JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 9 Disember 2016

TATACARA SOLAT ORANG SAKIT

Assalamualaikum kekawan..
Salam Jumaat yang barokah, semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya.








"Dan (diperintahkan): Hendaklah kamu mengerjakan solat/sembahyang dan bertaqwa kepadaNya, dan Dia lah Tuhan yang kepadaNya kamu akan dihimpunkan (pada hari akhirat kelak)".(Al-An'aam 6:72) 

Walau dalam apa jua keadaan kita , solat jangan ditinggalkan, itulah tanda pengabdian kita kepada Allah kerana kita adalah hamba Nya..

Bila tengok gambar diatas, pakaian adalah pakaian dihospital, teringat dulu menjaga almarhum abah dan almarhumah mak, bila masuk waktu solat, maka tolong mereka untuk mengambil wuduk utk bersolat, saya guna spray ajer membantu mereka berwuduk, masa tu almarhum abah boleh duduk lagi diatas katil, jadi almarhum solat duduk seperti gambar yang pertama tu.

Berlainan dengan almarhumah mak, yang sakit strok, jadi ajar mak cara-cara solat terlentang tu dengan menggunakan isyarat mata, kekadang katil hospital boleh turun naik, jadi kami naikkan sedikit untuk memudahkannya solat, begitu juga dirumah, kami belikan katil begitu untuk memudahkan untuk menjaganya, sebenarnya katil tu dari almarhum abah.

Semoga kita semua dapat menjaga bersolat kerana kita itu lah perkara yang pertama ditanya di akhirat kelak.

p/s Sumber gambar : Facebook

12 ulasan:

  1. perkongsian yang bermanfaat..salam jumaat dan salam maulidur rasul sis

    BalasPadam
  2. Akak dah rasa solat telentang dan duduk yatie....masa lepas opret.Mudah2an Allah terima solat akak sebab akak tak tau sangat cara nya ketika itu ,hanya buat sedaya mungkin je.

    BalasPadam
  3. alhamdulillah.. bagus ni.. boleh print dan laminate elok2

    BalasPadam
  4. Bagus ya, orang yang sakit pun boleh tunaikan tanggungjawab beribadat.

    BalasPadam
  5. Perkongsian yang sgt bagus sebab kdg2 masa sakit org tak titil beratkan pasal solat. Alasan susah nak bergerak

    BalasPadam
  6. bagusnya entry ni kak...
    macam mana sakit sekali pun...takde alasan tak solat kan kak...

    BalasPadam
  7. Tenguk kt masjid, dh ramai juga yang solah jumaat duduk atas kerusi.
    Bersyukurlah kita masih sihat dan dapat melakukan ibadah solat dengan sempurna.

    BalasPadam
  8. Masyallah ....betapa pentingnya solat tu kan Ti. Selagi tak gila, tak pengsan kita masih wajib solat.
    Betapa nikmat kesihatan tu sangat besar nilainya...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)