JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Jumaat, 19 Januari 2018

UMUR KITA TERLALU SINGKAT ๐Ÿ˜ข

*Umur kita terlalu singkat*
... hingga *ALLAH* kurniakan  *Lailatul Qadar* untuk menambah umur amal.

*Umur kita terlalu singkat*
... *ALLAH* pinta *bersilaturrahim* untuk memanjangkannya.

*Umur kita terlalu singkat*
... *ALLAH* kurniakan *Puasa Enam hari* di bulan Syawal seperti berpuasa setahun.

*Umur kita terlalu singkat*
... *ALLAH* kurniakan *baca Surah Al-Ikhlas* seperti membaca sepertiga *Al-Quran*.

*Umur kita terlalu singkat*
... ALLAH kurniakan *Solat di Masjidil Haram* seperti solat 100 ribu lebih di masjid lain.

*Umur kita terlalu singkat*
... ALLAH kurniakan *Solat berjemaah* nilainya 27x lebih daripada solat sendirian.

*Hidup ini terlalu singkat*
... ALLAH kurniakan *satu huruf bacaan Al-Quran* dengan 10 pahala/kebaikan.

*Hidup ini terlalu singkat*
...ALLAH kurniakan siapa yg *beramal jariyah, share ilmu yang bermanafaat, dan mengusahakan anak2nya jadi anak yg soleh,* pahalanya akan terus mengalir ke alam kuburnya.

Wahai diri..., *usia umat Nabi Muhammad SAW rata2 hanya 63 - 65* tahun. Kalau saat ini usia kita *Sudah 45 tahun,* paling lama *20 tahun* lagi Malaikat Al Maut akan menjemput kita..

*HIDUP INI TERLALU SINGKAT... JANGANLAH DI SIA-SIAKAN KESEMPATAN YANG DIBERIKAN ALLAH SWT. ...*

Moga beroleh umur yang berkat dan pahala yang panjang walaupun umur kita singkat.

Hidup ini bagaikan Senafas Ke Barzakh.

*Senafas Ke Barzakh* : https://goo.gl/N91mmH

Sumber : WhatsApp

5 ulasan:

  1. Allahu..peringatan menginsafkan...moga kita tidak terus leka..

    BalasPadam
  2. mati itu pasti.. Moga kita tidak leka selagi diberi nafas ini.. Turut terkesan bila baru2 ni arwah adik ipar meninggal :(

    BalasPadam
  3. Betullah tu Tie hidup ini terlalu singkat. Andai kita tau bila ajal kita harus makan pun kita tak mampu. Setiap detik diisi dgn beribadah....

    Terima kasih Tie kerana selalu mengingatkan

    BalasPadam
  4. Terima kasih atas peringatan. Semakin meningkat usia semakin dekat kematian menghampiri.

    BalasPadam
  5. Terima kasih.. salam sayang dari Bunda.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)