JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 1 Disember 2015

SUP IKAN MERAH.. hari kedua berpantang khatang Nabil

Salam petang yg ceria kekawan..

Pergi pasar pagi ahad tu memang cari lauk utk Nabil semasa berpantang khatan ni. Cari juga ikan haruan tapi tak jumpa lah pulak. Kena pesan kata adik tu baru dia carikan dan bawakan.
Jadi beli jer ikan-ikan yg tak gatal tu utk lima hari nabil berpantang.

Nabil ni penggemar sup memang suka lah dia, bertambah-tambahlan dia makan nasi pada tengahari tu. Lepas tu nak bersuap pulak tu.. tak pe lah.. masa ni lah nak beri perhatian pada dia kan :)

RESEPI SUP  IKAN MERAH


Bahannya :-
  • 1 ikan merah yg sederhana besar (saya suka beli yg kecil begini, isinya lembut)
  • 5 cawan air
  • 1 biji karot merah
  • 1 bungkus sup bunjut
  • minyak untuk menumis
  • sedikit serbuk lada hitam
  • Daun sup/daun bawang dan bawang goreng-utk taburan
Bahan tumbuk
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 biji bawang merah (tumbuk semua bahan hingga lumat)
Bahan Tumis 
  • 1 btng kayu manis, 1 kntm bunga lawang, 2 biji buah pelaga
  • 1 ulas bwng putih-hiris
  • 2 biji bwng merah-hiris
Cara-Cara
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis.
  2. Masukkan bahan2 tumbuk tadi dan tumis sehingga bau wangi.
  3. Masukkan air, biarkan mendidih,masukkan ikan dan kacau rata.
  4. Tambah air lagi jika perlu. Masukkan garam dan perasakan. Letakan sedikit serbuk lada hitam.
  5. Sekiranya dah cukup rasa, matikan api dan angkat. 
  6. Letak dlm mangkuk dan taburkan bwng goreng dan daun sup/bawang. 

16 ulasan:

  1. terliur tgk sup ikan merah tuh.
    suka beli yg jenis kulitnya lembut tuh.. lg sedap

    BalasPadam
  2. mak yang masak & suap memang bertambah sedap la anak makan..

    BalasPadam
  3. takpa kasi can katenye...layan kan aje sesekali dia nak anje lebih2 dgn mama dia...ikan merah buat sup memang terbaekkk...kalau dapat kepala ikan lagi la makan tak henggat...kuikuikui

    BalasPadam
  4. Sedap tu sup ikan merah,pd yg tak berpantang pun sedap juga masak gini.yalah yatie kakak pun tak teringat pasal ikan haruan tu utk iman haritu.

    BalasPadam
  5. Sedap tu sup ikan merah,pd yg tak berpantang pun sedap juga masak gini.yalah yatie kakak pun tak teringat pasal ikan haruan tu utk iman haritu.

    BalasPadam
  6. yg tak pantang ni pun teliur kak camne nie heheheeh...sedapnye sup ikan merah.... lieya kalo belanja barang dapur mmg wajib beli kan merah nih ..sedap di buat sup kan kak....boh lada hitam sikit....

    BalasPadam
  7. Untunglh ada ibu2 yg rajin ni...
    Sedap menyelerakn...
    Yg tk pntng pun bleh ngppp juga ni

    BalasPadam
  8. sedap ni.. ada sambal belacan lagi best kan.

    BalasPadam
  9. seingat saya tak pernah merasa lagi kut ikan merah walaupun dah list dalam kepala antara menu yang ingin di cuba

    BalasPadam
  10. sedapnya menu nabil... menu irfan haruan kering ke kak.. hihi

    BalasPadam
  11. yumm..sedapnya..simple..n mabeles

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)