🌹Kata Ustaz🌹
🌹Sekadar peringatan 🌹
🌹Kita,
kehidupn kita dan umur kita adalah seperti SIFIR 7. Sifir ini akan berhenti di tangga ke 9. Kenapa? Jom renungkan.
🌹7x 1= 7
Ketika umur disifir 7x1, kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain. Kita belum kenal dosa pahala. Kita belum fikir tentang masa depan.
🌹7 x 2=14
Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata.
🌹7 x 3=21
Beranjak kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. Alangkah ruginya kita mempersiakan hidup sebelum ini.
🌹7 x 4= 28
Meningkat kepada umur ini, kita semakin sedar bahawa kewangan itu pula penting. Masa inilah kita sedang membina hidup.
🌹7 x 5= 35
Tahap penting utk membina keluarga. Ingin membeli kereta, rumah, tanah, aset, melancong dan sebagainya.
🌹7 x6=42
Namun akhirnya, kita akur tatkala memasuki fasa ini . Bahawa usia semakin meningkat. Ini bukan lagi masa utk berehat. Saat ini saat yg genting. Kita berlumba mngumpul harta.
🌹7 x 7=49
Kita sedar perkara yang paling penting dalam hidup ialah kesihatan. Kekayaaan dan lain-lain tidak bermakna dengan tahap kesihatan yang tidak memuaskan. Pada masa ini darah tinggi, kencing manis, jantung sakit dan lain-lain sedang cuba melamar. Masa inilah kita menyesal kerana sibuk dengan kerjaya sehingga lupa untuk bersenam, menjaga kesihatan ketika umur remaja dan meningkat dewasa.
🌹7 x 8= 56
Memasuki era 50-an, tatkala kita sudah memiliki semua impian, akhirnya kita sedar bahawa perkara yang lagi penting dalam hidup ialah kasih sayang. Kita sedikit kesunyian tatkala anak-anak sudah berkahwin dan tinggal di tempat lain. Anak-anak yang sibuk dengan kerjaya menjadikan kita rindu saat-saat indah bersama mereka di usia kecil. Rumah banglo besar, kereta besar seakan-akan tidak lagi bermakna. Rumah besar kosong dan sunyi sepi.
🌹7 x 9= 63
Kehidupan mesti diteruskan. Tatkala memasuki usia 60-an, kita semakin sedar bahawa hanya amal ibadat perkara yang cukup bermakna sebagai bekalan menuju ke sana. Segala kemewahan dan kebendaan tidak lagi bermakna. Kubur bakal menjemput bila-bila masa. Rumah hampir setiap hari menyatakan selamat tinggal. Mujurlah Allah masih membuka pintu dan menerima taubat yang kita pohon.
🌹🌹🌹kenapa berhenti di sifir 7 x 9? Sebab, kita umat Muhammad saw . Banyak yg berakhir di usia ini. Jika ada pun yg sampai ke sifir seterusnya, ia adalah bonus.
🌹Demikianlah kitaran hidup. Kanak-kanak akan menjadi remaja. Remaja akan menjadi dewasa. Dan dewasa akan melangkah ke alam usia emas. Usia hanyalah pinjaman. Dunia hanyalah pinjaman. Amatlah rugi jika kita mempersiakan hidup dengan perkara yang merugikan dan melalaikan. Terlibat dengan gejala dadah, berkawan dengan rakan yang melalaikan, atau terlalu sibuk dengan kebendaan.
🌹🌹🌹🌹Ingat!!
Berapa ramai pula yang tak lepas byk sifir 7. Ada yg berhenti di tangga 1 , byk juga yg umurnya ditangga ke 3.
🌹Hidup ini hanya sementara shbt2ku. Kejarlah akhirat sebelum tertiarap. Dunia juga penting. Kerana dengan dunialah kita akan ke akhirat.
🌹Umur yg kita dpt hari ini adalah anugerah dari Allah.
🌹Hargailah dgn byk mngingati Allah. Kumpulkan bekalan yg akan kita bawa 'ke sana'. Walau ditangga mana pun kita skrg, jgn tangguh kerana mati itu misteri, tdk akan cepat atau lewat walau sesaat .
#ustazkamil🌹
Sumber :: WhatsApp
Masa sekolah rendah dulu, paling susah nak hafal sifir 7
BalasPadamLast kena hafal sampai 7 X 12.
Mudah2an panjang umurnya.
zaman skrg ni umur dah makin panjang. ramai orang umur 70an skrg ni. hihi
BalasPadamperkongsian dan pembacaan yang bagus kak..
BalasPadamPerkongsian yang memberi ingatan tentang umur dan kehidupan
BalasPadamTerima kasih atas peringatan bersama ini.
BalasPadamApa yg pasti mati tak kira usia
BalasPadamKesihatan baik pun kalau ajal sampai baby lagi dah mati kan..
Cuma selagi masih bernafas kena cari bekalan.
tak pasti kita sampai no yg mana...harap kita dipanjangkan usia tuk perbanyakkan amal ibadat..
BalasPadam