Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik juga hendaknya..
Sewaktu saya sedang menganyam sarung ketupat..
Nabilah datang bertanya "mama mula2 pandai buat sarung ketupat ni umur berapa tahun?"
"Umur mama 12 tahun , arwah uwan yg ajar mama" jawab saya.
"Jadi mama boleh lah ajar kakak ye.. buat sarung ketupat ni" pintanya..
"Ok boleh aje.. mama rasa.. insyaAllah kakak boleh buat" ujar saya..
Jadi saya ajar dia step pertama iaitu melilit daun kelapa ditangan tu..
Lepas tu saya ajar buat kerangkanya.. disini hampir 5 kali dok buka balik.. saya kena jadi kerangkanya macam ni.. saya tunjuk yg saya buat.. kalau tak jadi macam ni makna salah masa menganyam daun..
Akhirnya berjaya dia menyiapkan kerangka tu.. tabik juga saya dgn semangat ingin buat sarung tu..
Lepas tu saya ajar pula bagaimana utk menyiapkan jadi sarung ketupat yg lengkap.. bila dah siap kerangka ni .. dah senang nak menyiapkannya.. saya ajar buat ketupat bawang..
"Tadaaaaa... dah jadi ketupat bawang kakak" ujar penuh kegembiraan.. pada hari tu dapat lah dia menganyam 3 sarung ketupat... neneknya kata"esok raya aidilfitri nabilah boleh ambil part utk menganyam ketupat.. tolong mama" hihihi..
Hampir 80 biji sarung ketupat berjaya di anyam.
Esok paginya.. atuknya punya part utk masuk beras dan direbus oleh en suami ;) π
Rendang ayam dgn maman dimasak oleh adik ipar saya. Pada hari 9 Zulhijjah tu .. en.suami, adik ipar saya 2 orang dan biras serta mak cik berpuasa.. jadi buka puasa mereka pra hari raya punya menu..
Sup gear box tu memang menu raya haji setiap tahun FIL masak.. tambahan tahun ni kami korban dgn Ezy-Qurban.. lagi lah tak merasa daging dan tulang.. jadi kita beli lah ye... bagi lah mereka yg susah utk menikmati daging dan tulang di Bangladesh tu ye:)
Semoga amalan Qurban kami diterima Allah jua hendaknya.
Pandai nabilah buat sarung ketupat.Anak2 akak dah banyak kali akak ajar tak pernah menjadi .Dalam rumah akak ni akak sorang je boleh buat,kalau akak xde memang takdelh ketupat daun kelapa ni bila raya.
BalasPadamApa rasa pucuk maman tu yatie?.Akak pucuk maman pun tak kenal.
Ada rasa pahit2 juga kak saniah.. tapi sedap.. nabilah pun suka.. jeeha dgn nabil makannya aje ππ
PadamAnak-anak kakak semua tak pandai dan macam tak berminat macam Nabilah ni bagus ada kemahuan. Sebab itu tiap tahu rumah kakak memang kakak dgn abanglah yg buat..
BalasPadamKelak cucu kakak tahu macam mana sebab mak-mak dia tak pandai menganyam. Nenek dah tua haha...
Hihihi..
PadamTak apa kakzakie..
Kat pasar ada jual sarung ketupat ni..
Nanti boleh anak2 akak beli je dan masak ;)
pandai nabilah belajar, nanti time raya boleh tolong mamanya.
BalasPadamarwah datuk sebelah emak saya pun pandai menganyam ketupat. tapi bila tiba tang emak, tak tahu. maka, anak-anaknya confirmlah tak tahu menganyam juga.
Macam tu kena beli sarung ketupat yg dah siap nampaknya KB atau pun yg dah siap rebus..
PadamKB cuma siapkan duit nya aje π
hehehehe malu lak ngn nabilah... sbb dana belajar anyam ketupat tuh tiap thn tp thn depan msti lupe camne nk bt hehehe...
BalasPadamHihihi..
PadamDana sama kes dgn kak teh akak ni..
