*Dengar di Radio IKIM*
*Ustaz Pahrol Mat Juoi kupas tentang isu*
*_LALAI_*
Mula-mula Ustaz kongsi *_tanda-tanda lalai_*.
Antaranya:
1. *Kurang* membaca *Al Quran*
2. *Kurang berzikir*
3. *Lalai dalam solat*, kurang ingat pada Allah; tidak fokus, sering terlupa bilangan rakaat, melewatkan solat, kurang solat jemaah
4. *Banyak membuang masa*; untuk hiburan, sukan dan dimeja makan serta nonton tv
5. Kurang atau *malas berdoa*. Kalau berdoa, tidak ada penghayatan, pakat hafal saja.
6.Sentiasa *sibuk dengan urusan dunia*; mudah stress
7. Cara hidupnya *menyerupai musuh Islam*
8. Tak berhati-hati dengan *perkara yang syubhah dan haram*
9.Tangguh untuk bertaubat
10.Malu untuk belajar agama
11.Bangun fikir nak makan apa dan apa aku nak buat hari ini
Ada juga Ustaz sebut; jarak antara *hati kita dengan ketenangan*, ibarat *'jarak' kita dengan Al Quran.*
Pesannya, beli Al Quran guna duit sendiri. Pilih ikut citarasa kita. Cakap dengan Al Quran tu, kita nak bersahabat dengan dia.(nak baca)
Kemudian, Ustaz cerita tentang _akibat lalai_:
1. *Kurang* semangat nak *beribadah*, tidak suka *baca quran*
2. 'Bunuh' kebaikan yang kita buat; kita *tak nampak berbuat baik itu suatu yang utama*
3. *Hilang fokus* dalam hidup
4. *Mudah lesu* dan buntu,sentiasa rasa esok masih ada dan suka tangguh beribadan dan kerja soleh
_Sebab-sebab lalai_:
1. *Mengulang-ulang dosa kecil* sampai jadi kelaziman
2. *Berkawan* dengan *orang-orang yang lalai*
3. Berada dalam *persekitaran 'rosak'* (Contoh: pergaulan bebas dengan bukan muhrim, dedah aurat dan buat maksiat), berada di situ bukan untuk tujuan berdakwah
4. *Tidak berzikir*
5. *Terjerat* dalam *perancangan-perancangan licik musuh Islam* (Contoh: berlebihan dalam mendengar lagu, tonton filem dan rancangan sukan )
_Cara-cara untuk atasi_:
1. Cari *sahabat yang baik dan soleh*
2.Hadiri *majlis ilmu*
3. *Bagun malam* untuk solat tahajjut
4. *banyakkkan zikir dan taubat*
5. rajin *baca quran*
6. *Bersangka baik* pada org lain.
7.Pemaaf
8.ingat mati
9.kurangkan makan
10 amalkan sunnah Nabi saw
11.bersabar bersyukur dan bertawakkal
Share lah jika ia memberi manfaat...
#muhasabahdirikusendiri π’
In syaa Allah
BalasPadamMudah2an kita dapat menghindarkan sikap lalai dalam diri kita.
Asalam..semoga dalam beblog kita terus tinggalkan sebaik masuk masa solat..terima kasih peringatan ini..untuk semua dan diri Etuza sendiri
BalasPadamTerima kasih Yatie kongsi perkara.baik..ingat mengingati
BalasPadamperkongsian yang bermanfaat untuk kita semua :)
BalasPadamthanks perkongsian ni
BalasPadamingat mati mmg paling berkesan kak.... buat kita sentiasa beringat
BalasPadamTQ CH kerana selalu berkongsi ilmu. Sekarang ni setiap ilmu dapat dua kali, kalau tak diamalkan tak tahulah nak kata apa lagi dah ^_^
BalasPadam