JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 25 Mei 2017

Sannah Helwah Mama..πŸ˜πŸ˜πŸ˜™πŸ˜˜πŸ˜šπŸ’–πŸ’ž

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Petang tadi masa saya balik kerja .. saya lihat dia membuat sesuatu sambil menyorok2. Saya terus ke dapur utk memanaskan lauk pauk yg saya masak tu. Kemudian saya mengupas buah jambu batu dan buah lai.. buah kesukaannya.
Kemudian saya bawa ke meja makan .. Nabil pun sambil tersipu malu menghulurkan kertasnya. Sambil berkata "Sannah helwah mama" saya pun mengucapkan terima kasih lantas mencium kedua pipinya..

Selepas tu saya membuka kertas yg diberikan.. sambil tu nabil berkata"ini saja yg mampu nabil berikan dan buatkan utk mama"
Tersentuh hati saya mendengarnya.. saya kata "ini sudah memadai dan doa nabil yg ikhlas cukup bermakna buat mama"..lepas tu dia peluk saya.. saya pun kata lagi.. esok kita sambut besday kita sama2 ye.. bila kakak semua ada.. baru bestkan.. kemudian dia tersenyum gembira.
Pagi tadi pukul 10am.. waktu rehat disekolah dia ada call saya.. bila saya jawab salamnya.. terus nyanyi selamat hari jadi mama🎀🎢🎡..
Membuat saya gembira pagi itu  hingga ke petang walaupun saya tidak sihat kerana saya masih mengalami sakit pinggang akibat terjatuh bilik air tempohari.. 
Lepas solat maghrib saya masih pening dan rasa nak demam.. makan ubat demam  2 biji terus tertidur. Kul 9.30pm saya terbangun .. nabil baru balik dari surau.. dia kata baru habis baca yassin dan ada jamuan makan.. ada kari ayam yg sedap katanya.. saya pun bangun terus solat isyak.. ni baru berkesempatan menukilkan entri.. nak juga update kad khas dari nabil ini ;) 😊😊😍😍

7 ulasan:

  1. Happy Bezday Yati.....Moga panjang umur, murah rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam limpahan rahmat Allah.
    Alahai sweetnya Nabil, bakal menjadi suami yang romantik ni nampaknya....

    Takkan Nabil je bagi ucapan kot? Bapaknya tak bagi apa apa ke? Haha...

    BalasPadam
  2. Walaupun simple je, tapi boleh buat mamanya tersenyum kan... Happy birthday kak..

    BalasPadam
  3. Turn CH pulak ya. Happy Birthday CH. Baiknya Nabil, sayang mama dia.

    BalasPadam
  4. It's the little things like that colourful card that make happy moments, kan.

    http://panphila.blogspot.my

    BalasPadam
  5. sanah helwah juga saya ucapkan
    :)

    BalasPadam
  6. alahai sweetnya nabil...acik yang baca ni pun tersentuh hati dibuatnya

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)