JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 21 September 2015

KAILAN SOS BLACK PEPPER SEDAP ....

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan diberikan kesihatan yg baik hendaknya...

Bila buka peti ais yg tinggal hanya ada sayur kailan ni jer.. dok menung nak masak apa.. tengok kok ada ikan masin dalam peti ais tu.. tak ada juga.. apa nak masak ni.. lepas tu terpandang pulak sebelah tu ada sos black pepper.. boleh cuba ke masak kailan dgn sos ni.. hehehe.. jom cuba lah.. mana tahu sedap..

Tengok pulak kat peti ais atas ada udang.. boleh lah diregukan bersama kailan ni.. maka bermulalah operasi saya masak resepi baru ni.. Kailan ni saya dan en suami jer yg makan.. jadi kita buatlah ikut tekak orang dewasa.. bagi pedas sikit..
Saya meratah cam tu jer habis sepiring hahaha.. belum makan dgn nasik.. sedapppp tu..
Jom intai resepi :)

RESEPI JAILAN SOS BLACK PEPPER

Bahannya :-
  • 1 ikat sayur kailan
  • 2 labu bawang putih dihiris
  • 1 biji bawang merah dihiris
  • 2 sudu besar sos black pepper
  • semangkuk kecil udang
  • 1 biji cili merah dihiris
  • garam
Caranya :-
  1. Panaskan sedikit minyak, masukan udang yg telah digaul dengan sediki garam, apabila udang dah separuh masak, goreng bersama dengan bahan hiris sehingga wangi.
  2. Kemudian masukan sos black pepper dengan sedkiti air, selepas tu baru dimasukan sayur kailan dan garam, kacau sehingga sayur masak.
  3. Rasa masinnya , angkat siap utk dihidang.


10 ulasan:

  1. Sos black pepper boleh tambah dalam masak sayur...boleh cuba resepi yati ni.

    BalasPadam
  2. http://madey09.blogspot.my/ kenalkan blog Etuza..best ja resipi

    BalasPadam
  3. yummy...xpernah lagi masak mcm ni....biasa pkai ikan masin je...bleh cuba nie....thanks yea for the share...

    BalasPadam
  4. ayooo kak... sodap nyer... lagi2 ada udang tuh

    BalasPadam
  5. Sayur goreng bercili sedap berselera makan.

    BalasPadam
  6. hehe..pertama kali sos black pepper diletak dalam sayur kailan ni..

    BalasPadam
  7. Sedap nya lah nengok masakan akak ni...
    pekabar kak & anak2? Salam Aidil Adha dr kmi di Sabah kak..:)

    BalasPadam
  8. hmmm sedapnyer..... lama xmsk kailan..

    BalasPadam
  9. Sos black papper ni CH mmg sedap kalau masuk kat sayur, kalah Oyster sos tau!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)