lagi dan pada hari khamis aruah mohon minta keluar hospital utk cuti berhari raya bersama keluarga dan doktor memberikan cuti dan minta kembali ke hospital untuk pemantauan selanjutnya..

Aruah balik kerumah dengan menaiki teksi di Segambut Dalam KL tu, isterinya terkejut dengan kepulangannya tu, aruah kata dia teringat anak-anak tak dibelikan pakaian hari raya, lepas tu dia suruh isteri dan anaknya bersiap utk pergi ke Jalan TAR utk membeli persiapan.. kata isterinya memang lihat aruah sangat sihat waktu itu.. gembira betul aruah dapat membeli persiapan mereka sekeluarga.. 

Pada keesokan pagi tu mereka pergi solat hari raya bersama-sama, sekembali dari solat hari raya tu , aruah pergi naik keatas rumah mak uda, rumah mereka berdekatan sahaja, memohon maaf dan beraya bersama emaknya tu dan merancang utk sama pergi beraya selepas solat jumaat, selepas tu aruah turun ke rumahnya berehat.. pada nak solat jumaat tu tengok aruah dah lemah.. dia minta pergi solat jumaat bersama anak lelakinya itu.. tapi melihat keadaan yg lemah tu , isteri minta solat zohor ajer dirumah.. nanti hantar semula kehospital.. 

Selesai anak lelakinya solat jumaat di masjid, dia pun masuk kebilik ayahnya utk melihat keadaan ayahnya, dia tengok ayahnya dah sesak nafas, dia pun mengurut dada ayahnya.. dengan perlahan katanya..ayahnya menghembus nafas terakhir.. masa tu maknya ada diatas rumah mak uda.. anak lelakinya memberi tahu neneknya yg ayah nya telah meninggal dunia.. mereka pun bergegas turun ke bawah.. dan anak mak uda Halim pun mengesahkan bahawa abangnya itu telah meninggal.. lalu jenazah dibawa ke rumah mak uda..

Jenazah dikebumikan hari itu juga selepas isyak, kerana cuti raya ni, menunggu permit kubur lambat sikit dikeluarkan, Namun begitu Alhamdulillah, urusan aruah dipermudahkan.. Kata kakak2 saya yg pergi menziarah, tengok wajah aruah sangat bersih sekali, wajahnya muda seperti umur 17 tahun dgn senyum tenangnya.. Adik sepupu lelaki saya yg menurunkan jenazah nya ke liang lahad pun kata, jenazahnya ringan sangat dan mudah memasukannya.. Allahu Rabbi... 

Aruah Ujang ni , mak pelihara dia dari umur 1bulan sehingga umurnya 3 tahun, jadi sangat baik dengan kami adik beradik, aruah panggil mak dengan panggilan ibu, sangat sayang dengan mak, masa dia ziarah mak di hospital masa mak mula-mula kena stroke, aruah kata, insyaAllah ibu boleh sembuh, entah-entah Ujang yg pergi dulu sebab ujang sakit ni, katanya pada kak lang, tak sangka kata2 aruah itu jadi kenyataan.. Aruah masa meninggal ni berusia 42 tahun meninggalkan 3 orang anak, semoga yg ditinggalkan tabah menghadapi ujian ini..

Damai lah roh mu di sana wahai adik ku.. hanya doa yg dapat kak cit berikan dari kejauhan itu.. Maaf kak cit tak dapat menziarahi jenazah mu buat kali terakhir.. 

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ

وَنَقِّهِ مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ

وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ

وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ.

Maksudnya:
Ya Allah, berikanlah ampunan kepadanya, sayangilah dia, maafkan dan ampunilah dia, muliakan tempatnya, luaskan tempat masuknya, serta mandikanlah dia dengan air, salju dan embun; bersihkanlah dia dari kesalahan-kesalahan sebagaimana baju putih dibersihkan dari kotoran; berikanlah dia pengganti tempat tinggal yang lebih baik dari tempat tinggalnya, keluarga yang lebih baik daripada keluarganya, dan pasangan yang lebih baik daripada pasangannya; masukkanlah dia ke syurga serta lindungilah dia dari azab kubur (atau azab neraka).


9 ulasan:

  1. takziah & al fatihah utk arwah..

    BalasPadam
  2. innalillahhiwainnailaihirajiun...salam takziah dari SA...alfatihah...

    BalasPadam
  3. Semoga keluarga yang terlibat tabah dengan dugaan ini.
    Al-Fatihah.

    BalasPadam
  4. Takziah...innalillahiwainnailaihirojiun

    BalasPadam
  5. Takziah...innalillahiwainnailaihirojiun

    BalasPadam
  6. allahu.. semoga tabah yer..lagi2 pada keluarga arwah... alfatihah..dan salam takziah..

    BalasPadam
  7. Allahuakbar..innalillahiwainnailaihirajiun...alfatihah..takziah

    BalasPadam
  8. Inalillahi wa inailaihi rojiun....alfatihah buat arwah....Salam Takziah jugak buat seluruh keluarga awak CH. Sedihnya CH....
    Dugaan buat mereka kan....
    Denggi ni menyeramkan sungguhlah

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)