Tiap kali raya nak buat sarung ketupat kena ajar dulu bagi ingat π
Pernah kak teh akak cerita MIL dia suruh buat sarung ketupat kelapa ni sebab kat Kedah dorang buat ketupat palas jer.. pastu dah gabra.. dia pun ckp kena belajar dulu bagi ingat π
SUSAH JUGA NK BUAT SARUNG KETUPAT N CEPAT NABILAH BELAJAR...BOLEH DAH WARISI SENI ANYAM KETUPAT TRADISI
BalasPadamYe kak PI..
PadamGigih dia mencuba π
pandai dah dia..baguslah..saya pandai anyam ketupat sate je...ketupat bawang kdang-kadang jadi,,kadang-kadang tak..
BalasPadamBoleh lah tu Mar..
PadamBila dah tahu asas..
Senang buat ketupat yg lain..
Nabilah ni mmg rajin dan minat masak ye Tie.....sanggup dia nak belajar tu....Kalau budak yg tak minat jangan haraplah.....
BalasPadamYelah dah balik rumah mak bapak kumpul reramai cenggitu mmg lah kena masak kan Tie kalau tidak nak makan apa hihi....
Pernah jugak rasa rendang maman tu, kawan ofis yg bawak....pahit pahitkan daun dia tu...Tapi oklah sedap...
Betul tu nom..
PadamRasanya pahit2 sikit tapi sedap..
CH cuba mkn sayur maman ni bila kahwin dgn en suami sebelum ni rupa pokok maman pun tak tahu..ππ
alahai Nabilah...auntie ni dah 45 th hidup..tak reti2 nak anyam sarung ketupat..ketupat palas boleh la..
BalasPadamKira ok tu Kamsiah..
PadamAkak ni pun tak tahu anyam ketupat palas.. mcm nak belajar jee..
untung ada mak pandai, boleh ajarkan..
BalasPadamsy tua ni pun x reti...
Boleh lagi nak belajar PB..
PadamLama2 tahu lah tu π
Saya dah tua baru pandai anyam ketupat kak, dulu kalau mak buat tak pernah nak peduli, boleh anyam 2 jenis saja.
BalasPadamOk tu NM...
PadamReti juga menganyam walaupun 2 jenis.. π
Saya yang dah tak pandai nak berketupat nie. lama tak asah lama-lama terpadam terus
BalasPadamKena cuba balik idzwa...
PadamSayang nanti lupa..
Akak pun buat setahun 2 kali jer..
Masa raya..
InsyaAllah nanti ingat balik tu..
YEAY!!! bagus akak ajar anak plak menganyam....lieya adik beradik semua reti menganyam...mak le ajar...skrang senang die, beli daun jek..tau2 ketupat anak dah siapkan ekekekekek...lepas ni boleh laa lieya ajar anak2 dare kat rumah nie...syg plak kalo takde yg reti menganyam nie....main beli siap semua pun tak best kan kak...
BalasPadamkak rendang ayam maman tu mmg menggiurkan....lieya buat rendang biase je laaa...nak campur maman takut org kat dlm rumah ni tak reti makan plak...
Adik beradik perempuan akak semua tahu anyam ketupat...
PadamAbg along lelaki seorg yg tahu..
Yg dua lagi x tahu...
Semua mak yg ajar..
Sama lah mcm arwah mak akak..
Bila anak2 dah tahu..
Bab menganyam mak suruh kami jer..
Mak masak rendang...
Tiba2 pulak rindu rendang mak huhuhu..
Bagus kalau pandai menganyam ketupat ni.
BalasPadamAlmaklum sekarang ketupat segera dh banyak.
Nur ni kak...bila raya lulus la...lps raya lupa dah...asyik hubby dok ajar aja...
BalasPadamKat umah ni hubby n mak Nur aja tender anyam ketupat...adik2 yg lain tak pandai...tp 1 kerugian kan hihi
Pandainya dia anyam ketupat..bakat terpendam tu.
BalasPadam