JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 11 Julai 2017

Random Gambar Raya..

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Banyak pergi open house ke kekawan.. saya ni semakin malas nak ambil gambar dan update entri.. pada hal byk je yg hendak diceritakan.. hari ini entri saya rangkumkan semua gambar yg ada sikit ni.. buat macam lieya latif senang kan hahaha πŸ˜†πŸ˜…
Pada hari rabu 28.6.2017 saya beraya di Kuang pula.. mula2 rumah dituju adalah rumah mak cik saya.. adik arwah mak.. 2 org jer mak cik yg tinggal skrg. Mak cik menghidang nasi tomato dan ayam masak merah. Kebetulan sampai tengahari..
Lepas tu gi rumah kak andak.. kak andak masak soto.. dia dah pesan siap2 mkn sikit rumah mak cik tu hahaha..
Tak ada gambar pulak sbb sedap benor soto kak andak. Nabilah siap suruh tapau lagi .. malu mak nak oiiiπŸ˜†
Pastu gi rumah kak lang.. kak masak gulai nangka ayam kampung dan rendang daging paru dan limpa. Aduhai teringat arwah mak.. ini lah hidangan yg selalu disediakan pagi raya bersama ketupat.

Masa raya kedua adik saya.. si uda tu wasap.. dia dah pecah ketuban masa tgh nak beraya di kg mertuanya.. kebetulan lalu depan hospital Segamat.. terus lencung masuk kat situ.. hari rabu malam baru bersalin. Sepatutnya due date 4.7.2017.. ni dah jadi anak JDT.. dapat anak lelaki.. dah dua pasang anak adik saya ni.. Alhamdulillah.. 

Pada hari ahad 2.7.2017 kak andak dan kak lang buat aqiqah dan tahnik cucunya.. buat kat rumah arwah mak abah tu.. kak andak skrg yg tinggal dirumah tu. Belah pagi marhaban perempuan. Elok jer diam dua cucu ni😘😍

Petang pukul 2.00 adik saya bawa anak2 tahfiz untuk qasidah dan tahnik si cucu ni.. pastu ada sheikh dari syam yg tahnik kan tu.

Menu utama sudah semestinya kambing panggang ni.. 2 dibuat panggang 2 ekor lagi dimasak kari.. Kegemaran anak2 saya ni .. Nabil ke situ yg di ulang berulang kali..

Hari sabtu 8.7.2017 kami balik kg en suami lagi kerana menghadiri perkahwinan anak pak uda Razak. Sekali 3 pak uda kahwin kan anaknya.. senangkan sekali harung .. save bajet.. meriah sungguh.. kemain ramai jemputan.. dah pertama kali buat kendurikan. Hari tu sampai rumah dah hampir pukul 7pm.. penat  bukan main tapi kenyang hahaha.. siap tapau lagi nasi beryani kari kambing batu pahat yg sedap ini.
Ini lah kisah sepanjang minggu sudah.. tunggulah entri rajin saya ye .. πŸ˜…πŸ˜†


15 ulasan:

  1. sesekali kasi rangkum semua syok jgk... senang keje kak

    wahhh best jln2 raya akak.... lagi2 kalau ada bab makan2 mmg best hehehe...

    BalasPadam
  2. selamat hari raya...sedap kambing panggang tu..muka adik akak mmg seiras muka akak

    BalasPadam
  3. meriahnya sambutan raya Yati
    saya belum berkesempatan nak update cerita raya..

    BalasPadam
  4. Dlm x byk ambil gambar, bila dimasukkan ke dlm 1 entri, byk jadinya..

    BalasPadam
  5. Kenyang perut suka hati.....Balik rumah mesti lepak tu kan Ti....tido pun nyenyak haha....
    Dapat anak sedara lagilah Raya Raya ni ye Ti, nampaknya kena tambah bajet duit Raya tu. Dua dua lelaki ye Ti cucu kakak hang tu. Meriah le hang mengembek Ti haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. 2 perempuan 1 lelaki. Lelaki ni dah umur 1 tahun .. baru nak aqiqah nom..

      Hahaha...
      Memang lena tido perut kenyang nom πŸ˜€πŸ˜†

      Padam
  6. meriahnya raya keluarga Yati. Seronok tengok kemeriahan begini.

    BalasPadam
  7. seronoknya beraya. macam-macam sambutan pun ada. best la :)

    BalasPadam
  8. meriah.... seronok kan jumpa sedara mara sahabat handai

    BalasPadam
  9. Selamat Hari Raya T..Maaf Zahir Batin

    BalasPadam
  10. Meriahnya kak...sana sini jemputan open house ye..hihi..setahun sekali apa salahnya..layan.. haha
    Tahniah dpt anak buah baru...comelllnya baby... :)

    BalasPadam
  11. Macam-macam peristiwa di rangkumkan dalam satu entry ye Yatie.

    BalasPadam
  12. comelnya yang kecik tu. macam2 ragam hari raya

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)