JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 11 Januari 2017

PERIA GORENG RANGUP ALA MAMAK.. ~__^

Salam petang yang ceria kekawan :)

Krap krup krap makan peria goreng rangup ni kekawan.. kalah restorant mamak bila CH memasak ni hahhahaha..
Dapat peria katak ni kawan kampung yg kasi.. itu hari balik kuang, sebenarnya minta beli pucuk ubi dengan ubi kayu.. sekali tu tengok dalam plastik tu ada terung telunjuk dan peria, punya lah gembiranya hati.. semoga murah rezeki kawan kampung saya ni..

Yang makan ni tentulah CH dengan en suami.. elok jer mengunyah.. anak2 sibuk bertanya tak pahit ker.. mana ada pahit mama rendam dengan garam dan gula.. jadi manis lah.. memang tak pahit kekawan.. cuba lah resepi .. memang rangup termasuk peria tu sekali.. :)


RESEPI PERIA GORENG RANGUP ALA MAMAK 

Bahannya :-
- 5 - 6 biji peria katak
-4 s/b tepung beras
- 1 s/b tepung jagung
- 2 s/k serbuk cili
-1 s/b rempah kari
- 1 s/k serbuk kunyit
- 1/2 s/k garam
- 1/2 s/k serbuk lada hitam/lada sula
- 1 s/b air

Caranya :-
1. Basuh bersih peria katak.. potong hiris nipis.. bulat atau memanjang. Buang biji tengahnya. Kemudian rendam dengan s 1sudu kecil garam dan 3 sudu kecil gula selama 1/2 jam.
2. Toskan rendaman peria tadi dan lap dengan tisu supaya kering.
3. Masukan peria tadi dalam satu mangkuk besar, kemudian masukkan semua bahan tadi, kecuali air.. gaul mesra semuanya.
4. Masukan 1/2 sudu air, gaul mesra, jgn terlalu cair atau pekat, letak lagi 1/2 sudu air tadi.. gaul sampai ia bersalut cantik pada peria.
5. Panaskan minyak masak secukupnya dalam kuali. Bila kuali dah minyaknya panas, masukkan peria sekeping-keping dan jgn goreng banyak2 sgt dlm kuali tu. (lihat gambar)
6. Bila dah kuning kegaringan, angkat dalam tapiskan, agar kekal rangup. Buat sehingga habis bahan tadi.
7. Siap dimakan bersama nasi putih dan kari kepala ikan.. perghhhh CH makan sehingga menjilat siku hahhahah.. melampau statement disitu :D

Selamat mencuba kekawan ;)

21 ulasan:

  1. Tetibe falsya teringat peria goreng kat nirwana bangsar bile tgk entry akak..hehe

    BalasPadam
  2. Saya hari2 makan kat kedai. Kedai paling dekat semuanya kedai mamak. Peria goreng macam nilah yg saya makan sebab sayur mamak yg lain, kobis, taugeh, tak sedap.

    Kalau dulu semasa wife ada, peria ni saya buat ulam. Khasiatnya banyak.

    BalasPadam
  3. Dulu tak reti makan tapi sejak opismet suka beli kat kedai mamak, boleh dah makan sikit2..

    BalasPadam
  4. baru teringat nak beli peria kat pasar malam, buat goreng..tup-tup CH dah up entry! mmg sedap kan. anak2 saya kalau peria goreng camni berebut2, kalau buat gulai..tak laku. T_T

    BalasPadam
  5. sy memng suka peria. tp suka yg pahit..boleh cuba ni.. simple je brg semua ada.

    BalasPadam
  6. Peria katak banyak khasiatnya.
    Goreng macam ni pun sedap.

    BalasPadam
  7. fav ni bila beli nasi kt resto mamak..

    BalasPadam
  8. Kena Cuba ni, cikna sllunye guna peria biasa tu je

    BalasPadam
  9. Sedapnya. Peria ni bagus, beralkali.

    BalasPadam
  10. Acik tak pernah goreng..biasa buat masak lomak cili api+udang je yatie..tu pun acik mkn kuah ngan udang je pahit

    BalasPadam
  11. wah..sedapnya tengok CH masak.. harus di jadikan menu di hujung minggu ni

    BalasPadam
  12. menaraik nanti boleh try nampak sedap tu

    BalasPadam
  13. Kalau pakai peria yg biasa tu pun bolehkan Ti. Rasanya tak delah pahit sangat mcm peria katak tu. Pernah jugak try goreng sendiri dulu DUlulah mmg dah lama sangat....

    BalasPadam
  14. hmmm peria biasa tu pernah le makan.
    yg ni x pernah.
    x biasa makan peria...

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)