JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 30 Disember 2016

Part 2 :: JOM NAIK BURUNG UNTAπŸ˜†πŸ˜„πŸ˜€ ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..


Part ini yg ditunggu sangat oleh Nabil, iaitu menaiki burung unta, sebelum naik burung unta ni kena tutup dulu matanya, nanti dia lari laju dan susah nak kawal hahaha.. 3 kali pusingan dibawa menaiki burung unta.. nabil tergelak-gelak je menaikinya.. melompat-lompat mama katanya..

Selepas tu kak Nabilah pula nak mencuba, tengok Nabil elok jer tergelak-gelak diatas burung unta ni..

Najeeha ni masih cuak dan takut juga nak menaikinya.. pada hal dah tengok Nabil dan Kak Nabilah naik tergelak dan tersenyum riang hahahha.. sama macam mama juga .. ada sikit seram hahahha :D

Sebelum menaiki burung unta ni ada show burung unta tu.. tapi saya tak sempat nak ambil gambar.. apa taknya sambil tengok show tu makan aiskrim, mana nak mengambil gambar.. ada pertanding lumba lari dengan burung unta , suruh nabil masuk berlari sama tak nak pulak dia.. masa kami disitu ada satu group dari Singapore.. chinese kan.. dorang suka jer explore semua ni.. sakan dorang mencuba :D

Lepas tu mencuba memijak telur burung unta ni.. kemain besar lagi kan.. yang naik atas tu saya, encik suami dan Kak Nabilah jer , Nabil dan Najeeha pakai kasut jadi malas dia nak membuka kasut tu, jadi bergambar jer lah dengan telur burung tu jer :)


Selepas tu mereka paling suka tempat ni, memberi ikan koi makan dengan botol susu.. seronok tengok anak ikan tu berebut-rebut menyusu hahhaha

Banyak juga tempat yg budak-budak ni explore sendiri, saya dah tak larat nak berjalan, lupa pulak nak memberi handphone pada kak Nabilah untuk bergambar.. berbagai haiwan yg ada disini..


Saya duduk sambil menunggu satay burung unta ni.. nak juga merasa.. tak ingat pula berapa harganya secucuk, gambar pun saya tak sempat ambil.. ada juga burger burung unta dan boleh juga menikmati telur dadar burung unta tu..
Hampir setengahari juga kami disini.. seronok mereka dapat bermain dengan burung unta ni.. lepas ni tak adalah sibuk si Nabil untuk mengajak saya ke sini lagi :)
Pergilah kekawan jika ada kesempatan ke PD ni :)


12 ulasan:

  1. Satu pengalaman yang menarik dapat tunggang burung unta ni yati...berani Nabil ya.Kalau Iman rasanya sekadar tengok je ...penakut tu.
    Kerasnya kulit telor nya ...agaknya bagaimana lah cara mereka nak pecahkan kulitnya tu ya.

    BalasPadam
  2. Salam kunjungan dan salam ukhwah dari sayam. Secara peribadi, satay burung unta memang best. Lama dah saya tak try daging burung unta

    BalasPadam
  3. Bukan anak-anak aje yg seronok kakak tengok. Mama dan abah pun senyum puas kakak tengok. Tapi kakak tak pernah lagi rasa nikmat daging burung unta. Telur dia memang besar Yati. Kalau sebiji telur dadar boleh makan sekeluarga:)

    BalasPadam
  4. WAH MENUNGGANG BURUNG UNTA JUGA..NAMPAK SERONOK NABIL N KAKAK2NYA..MESTI SDP SGT SATEY BURUNG UNTA TU KAN YATI.

    BalasPadam
  5. Entah boleh tahan ke telur burung unta kalau PH pijak. Pecah rekod agaknya. LOL!

    BalasPadam
  6. wah syoknya naik burung unta
    time gini mmg happy giler ni yatie
    mesti banyak pengalaman manis anak-anak yatie utk di cerita pada rakan2 tahun depan kan

    BalasPadam
  7. semoga kedatangan 2017 memberi lebih kebahagiaan,kesenagan utk kita kita semua..

    BalasPadam
  8. Alamak....patah kaki burung unta ni kalau hakak yg naik haha....
    Tapi boleh ke Ti org dewasa naik?

    Emmm ...agaknya larat ke nak makan telur dadar burung unta tu ek? Mcm seram pulak weyh

    BalasPadam
  9. Teringin nak naik burung unta tu..tapi katanya bawah 40kg je boleh naik..hihi...sebab burung tu pun penat kalau asyik ditunggang.

    BalasPadam
  10. Nampak sedap pulak satay burung unta tu...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)